SUASANA pada pagi itu sungguh menyenangkan. Orang-orang mula keluar bekerja untuk mencari rezeki. Burung-burung mula berterbangan menghiasi langit pagi. Pagi-pagi itu lah Puan Hasna kedatangan seorang tetamu.
"Assalamualaikum ma." sapa Luqman setibanya menjejak kaki ke dalam rumah rumah Puan Hasna.
Puan Hasna menghadiahkan senyuman.
"Waalaikumsalam, ada apa Luq datang pagi-pagi ni?" soal Puan Hasna pelik. Kalau hendak diikutkan, memang jarang sekali Luqman datang ke sini pada waktu pagi.
Luqman tersengih.
"Erm...Luq nak minta mama tolong jaga Ara sekejap boleh? harini Luq balik lambat sikit. Yan pula ada hal katanya. Jadi tak ada siapa yang boleh jagakan Ara." terang Luqman.
Puan Hasna mengangguk faham. Bibirnya dibentukkan seperti huruf 'O' tatkala mendengar penjelasan Luqman.
"Boleh je, mama pun tak ada lah sunyi sangat nanti. Efa pun balik macam tak balik aje. Tidur memanjang." Ujar Puan Hasna.
Luqman tertawa kecil. Bibirnya dalam diam mengoyakkan senyuman.
"Bila dia datang ma?" Soal Luqman ingin tahu.
"Dua hari lepas, esok nak balik dah katanya. Minggu depan ujian sem terakhir dah mula." Jawab Puan Hasna tenang.
Luqman mengangguk.
"Duduk lah dulu Luq, mama buatkan air dulu." pelawa Puan Hasna.
"Eh tak apa lah ma, Luq dah nak pergi kerja dah ni. Tunggu sekejap, Luq nak ambil Ara dalam kereta." pinta Luqman.
"Kamu tinggalkan dia seorang je ke dalam kereta?" Soal Puan Hasna. Daripada reaksi wajahnya, Luqman dapat lihat betapa risau nya Puan Hasna.
"Tak ada lah. Dia ada dengan Yan dalam tu."
"Aik? kata Yan ada hal harini?"
"Ya, memang ada. Tapi lepas hantar Luq ke office sekejap lagi ni."
"hmm, ya lah. Pergi lah ambil Ara dulu."
Luqman mengangguk. Langkahnya dibuka menuju ke kereta BMW yang berwarna hitam kepunyaannya.
"Ara? Bangun sayang. Ara duduk rumah tokma ya harini?" Beritahu Luqman dalam nada yang lembut.
"Hmm..." hanya itu respon daripada Ara.
Nampak gayanya, Ara masih lagi dibuai mimpi.
"Abang angkat aje lah Ara ni bawa masuk dalam." cadang Aryan.
"Ya lah." ringkas sahaja balasan daripada Luqman.
Tubuh kecil itu dicepung. Luqman kembali menuju ke dalam rumah milik Puan Hasna.
"Eh tak apa, tak apa. Luq nak pergi kerja dah kan? Meh sini bagi Ara pada mama. Nanti nak pakai kasut balik lambat."
"Ish mama ni. Luq bukan budak sekolah lagi nak kena tunggu pakai kasut. Kasut ni boleh terus masuk je tau?"
Puan Hasna tertawa kecil. Tubuh kecil itu bertukar tangan.
Kini, Ara berada dalam cepungan Puan Hasna. Dahi gadis kecil itu diberi satu kucupan.
"Luq pergi dulu lah ya ma?"
"Ya lah. Eh sekejap. Nanti Efa syak apa-apa macamana? Dia dah pernah jumpa Ara?"
Luqman diam. Sedang memikirkan jawapan.
"Mama cakap je lah yang mama memang dah lama jaga Ara. Sebagai pengasuh. Luq nak minta tolong dengan mama, tolong rahsiakan benda ni dulu daripada dia boleh?" soal Luq. Pandangan Luqman juga berubah menjadi sayu.
YOU ARE READING
𝑳𝑼𝑸𝑴𝑨𝑵 𝑹𝑨𝑭𝑨𝑬𝑳| OG
Romance(slow update) Luqman Rafael x Rifa Irdina Kedatangan seorang ceo di universiti mereka tidak lah menarik perhatian seorang Rifa Irdina.Dia hanya menganggap itu perkara biasa.Tidak istimewa sama sekali. Rifa Irdina adalah seorang jurugambar di univer...