𝟏𝟎

1K 74 6
                                    

         CUACA pada hari ini mendung. Sesuai lah jika ingin membuat aktiviti luar. Memandangkan cuaca sudah elok, maka Rifa bercadang untuk keluar berjoging di sekitar taman berdekatan universiti mereka. Sudah lama pula dia tidak keluar berjoging akibat terlalu fokus belajar.

"Jom lah joging sekali Bella. Aku tak nak sorang-sorang. Kau tak risau aku kena culik ke?" pujuk Rifa.

"Aku malas lah Fa. Siapa aje nak culik kau? perangai pun macam pesakit mental. Macamana kau boleh terlepas huh? kau lari dari hospital sakit mental tu ehh?"

Rifa memandang Bella serius.

"Kurang ajar betul. Kalau aku pesakit mental, kau pun sama lah. Jangan nak syok sendiri."

Bella tertawa terbahak-bahak. Bukan Rifa lah kalau orang kata dia mental dia tak balas balik. Ya lah, siapa sahaja tak marah bila kena panggil mental?

Tapi kalau kawan sendiri yang panggil begitu, tidaklah aku anggap serius pun.

"Alah kau pergi je lah. Aku tak boleh lari sangat. Aku harini abc. Takkan hilang nya lah kalau kau lari pun sekitar sini je. Jadi jangan risau." tutur Bella tenang.

"Banyak lah kau abc! baru je habis berapa hari lepas tiba-tiba kena lagi. Cakap je lah kau tak nak teman. Dah la, aku pergi dulu kalau macam tu. Kau, tunggu sini. Diam. Diam. Faham?"

"Ya, ya faham. Aku bukan budak kecil lah. Dah pergi lah sana. Me wait here. If u penat penat u come back to me ok? here. I not lari-lari lah don't worry." ujar Bella sambil tersengih.

Rifa memandang Bella atas bawah. Dah kenapa pula minah sorang ni? English tah apa. Melayu betul tampaknya.

"Okie my sweetheart pookie bear cupcake. Nanti I datang sini balik ya?" balas Rifa dengan senyuman menayangkan giginya yang tersusun cantik.

Bella memasang wajah menyampah. Seakan ingin muntah pula mendengar ayat Rifa tadi.

"Dah pergi sana. Ada juga yang aku smackdown nanti."

Rifa tertawa kecil. Kepalanya di angguk menandakan dia setuju.

Pelariannya dimulakan dengan berlari anak. Bella akhirnya ditinggalkan bersendirian di taman.

Jam ditangan dikerling sekilas. 5:30 petang. Masih awal lagi untuk dia tamat kan lariannya.

Setelah beberapa minit berlari, penat pula dia terasa. Kakinya lenguh dek kerana berjoging terlalu lama tanpa henti.
Akhirnya Rifa memutuskan untuk berhenti seketika untuk mengambil nafas.

Tidak pula dia membawa minuman. Takut terkena serangan side stitch semasa berjoging nanti.

"Sorang je ke?" tegur satu suara.

Rifa memandang pemilik suara itu dengan keming berkerut. Siapa pula yang menyapa nya saat ini?

Pandangan nya dihalakan ke arah suara itu.

Luqman?

Ya. Seorang bos muda ataupun dikenali sebagai jutawan muda yang datang ke universiti mereka beberapa minggu yang lepas.

Rifa memandang Luqman lama. Wajah nya memang tampak seperti seseorang yang dia pernah kenal dahulu. Namun dia tidak dapat mengingati apa-apa.

"Hello? awak dengar ke tak? sorang je ke?" ulang Luqman sekali lagi.

Rifa menggeleng-gelengkan kepalanya. Akhirnya dia sedar kembali ke alam realiti.

"Oh err...ya. Saya seorang. Kawan saya ada dekat taman sana." balas Rifa.

Luqman mengangguk faham.

"Memang selalu joging di sini?"

"Eh tak, saya dah lama tak joging dekat sini. Baru harini saya mula balik. Sebelum ni memang saya selalu joging dekat sini dengan kawan saya tu. Tapi kebelakangan ni selalu sibuk pula." terang Rifa.

𝑳𝑼𝑸𝑴𝑨𝑵 𝑹𝑨𝑭𝑨𝑬𝑳| OG Where stories live. Discover now