EKP! | 04

483 48 28
                                    

⌭♡

SELESAI sahaja menghidang lauk Ayam Masak Kicap bersama lauk yang lain;  Telur Dadar dan Ikan Keli masak Cili Padi, dia mula memanggil adik-adiknya yang sedang leka dengan aktiviti masing-masing

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SELESAI sahaja menghidang lauk Ayam Masak Kicap bersama lauk yang lain;  Telur Dadar dan Ikan Keli masak Cili Padi, dia mula memanggil adik-adiknya yang sedang leka dengan aktiviti masing-masing.

"Farrash, Fayyad, jom makan!" Kuat suaranya memanggil.

"Baik!"

"Ottey!"

Serentak dua beradik itu berlari menuju ke meja makan, mahu mendapatkan tempat duduk mereka.

Mata masing-masing bersinar melihat lauk pauk yang dimasak oleh si kakak.

"Nah nasinya, Rash." Pinggan berisi nasi putih dihulurkan kepada Farrash, lelaki itu menyambut huluran pinggan tersebut dan diletakkan di hadapannya.

"Terima kasih, kakak ku!" ucap Farrash. Seekor ikan keli diletak di tepi nasi putih buat dia seorang sahaja. Memandangkan Keli Masak Cili Padi merupakan lauk kegemarannya.

"Sama-sama." Eryna menguntum senyuman melihat adiknya sudah mula menyuapkan makanan masuk ke dalam perut. Berselera Farrash menjamu selera.

"Yad, sini along suap awak telur dengan ayam." Eryna menguis-nguis nasi putih yang sudah dicampurkan dengan kicap manis bersama telur dadar di dalam gumpalan nasi.

"Aaa." Luas mulut si kecil itu terbuka, Eryna menyuap nasi dan lauk tersebut masuk ke dalam mulut Fayyad.

"Yum! Shedapnyaaa! Dik shuka dik shuka!" Pelat Fayyad sambil mengunyah nasinya.

"Bukan shuka, adik. Tapi, suka." tegur Farrash, dia mahu mengajar adiknya untuk bercakap dengan betul.

"Shukah!"

"Bukan lah, su ... ka." Eryna pula mengajar adiknya dengan menyebut satu persatu ayat tersebut. Dia cuba membetulkan pelatan si adik.

"Su ... ka!"

"Ha betul!" Serentak Eryna dan Farrash dengan sengihan lebar. Farrash pula sempat mengangkat ibu jari tanda 'thumbs up'. Fayyad tersengih-sengih.

Eryna tersenyum sebelum memandang ke arah adiknya, Farrash.

"Farrash, esok kau naik bas nak ke mrsm pukul berapa? Dekat mana nak dropkan kau?" soal Eryna sambil menyuap Fayyad yang ralit menyambung menonton cerita kartunnya.

"Ikutkan dalam pukul 10 pagi dah kena tunggu dekat masjid Shah Alam. Along hantar lah kan?"jawab Farrash sebelum menguap lauk ke dalam mulutnya

"Mesti lah along kena hantarkan kau esok dekat masjid Shah Alam, pastikan homework dan barang semua complete eh? Along malas nak hantar barang-barang tertinggal lagi dekat pos laju," tutur Eryna.

H | Encik Kapten Pilihanku!Where stories live. Discover now