RIFA melangkah ke tingkat bawah dengan perlahan. Satu persatu anak tangga itu dituruni. Tak bermaya seperti hantu mumia pula. Hari ini, dia perlu pulang ke rumah semula. Berat pula kaki ingin meninggalkan rumah Puan Hasna.
Bella dan Puan Hasna sudah berada di dapur sejak awal pagi lagi. Rifa dengan perlahan mengatur langkah ke dapur dan bergerak ke hadapan dapur gas. Ingin memasak sarapan.
Memandangkan dia hanya ingin sarapan yang ringkas, jadinya dia bercadang untuk membuat telur hancur untuk dimakan bersama roti sahaja.
"Pstt! Bella." panggil Puan Hasna dalam nada berbisik.
Bella yang sedang ralit meratakan mentega pada rotinya memandang Puan Hasna.
"Ya? Kenapa Aunty?" soal Bella pelik.
"Kenapa dengan Efa? Nampak macam orang tak cukup tidur betul?"
Bella alih pandangan ke Arah Rifa yang sedang memasak. Perlahan sahaja setiap pergerakannya.
"Oh, baru lepas break dengan boyfriend dia semalam. Memang dari semalam dia menangis. Lama juga." terang Bella.
Puan Hasna pasang muka menyampah.
Tak habis-habis. Itu lah remaja zaman sekarang, menangis mesti sebab putus cinta."Dah ada suami padahal..." gumam Puan Hasna perlahan.
"Tanya lah suami dia tu kenapa buat plan nak bagi dia fake boyfriend kan dah betul-betul catch feeling." balas Bella tenang.
Roti yang berada ditangannya disuap ke dalam mulut perlahan.
"Dia tunggu masa aje tu."
Bella jongket bahu. Entah sampai bila perkara ini ingin dirahsiakan.
"Assalamualaikum mama. Eh? hai Bella." Sapa Riena setibanya di dapur.
"Waalaikumsalam Rien. Awal balik?" balas Puan Hasna.
"Mesti lah kena awal. Rien rindu nak tengok muka mama Rien yang cantik ni."
Puan hasna menjeling. Entah ikhlas ke tidak dia puji ni.
"Eh eh? orang puji pun jeling? tak baiknya, ish ish ish."
Kepala Riena digeleng perlahan.
Tiba-tiba, ada bau yang cukup memerangkap perhatiannya. Bau hangit yang menusuk ke rongga hidung mereka semua.
"Bau apa pula ni?" gumam Bella seorang diri. Namun, cukup didengari oleh Riena dan Puan Hasna.
Kepala secara automatik memandang Rifa yang sedang memasak.
Puan Hasna dengan lantas bangun daripada kerusi nya lalu melangkah laju ke arah Rifa.
"Lailahaillallah Efa! Sampai hangus telur tu kamu buat! Kamu ni memasak ke apa huh? mengelamun? Astagfirullahaladzim Efa.." bebel Puan Hasna seraya menutup api dari dapur gas itu.
Rifa tidak memberi sebarang reaksi. Hanya tayang wajah kosong.Bella juga hanya tenang mengunyah roti. Seperti sudah biasa dengan keadaan sebegini.
Dengan perlahan, Rifa melangkah ke meja makan. Kerusi di sebelah Bella menjadi tempat Rifa melabuh punggung.
"Kau dah kenapa? habis bau wangi rumah mak kau dipenuhi bau hangit." soal Bella seduduknya Rifa di kerusi.
"Nanti hilang juga." balas Rifa pendek.
Bella menggeleng perlahan dengan balasan daripada Rifa. Tenang sungguh lahaii!
"Assalamualaikum!" Laung satu suara.
YOU ARE READING
𝑳𝑼𝑸𝑴𝑨𝑵 𝑹𝑨𝑭𝑨𝑬𝑳| OG
Lãng mạn(slow update) Luqman Rafael x Rifa Irdina Kedatangan seorang ceo di universiti mereka tidak lah menarik perhatian seorang Rifa Irdina.Dia hanya menganggap itu perkara biasa.Tidak istimewa sama sekali. Rifa Irdina adalah seorang jurugambar di univer...