ENCIK KAPTEN PILIHANKU!

1.9K 58 12
                                    

⌭♡

Encik Kapten Pilihanku!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Encik Kapten Pilihanku!

Terbitan ini merupakan spin-off dari kisah Peluang Untuk Kita, ebuku pertama saya yang dibuat secara percuma. Kalian tidak baca ebuku saya pun tiada masalah kerana bagi saya ianya tiada banyak yang terkait dan saya tidak akan keluarkan ebuku itu lagi atas beberapa alasan tertentu. Mungkin?

s e b u a h k a r ya
eynaakim


P e r h a t i a n :

- Segala bahagian yang terkandung dalam terbitan ini tidak dibenarkan sama sekali ditukar dalam bentuk pdf mahupun dicetak semula dalam pelbagai bentuk sekalipun.

- Hasil terbitan ini sepenuhnya dari hasil titik peluh penulis sendiri dalam menerbitkan kisah ini. Jika tersama dengan mana-mana pihak, mungkin hanya sekadar kebetulan dan tiada niat mahu menciplak.

- Cerita ni banyak manis dan cringe juga. Saya harap kalian okey-okey lah hehe.

- Andai kata, tersalah tatabahasa mahupun typo sila lah tegur dengan baik untuk saya perbetulkan kesalahan saya.


c a s t

—c a s t

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Encik Kapten Pilihanku!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Encik Kapten Pilihanku!

Nufail Al-Khayr, seorang lelaki yang bekerjaya seorang juruterbang yang berpangkat kapten, walaupun dia dilahirkan dari keluarga yang kaya raya, itu bukan alasan untuk dia bersikap sombong terhadap semua orang malah dia lah seorang lelaki yang peramah dan sentiasa rendah diri.

Hidup lelaki itu serba ada, dia boleh memiliki apa-apa sahaja yang dia mahu tetapi hanya satu yang sukar untuk dia dapatkan, iaitu memiliki hati seorang gadis yang sudah 15 tahun dia sukai.

Eryna Nafeesa, gadis lepasan diploma yang terpaksa menangguhkan pengajiannya untuk ke degree demi menguruskan adik-adiknya yang masih bersekolah.

Disebalik wajah polos dan bibir yang sering mengukir senyuman, terdapat banyak peristiwa hitam yang disimpan kemas. Hanya keluarga dan seorang rakannya, Afiyya yang menjadi saksi peristiwa itu berlaku dan ia membuatkan Eryna jijik dengan kehadiran lelaki dalam hidupnya.

Namun, peristiwa berulang kembali sewaktu sepasang matanya memperlihatkan kecurangan tunangnya, Lutfi bersama sepupunya sendiri dua minggu sebelum majlis nikahnya berlangsung.

Malah, dia tidak terusik dengan kecurangan itu kerana perkahwinan ini bukan lah perkara yang dia inginkan, dia hanya turuti permintaan mamanya sahaja.

* * * *

"Saya ikhlas letakkan diri saya untuk kahwin dengan awak, Nafeesa. Tentang papa awak, saya usahakan untuk minta keizinan dia. Bagi saya peluang untuk jadi suami awak, sehidup dan semati dengan awak."

Hadir pula Nufail yang sudi menggantikan tempat bekas tunangnya sebagai suami sahnya atas alasan mahu menjaga maruah keluarga dia sekali gus maruah keluarga lelaki itu juga, memandangkan sepupunya juga merupakan tunangan si dia.

"Boleh ke saya percayakan awak, Nufail?" - Eryna Nafeesa

"Saya tak minta awak percaya, cukup usaha saya yang jadi bukti," - Nufail Al-Khayr

Mampukah usaha Nufail dalam misi memikat hati Eryna berjaya? Gadis yang selama ni dia sukai hampir 15 tahun lamanya.

Dan, mampukah Eryna untuk terima kewujudan lelaki yang serba boleh seperti Nufail sebagai suami sahnya?


C O M I N G S O O N | 2 0 2 4


notes : Hai hai ! Ada yang rindu saya tak? Lama juga saya tak aktif sampai dah genap setahun dah cerita Bidadari Milik Haiyan. Apa khabar, pembaca? Sihat? Saya sejujurnya, rindu dekat pembaca semua. Kalau yang masuk telegram saya, dia tahu lah saya pernah mengadu rindu pembaca-pembaca saya hehe. Sedikit sebanyak, ia sangat memalukan. Mesti orang fikir, apa lah penulis eyna ni bebelkan, bukan? Dan, doakan saya dapat siapkan karya ni sampai habis. 🫶🏻

Maaf atas sikap saya yang tiba-tiba unpublished story ni, selamat membaca. *mini love*

H | Encik Kapten Pilihanku!Where stories live. Discover now