RIFA sedang duduk diam menikmati pemandangan pantai. Bella sudah tentu akan ikut pergi bersamanya. Tapi ada tetamu tak diundang pula yang mengikuti mereka setibanya di pantai.
Ara.
Entah bagaimana gadis kecil itu boleh berada di tempat yang sama seperti kami berada. Gadis kecil itu sedang asyik bermain belon buih seorang diri.
"Mommy! jom lah main dengan Ara!" panggil Ara.
"Tak apa lah, Ara main lah sorang-sorang. Akak Rifa tolong tengokkan dari sini."
Ara terus berhenti bermain. Set permainan belon buih itu diletakkan di atas permukaan pasir.
"Ish jom lah mommy! Ara nak main dengan mommy." pujuk Ara.
"Ara, kotor lah benda tu. Itu bukan akak Rifa punya tau. Ini abang tu punya, yang jual belon-belon tu. Nanti kotor ke rosak dia marah macamana? Ara nak kena marah ke?" Bebel Rifa.
Ara terus memasang muka masam. Bibir nya dimuncungkan kehadapan.
"Habistu Ara ajak mommy main, mommy taknak." balas Ara.
Sejujurnya, Rifa terlalu malas untuk bangun dari kerusi itu. Dia hanya ingin menikmati pemandangan laut dan matahari terbenam sahaja. Oleh kerana itu lah dia tidak mahu mengikuti Ara main bersama.
"Akak Rifa ni memang pemalas sikit orangnya Ara, main dengan akak Bella lah ya? jom." Ajak Bella.
"Tak nak lah, Aunty Bell garang."
"Garang? Garang celah mana nya pula? Akak Bella nampak garang ke? Tak nampak baik?" tanya Bella pelik.
"Tak. Ara tak tahu lah macamana Uncle Yan boleh suka dekat Aunty Bell ni. Mesti dia tak tahu yang Aunty Bell ni garang. Muka aje cantik tapi sebenarnya macam singa!" selamba Ara berkata.
Mulut Bella terlopong mendengar apa yang Ara katakan. Dia salah dengar kah?
"Apa dia Ara? ulang balik."
"Taknak, siapa suruh pekak."
"Amboi kau? memandai panggil orang pekak pula, akak Bella dah offer nak main sekali ni bersyukur lah sikit. Kalau Ara nak tahu, akak Rifa ni lagi garang sebenarnya tau!" omel Bella.
"Suka hati Ara lah. Aunty Bell diam. Membebel aje kerja."
"It's Bella, Ara. Nama akak Bella, bukan Bell. Bell tu loceng. Faham?"
"Yang penting Ara panggil nama. Ara panggil babi kang baru akak Bell tahu. Nak ke Ara panggil macam tu?" Selamba Ara membalas.
Mata Bella membulat. Dia berbalas pandangan bersama Rifa. Amboi! siapa ajar ni?
"Bab apa bab? Hey! siapa ajar sebut perkataan macam tu huh? tak baik tahu tak? Akak jentik mulut tu baru tau. Amboi perangai! sekolah pun tak lagi." bebel Bella.
Ara hanya menjongket bahu mengendahkan bebelan Bella.
"Ara." panggil Rifa dalam nada yang lembut.
"Ya mommy?"
"Mana daddy Ara?"
"Wah mommy risau ke? Daddy ada dekat sana tu, dengan Uncle Yan." balas Ara sambil menunding jari ke arah Luqman dan Aryan berada.
"Daddy Ara tak marah ke Ara datang sini?"
"Tak. Ara kan dah minta izin?"
"Kenapa Ara tak pergi main dengan daddy je? Uncle Yan?" Tanya Rifa. Dia juga pelik, mengapa gadis kecil ini tidak meluangkan waktunya bersama bapanya?
YOU ARE READING
𝑳𝑼𝑸𝑴𝑨𝑵 𝑹𝑨𝑭𝑨𝑬𝑳| OG
Romance(slow update) Luqman Rafael x Rifa Irdina Kedatangan seorang ceo di universiti mereka tidak lah menarik perhatian seorang Rifa Irdina.Dia hanya menganggap itu perkara biasa.Tidak istimewa sama sekali. Rifa Irdina adalah seorang jurugambar di univer...