PAGI ini Rifa seperti biasa menyiapkan dirinya untuk pergi ke universiti. Malas memang malas tapi apa yang boleh dibuat? nak fail ke?
"Bella cepat lah! nanti kita lambat." panggil Rifa.
"Sabar lah Fa, aku ni makan pun tak lagi tau? Bagi lah aku isi perut dulu kalau ye pun." balas Bella.
"Makan dalam kereta je lah! Cepat sikit. Dahlah first class kita hari ni dengan Profesor Maleeq. Presentation pulak tu."
Laju Bella memandang Rifa. Profesor Maleeq?
"Jangan tipu aku weh. Bukannya esok ke presentation kita dengan Profesor?"
"Hari ni lah! tengok balik group chat haritu."
Terus Bella keluarkan telefon bimbit miliknya. Group Chat mereka dibuka. Membulat matanya apabila membaca kenyataan daripada Profesor Maleeq bahawa hari ini adalah hari mereka membuat pembentangan .
Tidak!
"Fa! macamana ni?!" jerit Bella panik.
"Apa dia? jangan la jerit! aku dekat sebelah kau aje gila! Pekak nanti anak Pakcik Raez ni."
"Aku tak siapkan lagi slide untuk presentation hari ni!"
Rifa ternganga. Tak percaya.
"Bella! kenapa kau tak siapkan?"
"Aku ingat pembentangan yang Profesor Maleeq suruh buat tu esok, jadinya aku bercadang nak buat malam ni lah!"
"Ya Allah Bella...habistu macamana sekarang ni? kau nak kumpulan kita kena denda ke apa?"
"Aku tak tau Fa, kau rasa sempat tak kalau aku siapkan dalam kelas?" tanya Bella.
Memang tak Bella. Tak sempat!
"Mana sempat! Profesor Maleeq tu sampai lagi awal daripada kita tau tak? tak kira lah kita awal berapa minit, dia memang ada dalam kelas dah." bebel Rifa.
"Aduh, habistu macamana ni Fa? Aku taknak markah drop!"
"Salah kau lah! kenapa kau tak buat awal-awal?!"
Bibir bawah digigit. Bella terasa tidak tenang pula. Bukan apa, Profesor Maleeq ni garang dia tu boleh buat budak trauma! Masalahnya slide ni dah diberi tempoh dua minggu. Tapi Bella tidak siapkan satu pun.
"Ah! pandai-pandai lah aku jawab dengan prof nanti! jom cepat!"
Lantas, mereka bergegas memasuki ke dalam kereta milik Bella. Terus kereta itu bergerak meninggalkan perkarangan rumah Rifa.
BELLA dan Rifa melabuh punggung di tempat duduk mereka. Farah dan Sarah kelihatan tenang. Memang tenang. Sebabnya diaorang belum tahu lagi Bella belum siapkan slide untuk presentation hari ni.
"Bella, bagitahu lah diorang." bisik Rifa.
"Aku takut lah Fa, kalau diorang marah macamana?" balas Bella.
"Marah tu memang ya lah. At least kau bagitahu diorang yang kau belum siapkan."
"Hm, aku rasa menyesal pula tak tengok mesej daripada Prof haritu." beritahu Bella dengan nada serba bersalah.
"Tak apa lah Bella. Benda dah jadi, nak buat macamana?"
Bella memejam mata beberapa saat. Cuba menghilangkan segala kerisauannya. Akhirnya dia memberanikan diri untuk beritahu Farah dan Sarah tentang slide yang dia terlupa untuk siapkan.
"Err....Farah, Sarah." Panggil Bella dalam nada yang sedikit berbisik.
Kedua-dua mereka memandang tepat ke arah Bella.
YOU ARE READING
𝑳𝑼𝑸𝑴𝑨𝑵 𝑹𝑨𝑭𝑨𝑬𝑳| OG
Romantik(slow update) Luqman Rafael x Rifa Irdina Kedatangan seorang ceo di universiti mereka tidak lah menarik perhatian seorang Rifa Irdina.Dia hanya menganggap itu perkara biasa.Tidak istimewa sama sekali. Rifa Irdina adalah seorang jurugambar di univer...