𝟎𝟏

3K 152 3
                                    

Rifa Irdina. Ya, itulah nama seorang gadis dengan paras rupa yang manis, dan menarik ramai perhatian orang. Akan tetapi, dirinya selalu dipanggil 'Efa' ataupun 'Fa'. Biasalah, nak senang panggil, pendekkan sahaja lah. Kadangkala sering juha dia ditanya beberapa soalan. Soalan yang cukup tidak menyenangkan dirinya. "Bila nak kahwin?" "dah ada calon?" "Kamu ni jangan kahwin lambat sangat".

Ya. Itu lah soalan yang paling Rifa benci. Biar lah  nak kahwin bila? Nanti kalau jawab tunggu dia arwah baru tau.

Tahun ni adalah tahun terakhir aku universiti. Yes! boleh rehat lepas ni!

Terasa kering pula tekaknya saat ini. Padahal dia baru sahaja habiskan sebotol air mineral beberapa minit yang lepas. Nak kata buat kerja berat pun tak ada lah. Mereka berdua hanya bersiar-siar di taman berdekatan sahaja.

"Bella, aku haus lah." Beritahu Rifa kepada Bella.

Hairani Salsabella. Ya, itulah nama rakan baik kepada Rifa Irdina. Memang mereka baru berkawan semasa pertama kali masuk universiti, tapi tak mustahil untuk rapat kan?

"Habistu? kau nak aku buat apa?" balas Bella.

"Pergi kedai jom? yang dekat aje lah."

"Dekat sini pun kedai paling dekat 7E." balas Bella seraya menghidupkan enjin kereta miliknya.

"7E pun boleh lah Bella! Cepatlah, aku haus nak mati ni."

"Eleh bukannya mati pun, relaks la! aku baru nak hidupkan enjin kereta ni, kalau ini kereta baru tak apa lah juga, ini kereta zaman tok kaduk ada lah! Nak kena tunggu enjin panas dulu baru boleh gerak."

Rifa tertawa kecil dengan respon Bella. Ada sahaja yang dibalasnya.

Beberapa minit kemudian, Bella memulakan pemanduannya. Perjalanan mereka hanya mengambil masa dalam lima minit sahaja.

Dekat. Ya memang dekat.

"Kau nak masuk sekali ke?" tanya Rifa setiba nya mereka berhenti di hadapan kedai itu.

"Malas lah, kau belikan aku air sekali boleh?"

"Ceh! malas padahal depan-depan alam kedai ni! Ya lah, Kau nak air apa?"

"Hm.... Starbucks coffe la, yang dalam botol." balas Bella selamba.

Oh kau...

Lupa ke apa?

"Oh kau! tak boikot!"

Ternaik bahu bella dibuatnya. Terkejut.

"Eh! aku lupa! tukar-tukar. Beli kan aku air yogurt anggur aje la." balas Bella. Jelas dia kelihatan panik selepas dijerkah begitu oleh Rifa.

"Tau takut. Ya lah, tunggu sekejap. Jangan tinggalkan aku pula!"

"Tidak sayangkuu"

"Uish, patut nya aku rakam kau panggil aku sayang. Jarang berlaku dalam sejarah!"

Lengan Rifa dipukul lembut. Ada-ada sahaja yang disebut Rifa ini...

"Dah pergi lah cepat!"

"Okay bos!"

Terus dia keluar dari perut kereta itu. Langkahnya dibuka memasuki ke dalam kedai serbaneka itu.

Sesampai nya dia dibahagian minuman, harga di lihat dahulu. Mak! nak tercabut jantung! mahal!

"Astagfirullah, mahal gila!" gumam Rifa.

"Tak apa lah, sekali sekala jadi menteri jap. Beli air mahal."

Terus dia pergi ke kaunter pembayaran untuk membayar minuman itu. Niatnya dia ingin membeli makanan sekali, tetapi setelah melihat harga, terus terbatal niatnya.

𝑳𝑼𝑸𝑴𝑨𝑵 𝑹𝑨𝑭𝑨𝑬𝑳| OG Where stories live. Discover now