DAHI licin itu dipicit berkali-kali. Entah mengapa dia tidak berapa minat dalam melakukan tugas kali ini. Mereka diarahkan membuat satu kumpulan yang mempunyai tiga orang ahli, kemudian hasilkan satu filem pendek. Ahli kumpulan Rifa semestinya ada kawan baiknya itu. Hairani Salsabella. Namun, lagi seorang tidak cukup untuk ada dalam kumpulan mereka. Kalau tanya Farah, sudah tentu dia mahu Sarah ada bersama. Memang tidak boleh berpisah senang cerita.
Apa fungsi mereka menghasilkan filem pendek ini? Tiada. Hanya sekadar ditayangkan bagi memeriahkan lagi majlis penerimaan anugerah mereka sempena tamat pembelajaran.
"Habistu kita nak masukkan siapa lagi dalam kumpulan kita? Rina nak?" soal Rifa. Pening. Kepala rasa nak meletup! Ini kalau bagi soalan matematik pun, lagi rela aku jawab!
Mereka berdua tidaklah begitu rapat dengan Rina Maisarah, namun tidak ada orang lain lagi selain Rina seorang.
"Ish taknak lah! aku tak suka dia." Bantah Bella.
"Kenapa pula?" soal Rifa ingin tahu.
"Sebab aku tak suka lah. Kau tak payah tahu. Kau tengok aje perempuan tu pun kau boleh agak apa yang tak kena dengan dia." Omel Bella sambil tangan disilangkan ke dada.
"Aku tengok dia okay je? apa yang tak kena nya?" Rifa memandang Bella dengan kening yang berkerut. Tak faham.
"Ish, nanti kau tahu lah tu! Sudah, yang penting aku tak nak satu kumpulan dengan dia. Titik."
Ya. Okey. Baiklah Bella. Faham.
"Habistu nak masukkan siapa lagi kalau bukan dia?" sekali lagi Rifa bertanya.
Bella diam. Cuba memikirkan satu nama.
"Eh tapi aku baru ingat. Prof yana nak satu grup ada seorang lelaki." Rifa mengingatkan.
"Oh ye ke? hmm...." Bella ketuk dagu gaya orang berfikir. Fikir masalah negara gamaknya.
"Aku tahu siapa!" beritahu Bella. Meja kayu itu ditepuk kuat.
"Siapa?" soal Rifa.
"Mamad!" Cadang Bella. Rifa diam. cuba memahami siapa yang dimaksudkan Bella.
"Siapa pula mamad?" soal Rifa. Keningnya berkerut. Tak pernah pula dia dengar salah seorang kawan mereka yang bernama mamad?
"Ahmad." jawab Bella ringkas.
"Ahmad mana?"
"Kau ni laaaaa. Eih! geram aku. Ahmad Zaqie lah! Bestie kito!"
Rifa diam sekali lagi. Pandangan nya dilempar melihat langit.
Ting!
Okay! ingat! Aku ingat!
"Hell no! kau tak ingat ke apa dia buat masa tugas lepas?"
"Tugas yang mana eh?" soal Bella. Lupa pula tugas yang mana.Terlalu banyak tugas yang diberi oleh professor Yana sehingga dia lupa yang mana satu.
"Yang masa bulan puasa tu lah!" Rifa cuba mengingatkan Bella.
"Bulan Puasa?"
(Flashback)
"Serius lah kita nak buat dekat sini?" soal Ahmad tak percaya.
Persekitaran taman itu dilihat lihat oleh Ahmad dan Bella.
"Ya lah? habistu dekat mana lagi?" balas Bella ringkas.
Sudah tak ada tempat lain lagi untuk mereka buat rakaman video. Hanya tempat ini yang muncul di otak Bella. Benda dah muncul kan, buat apa nak susah-susah fikir lagi?
YOU ARE READING
𝑳𝑼𝑸𝑴𝑨𝑵 𝑹𝑨𝑭𝑨𝑬𝑳| OG
Storie d'amore(slow update) Luqman Rafael x Rifa Irdina Kedatangan seorang ceo di universiti mereka tidak lah menarik perhatian seorang Rifa Irdina.Dia hanya menganggap itu perkara biasa.Tidak istimewa sama sekali. Rifa Irdina adalah seorang jurugambar di univer...