KEMEJA berwarna biru cair itu tersarung elok pada tubuh Rifa. Ara juga sudah cantik berbaju dress putih. Pada awalnya, Rifa memang tidak membenarkan Ara untuk ikut pergi sekali.
Namun, setelah dibebel oleh Puan Hasna, terpaksa juga lah dia bawa Ara keluar sekali. Bukan apa, dia tak mahu apa-apa terjadi jikalau Ara ikut sekali. Nanti kalau apa-apa jadi pada anak orang, mahu dia yang kena.
Lagipula, dia risau Lara akan tidak selesa dengan kehadiran Ara. Ya lah, mana tahu Lara expect yang datang cuma Rifa?
"Apa susah betul nak bawa Ara tu Efa?" Soal Puan Hasna sambil bercekak pinggang memandang Rifa.
"Efa bukan apa mama, tapi ini sudahlah anak orang. Kalau jadi apa-apa nanti, mahu daddy dia salahkan Efa. Lagipun nanti kalau Lara tak selesa Efa bawa anak orang ni macamana?" balas Rifa panjang. Jujur, dia memang takut apa-apa terjadi kepada Ara. Bukan sebab apa, mungkin atas faktor hilang? sesat? cedera?
"Lara okay ajelah, takkan dengan budak kecil pun sampai tak selesa bagai. Lain lah kalau Ara ni scandal boyfriend dia ke apa."
"Lara mana pernah ada boyfriend..." gumam Rifa seorang diri. Namun, cukup dapat didengari oleh Puan Hasna.
"Efa kalau mama cakap, nasihat ke marah, jangan melawan boleh tak? Efa ni dah besar tau? bukan budak empat tahun lagi. Lain lah budak sebelah kamu tu." tambah Puan Hasna lagi.
Rifa mencebik. Dia menoleh ke arah Ara yang berada di sebelahnya seketika. Satu jelingan diberikan kepada Ara.
Dahi Ara berkerut melihat Rifa. Tak faham kenapa dia dijeling begitu.
Aduhaii, budak tu tak tau apa-apa pun tiba-tiba kena jeling. Biasyee dia ni!
"Ha, jeling lagi. Mama cucuk mata tu karang. Jangan nak buat perangai. Bukan masalah besar pun lah setakat nak bawa budak kecil ni. Kalau kamu ni perdana menteri lain lah. Banyak masalah rakyat, negara nak kena handle. Tapi sekarang ni kamu bukan kan? jadinya jangan banyak songeh. Bawa aje dia." bebel Puan Hasna lebar.
"Eh, Efa ni bakal pm tau? mama jangan main-main, nanti Efa turunkan harga barang-barang, tapi untuk mama Efa naikkan. Nanti Efa buat announcement macamni" Rifa berdehem membetulkan tekak yang terasa kering.
"Memandangkan saya perdana menteri awak yang baharu, harga barang pada hari ini akan saya jatuhkan." bersemangat Rifa berkata-kata. Gayanya serupa menteri-menteri sedang memberi ucapan.
Puan Hasna hanya memasang telinga mendengar bebelan Rifa. Entah betul ke tidak anaknya sekarang ini.
"Akan tetapi! untuk orang yang bernama Puan Hasna Ateefa binti Mohd Megat Ayoub, saya akan naikkan harga. Jadinya, semua rakyat Malaysia akan dapat beli barang dengan harga yang murah kecuali Puan Hasna a.k.a mama saya." Sambungnya lagi seraya mengambil segelas air yang berada di atas meja makan itu untuk diminum.
"Entah aku sempat ke tidak tengok kau jadi Perdana Menteri Efa. Entah-entah masa tu aku dalam tanah dah." balas Puan Hasna selamba.
Rifa yang sedang meminum segelas air itu, tersedak mendengar perlian Puan Hasna. Terbatuk-batuk dibuatnya.
"Astagfirullah. Dark betul ni ma, lampu mana lampu?"
ujar Rifa usai mendengar balasan daripada Puan Hasna. Gayanya dibuat seolah-olah sedang mencari-cari barang yang hilang."Dekat kedai Efa, dekat rumah ni dah habis, tak ada lampu spare untuk ganti dah."
"Faham. Mama, sudahlah. Baik Efa pergi dulu, nanti karang lambat, membebel anak Aaqib tu."
"hei! tak baik cakap macamtu Efa. Main panggil aje nama bapak orang begitu ya? nanti Lara panggil kamu guna nama papa, kamu juga malu."
"Tak apa, nama papa lawa. Raez Idham. Uish! perfect! Yang tak perfect nya papa asyik tidur memanjang. Nak ajak sembang pun tak boleh. Asal Efa singgah sini aje, mesti tidur. Tidur, tidur, tidur. Cuba lah mama cari suami yang selalu tolong mama, selalu spend time dengan mama." bebel Rifa panjang lebar.
YOU ARE READING
𝑳𝑼𝑸𝑴𝑨𝑵 𝑹𝑨𝑭𝑨𝑬𝑳| OG
Romance(slow update) Luqman Rafael x Rifa Irdina Kedatangan seorang ceo di universiti mereka tidak lah menarik perhatian seorang Rifa Irdina.Dia hanya menganggap itu perkara biasa.Tidak istimewa sama sekali. Rifa Irdina adalah seorang jurugambar di univer...