Now, pretty baby
I'm runnin back home to you
Frеsh out the slammer
I know who my first call will be to- Fresh Out The Slammer by Taylor Swift
Bab 11
"Seungcheol punya peminat behave sikit tak macam Jeonghan dengan Joshua sebab Seungcheol punya karakter sangat menggerunkan. Mereka berdua kalau peminat nampak memang dah macam semut berkerumun," Terang lelaki itu. Aku mengangguk faham. Jadi, mereka bertiga ini terkenal. Aku hanya tahu Seungcheol sahaja. Tidak sangka Jeonghan juga sangat terkenal seperti mereka.
"Patutlah.."
Kami semua berkumpul di pantai menunggu yatch boat untuk mengambil kami semua. "Shinae, kau tak rasa ke kita ni terlalu jauh dari mereka semua?" Aku melihat ke arah tiga lelaki dan seorang perempuan. "Segan lah.." Ujarku. "Aku lagi segan kalau mak pak diorang muncul. Alang-alang mereka tak muncul lagi baik kau pergi sembang," Seungkwan menolak tubuh aku menuju ke arah mereka berempat. "Tak guna!" Monolog aku. Mereka semua melihat ke arah aku.
"Eh, Shinae!" Sapa Seungcheol. Aku hanya mampu tersenyum kekok di hadapan mereka semua. "Hi, selamat berkenalan. Nama saya Lee Jihyun," Sapa perempuan itu. Aku menyambut tangannya. "Saya Ryu Shinae.." Sungguh cantik wajah perempuan itu. Aku terasa sedikit insecure dengan penampilannya.
"Hi, nice to meet you Shinae. My name is Joshua," Ujar lelaki itu. "Hi, my name is Shinae!" Dia tersenyum. Senyuman dia terlihat sangat menawan. "I know," Ajunya.
"Ehem!" Seungcheol tiba-tiba berdehem. "Err, tak ada sesiapa nak ikut aku berenang ke sekejap lagi?" Soal Seungcheol. Aku mengangkat tangan. "Saya ikut," Ujarku. "Saya pun," Ujar Joshua. Jihyun menggeleng. "Tak, saya okay.." Ujarnya.
Kami semua mengalihkan pandangan ke arah Jeonghan yang diam membisu. Dia berdiri agak jauh dari kami seperti kami pula yang tidak melibatkan dia sekali.
"Kau?" Soal Seungcheol. Lelaki itu menggeleng. "Dia tak nak," Aju Joshua. Aku sangat memahami kenapa Jeonghan menjaga jarak dia di antara kami semua.
---
"Macam ni rasanya lepak dengan orang kaya," Bisik Seungkwan. Aku hampir ketawa mendengarkan ayatnya. Betul apa yang dia katakan. Semua ini ditanggung seratus peratus oleh tuan Choi. "Korang berdua tak nak cuba seafood buffet dekat sana ke?" Soal Jihyun.
Aku menggeleng. "Maaf, tak boleh makan.." Ujarku. Riak wajahnya berubah. "Ala..ruginya.." Ajunya. Aku hanya mampu tersenyum. Apa yang aku boleh lakukan? Kalau aku paksa memang cari penyakit la jawabnya.
"Seungkwan?" Soal Jihyun. "Ya?! Oh.." Seungkwan melihat ke arah aku. "Pergilah, lagipun aku nanti nak berenang. Kang tenggelam aku dibuatnya," "Tsk!" Dia kemudian berlalu pergi mengekori gadis itu ke buffet tersebut.
"Shinae!" Seungcheol melambai tangan ke arah aku memanggil aku untuk menuju ke arahnya. "Ya?" Soalku. Aku melihat pakaian yang dipakai olehnya. "Kau kata kau nak join sekali kan?" Aku mengangguk. Dia melihat ke arah aku dari atas ke bawah.
YOU ARE READING
𝐀 𝐍𝐢𝐠𝐡𝐭 𝐓𝐨 𝐑𝐞𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 || Yoon Jeonghan - SEVENTEEN
FanfictionBila seorang manusia telah tawar rasa, maka seseorang yang dia sayang akan menjadi mangsa kesan terluka di hati. "Aku dah tak ada perasaan seperti apa yang kau rasa terhadap aku," - JEONGHAN "Kalau kau dah tak nak aku jangan sentuh aku. Aku pun dah...