𝟏𝟓

792 36 10
                                    

               UJIAN pada hari ini bermula pada pukul 8 pagi. Jadinya, Rifa dan Bella bercadang untuk bersarapan diluar sahaja. Bila ditanya siapa yang mahu masak untuk sarapan, tiada seorang pun diantara mereka berdua secara sukarela ingin memasak. Lagipula, kedai makan yang mereka akan pergi ini, dekat sahaja dengan universiti mereka.

"Sekarang pukul berapa fa?" soal Bella yang sedang sibuk melilit selendang dihadapan cermin.

"Tujuh lima belas." balas Rifa pendek. Pandangan kembali melihat telefon pintar ditangan.

"Mantap, awal lagi. Jom, aku dah siap ni." beritahu Bella sambil tangan mencapai beg galas yang berada di atas meja.

Telefon yang berada di tangan Rifa dimatikan. Terus dia bangun dari kerusi lalu mengambil beg galas hitam miliknya yang elok terletak di atas lantai.

"Siap pun. Nak pakai tudung pun dekat 10 minit." bebel Rifa.

Bella menjeling. Kalau aku pakai tudung sarung karang, aku pula malu. Entah-entah Rifa pun tak mengaku kawan.

"Yalah, maafkan saya Rifa Irdina. Janji lepasni tak lama dah. Sebagai tanda maaf, biar aku yang bawa kereta." cadang Bella sambil menutup pintu dibelakangnya.

"Bawakan kereta buat apa? baik kau belanja aku makan."

"Ok, ini lebih. Tapi tak apa, kalini sahaja aku belanja kau makan. lepasni, kau pula belanja aku." balas Bella dengan selamba tayang muka tak bersalah.

"Kalau aku lebih. Kau kurang ajar. Nak makan kaki? kalau belanja penampar ke penumbuk ke aku boleh je bagi. Sangat dialu-alukan untuk kau terima."

"Uih, relaks la. Kau ni macam peniaga tapi jualan tak untung nak marah-marah orang pun. Jual dadah ke apa?" selamba Bella berkata.

Rifa mengetap bibir. Geram pula bila digelar begitu. Pandangan tajam diberi pada Bella.

"Haah, aku kan owner black market. Apa nak heran." balas Rifa sambil menjeling. Nak cakap pun agak-agaklah. Ini sampai jual dadah, kejadahnya pula.

"Bukan main sampai owner black market. Dah masuk. Nanti lambat sampai kedai makan tu tak sempat kita sarapan. Dah kebulur masa test nanti." Ujar bila seraya melabuh punggung di kerusi bahagian pemandu.

Rifa juga turut melabuh punggung di kerusi penumpang sebelah kiri Bella. Pandangan terus dicampak keluar tingkap selepas pancuan empat roda itu bergerak keluar meninggalkan perkarangan rumah mereka.

"Aih, apa pasal senyap semacam ni. Kalau sebab anak Raez ni senyap takyah cakap la. Bukan sebab dia." Ujar Bella seorang diri. Dagunya diketuk berkali-kali gaya orang sedang berfikir.

"Aha! Patutlah senyap aje! Radio tak buka makk!"

Lantas, radio kereta itu dihidupkan oleh Bella semasa berhenti di lampu merah.

"Have a baby by me, baby millionaire..." Satu baris lagu itu yang terpasang sehidupnya radio kereta itu.

Rifa sudah mengurut dahi. Memang jadi konsert lah kereta ni! Lagi favorite dak Bella ni kot!

Dengan itu, Bella terus mencapai cermin mata hitam yang berada dalam dashboard dihadapan Rifa lalu dipakai sebelum kereta itu bergerak.

"Yes baby! Have a baby by me, baby millionaire! I need a millionaire!" jerit Bella cukup membuatkan Rifa menggeleng kepala perlahan. Mahu saja dia keluar dari kereta itu secepat mungkin.

"Diam la bacot!" Marah Rifa. Tak tahan sudah dengan nyanyian dan jeritan gila Hairani Salsabella ini.

"Apa? bacot? you call me what? Repeat it again." Balas Bella. Masih lagi menikmati lagu kegemarannya itu.

𝑳𝑼𝑸𝑴𝑨𝑵 𝑹𝑨𝑭𝑨𝑬𝑳| OG Where stories live. Discover now