AKHIRNYA, Rifa Irdina telah pun berjaya menamatkan pelajarannya di universiti. Fuh! lega rasanya, rasa seperti segala beban hilang dalam sekelip mata! Buat masa kini, dia hanya mahu berehat, tak mahu cari atau meneruskan dirinya dalam dunia pekerjaan lagi. Bukan apa, baru sahaja keluar dari universiti, nak kena kerja pula. Penat!
Ding Dong...
Bell daripada pintu hadapan berbunyi. Dahinya turut berkerut mendengar itu. Seingat dia, tak ada sesiapa yang akan datang hari ini. Tak ada sebarang perjanjian dengan siapa pun. Pelik.
"Mama, Mama ada beli barang online lagi ke?" Tanya Rifa pada Puan Hasna.
Puan Hasna yang sibuk menggaul masakannya itu berhenti seketika. Dagunya diketuk-ketuk gaya orang berfikir.
"Tak ada rasanya. Papa tak bagi dah mama nak beli barang online. Katanya nanti benda pelik yang mama checkout." jelas Puan Hasna.
Rifa hanya mengangguk. Tak lama selepas itu, Loceng rumah mereka berbunyi sekali lagi.
Ding Dong...
"Kamu pergi lah tengok tu. Mungkin jiran datang nak bagi makanan ke, orang nak promosi barang ke. Kesian orang tu menunggu." Arah Puan Hasna.
"Ya lah." jawab Rifa ringkas. Sejurus itu, terus langkahnya dibuka menuju ke pintu hadapan rumah mereka. Tombol pintu di pulas. Pintu juga akhirnya terbuka.
"Mommy! Hello! Dah lama tak nampak mommy! Ara rinduuuu sangat dekat Mommy." Suara gadis kecil itu membuat Rifa memandang laju ke bawah.
"Ara? Ara buat apa dekat sini? siapa datang dengan Ara? Mana papa? Uncle Yan?" bertubi-tubi soalan dilemparkan pada Ara.
"Eh? kan papa dah bagitahu dekat tokma yang harini papa pergi kerja jaaaaaauh! Jadinya, papa minta tolong tokma untuk jagakan Ara!" Terang gadis kecil itu.
Rifa memandang gadis kecil itu dengan mata terkebil-kebil. Seriously?
"Mamaaaaa!" laung Rifa. Puan Hasna yang berada di dapur, kelam kabut menuju ke pintu hadapan.
"Apa? Apa? Kenapa Fa? Ada apa?" Berulang soalan itu dilemparkan pada Rifa.
"Ni haa budak ni!" Keluh Rifa sambil menunjuk ke arah gadis kecil itu.
"Hallo tokma!" Gadis kecil itu melambai.
"Eh Ara! Sayang tokma ni, meh sini." Lantas, gadis kecil itu berlari dan memeluk Puan Hasna.
"Mama, serius lah?"
"Apanya?" Tanya Puan Hasna. Gadis kecil itu masih lagi dalam pelukannya.
"Mama jaga dia?" Tanya Rifa
"Oh! ya, ya. Mama lupa. Papa dia ada hal sikit harini. Kena pergi jumpa client katanya."
"berapa lama?" tanya Rifa lagi.
"3 hari je." balas Puan Hasna ringkas.
Terlopong mulut Rifa dibuatnya.
"Tiga hari?? Eeee lamanyaaaa." keluh Rifa.
YOU ARE READING
𝑳𝑼𝑸𝑴𝑨𝑵 𝑹𝑨𝑭𝑨𝑬𝑳| OG
Romance(slow update) Luqman Rafael x Rifa Irdina Kedatangan seorang ceo di universiti mereka tidak lah menarik perhatian seorang Rifa Irdina.Dia hanya menganggap itu perkara biasa.Tidak istimewa sama sekali. Rifa Irdina adalah seorang jurugambar di univer...