Bab 6

14 1 0
                                    

Aku rindu sayang kamu
Padamu aku cinta kepadamu
Sayang kamu

- Aku Rindu Sayang Kamu by Black

- Aku Rindu Sayang Kamu by Black

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bab 6

"Kau pahal mata merah? Ambil barang ek?" Ujar Seungcheol. Lelaki itu sekarang berada di pejabat aku. "Kau tak ada kerja ke? Pergi tempat lain boleh tak?" Ajuku. Lelaki itu dengan selamba meletakkan kakinya di atas meja. Mahu sahaja aku pergi ke sana dan patahkan kaki dia.

"Kau tak bosan ke?" Soal lelaki itu. Aku tidak menghiraukan dia. "Kau tahu tak. Tuan Choi dia nak satukan aku dengan seseorang ni.." Ujar Seungcheol. Aku yang sedang sibuk melakukan kerjanya lantas mengangkat kepala untuk mendengarkan cerita itu.

"Biar betul?" Seungcheol mengangguk. "Jadi, kau terima ke?" Soalku. Lelaki itu mengangkat bahu. "Entah. Aku redha saja dengan permintaan ayah aku," Ajunya. "Wah, kental betul kau!"

Andai aku di posisi lelaki itu, aku menolak. Entah apa yang ada di fikiran lelaki itu untuk redha dengan takdir dia. "Perempuan itu pun belum beritahu jawapan dia dekat tuan Choi.." Ujarnya. "Siapa perempuan tu?" Soalku. "Usah kau tahu," Ujarnya. Aku berdecit.

"Aku ada keluar dengan dia haritu sebab terserempak dekat tepi jalan," Sambungnya. Aku hanya memasang telinga. "Dia nampak sedih sangat haritu. Jadi, aku bawa dia ke tempat untuk menenangkan dia,"

Aku menghentikan kerjaku. Menarik lah pula dengar cerita lelaki ni. "Kau boleh straight to the point. Usah kau cerita panjang lebar," Ajuku. Lelaki itu menunduk.

"Wajah dia hampir sama dengan dia.."

Aku mengerutkan kening. Siapa yang dia maksudkan? "Siapa? Kau banyak ex lah!" "Ish!"

Betul lah apa yang aku katakan. "Bukan mereka tapi.." "Tapi?"

"Naeum,"

Setelah dia menyebutkan nama itu. Aku terdiam buat seketika. "Kau masih tidak lupakan dia?" Lelaki itu menggeleng. "Bagaimana patut aku lupakan dia kalau dia yang memberikan kenangan paling indah?" Ujarnya.

Bila dia katakan begitu, aku teringat tentang perkara yang lepas. "Tuhan lebih sayangkan dia," Aku dapat melihat mata lelaki itu mula bergenang. Agak perit bila aku faham apa yang dia maksudkan.

"Tak mengapa.."

---

"Shinae, kau lama single tak try blind date?" Soal Seungkwan. Banyak-banyak soalan, soalan ini  juga ditanya. "Kenapa? Kau nak aku kahwin cepat ke?" Soalku. Dia ketawa kecil. "Oh, hampir terlupa kalau kau dah ada pasangan hidup dan mati," Aku tahu siapa yang dia maksudkan.

"Kau cakap macam tu lagi aku lempar kau dekat tingkap!" "Ampun puan!" Dia segera menunduk. Nampaknya dia suka kalau aku jauh dari dia. Baik Seungkwan.

"By the way, program dekat Gangnam tu berjalan dengan lancar harini," ujar Seungkwan. Aku tersenyum. Baguslah semuanya berjalan dengan lancar. Bersihlah pantai lepas ni. Tiba-tiba aku teringat akan sesuatu.

𝐀 𝐍𝐢𝐠𝐡𝐭 𝐓𝐨 𝐑𝐞𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 || Yoon Jeonghan  - SEVENTEENWhere stories live. Discover now