NOTIFIKASI yang terpapar pada telefon Luqman cukup menarik perhatian Rifa. Dia memandang skrin telefon itu sekilas. Tak mahu pula dia menyentuh telefon itu tanpa pengetahuan dan keizinan Luqman.
Tiba-tiba dirinya kaku. Skrin telefon itu dipandang lama.
Gambar yang ada pada wallpaper telefon milik Luqman ini...
"k...kenapa gambar ni ada pada telefon dia? Gambar ni memang sama macam gambar dalam bilik mama..." gumam Rifa seorang diri.
Cepat-cepat dia alihkan pandangan apabila mendapati Luqman sudah kembali daripada membayar minuman yang mereka pesan.
"Everything's fine Rifa?" soal Luqman.
Rifa hanya mengangguk perlahan.
Luqman jongket bahu. Telefon pintar yang berada di atas meja itu dicapai. Lalu dimasukkan ke dalam poket seluar.
Rifa yang hanya senyap daripada tadi menarik perhatian Luqman. Kenapa pula gadis di hadapannya ini tiba-tiba senyap?
selalunya tak berhenti bercakap. Bising seperti burung murai."Rifa? kenapa senyap aje daripada tadi? Ada apa-apa masalah? Saya ada buat apa-apa ke?" soal Luqman.
Rifa hanya diam.
"Rifa? mind to share what's wrong?" sekali lagi Luqman menyoal.
Akhirnya Rifa bersuara. Pandangan dihalakan kearah luqman. Mata hazel itu tepat melihat ke arah mata coklat milik Luqman.
"Boleh jelaskan pada saya?" kini, soalan berbalaskan soalan.
Dahi Luqman berkerut. Jelaskan? jelaskan apa pula?
"Jelaskan apa?"
"Wallpaper pada skrin telefon awak. Macamana gambar tu ada pada awak?"
Luqman diam. Otak masih memproses apa yang dikatakan oleh Rifa. Tak mungkin gadis ini membuka telefonnya semasa dia pergi membayar tadi?
"Hello? Tadi pelik sangat kenapa saya senyap kan? Saya tanya awak ni. Macamana gambar tu ada pada telefon awak?"
Luqman kekal diam. Mata merenung ke arah figura gadis di hadapannya ini. Lidahnya kelu.
"Rifa saya..." Kata-kata Luqman terhenti.
"Saya apa? Tolong jelaskan pada saya sekarang! siapa awak?! Kenapa gambar yang saya jumpa dalam bilik mama, sama seperti gambar dalam telefon awak?!" Suara Rifa naik seoktaf. Pelanggan-pelanggan yang ada disitu tertumpu pada mereka.
Luqman menghela nafas berat. Nampaknya semua telah terbongkar.
"Rifa can we just...dekat sini ramai orang. Kita bincang di tempat lain ya? Orang-orang dah tengok kita." pujuk Luqman. Memang benar semua mata tertumpu pada mereka sekarang. Rifa memandang sekeliling. Menyedari mungkin suaranya agak kuat sehingga menarik perhatian ramai orang.
"Saya tunggu dalam kereta." Ujar Rifa ringkas.
Lantas dia bangun dari kerusi meninggalkan Luqman seorang diri. Tak mahu pula dia buat kekecohan di situ. Menganggu orang lain.
A bit Short, but jangan risau, bab ini nanti tak pendek macam ni.
YOU ARE READING
𝑳𝑼𝑸𝑴𝑨𝑵 𝑹𝑨𝑭𝑨𝑬𝑳| OG
Lãng mạn(slow update) Luqman Rafael x Rifa Irdina Kedatangan seorang ceo di universiti mereka tidak lah menarik perhatian seorang Rifa Irdina.Dia hanya menganggap itu perkara biasa.Tidak istimewa sama sekali. Rifa Irdina adalah seorang jurugambar di univer...