EKP! | 06

412 32 40
                                    

⌭♡

warning : chapter ni banyak perkataan dan aksi yang kurang senang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

warning : chapter ni banyak perkataan dan aksi yang kurang senang. Andai kata, pembaca tak sanggup lebih baik untuk awak skip sahaja.

PRANG!

Terketar-ketar tangannya menatap serpihan mangkuk kaca yang pecah di atas lantai marmar tersebut. Habis sup ayam yang dia mahu hidang dekat papanya jatuh.

"Kau ni apa masalah, huh?" jerkah Tuan Amier, bapa kandungnya. Kasar lelaki 40-an itu bangkit dari duduk sebelum menatap penuh benci wajah pucat anak perempuannya yang sudah memandangnya dengan perasaan gerun.

"Pa-papa ... Along ..."

"Kau ni memang semua benda tak boleh nak buat betul-betul eh? Kau dengan mak kau sama aje! Dua-dua menyusahkan! Perempuan macam kau berdua membebankan aje! Kalau aku tahu kau ni menyusahkan hidup aku aje, lebih baik aku suruh mak kau gugurkan kandungan dia masa mengandungkan kau lah, bodoh! Budak sial macam kau ni tak bawa tuah dekat aku pun. Tambah beban aje ada lah." caci Tuan Amier sebelum dia berlalu pergi meninggalkan Eryna yang terluka mendengar setiap bait kata yang dilontarkan papa.

Jatuh deras mutiara jernih pada tubir mata Eryna yang tika itu berusia 16 tahun ketika mendengar setiap butir kata papanya yang sudah menghancurkan hatinya. Perlahan - lahan dia melutut, serpihan kaca yang pecah sedaya upaya dikutip.

Melihat serpihan kaca di atas lantai membayangkan dirinya dengan keadaan hatinya yang hancur dan sakit setiap kali mendengar caci maki papanya.

Entah apa salahnya hinggakan ayah kandung sendiri tidak mahu mengaku dia sebagai anak kandung. Kalau dengan adik lelakinya, Farrash. Papa selalu saja sanjung dan puji apa yang dilakukan adiknya.

Bohong kalau dia tidak pernah cemburu dengan adiknya. Dia juga mahu dibelai dengan penuh kasih sayang oleh papa seperti mana rakan sekolahnya sering dimanjakan oleh ayah mereka sendiri.

Dia pernah menujukan pertanyaan dekat Tuhan setiap kali dirinya terasa lemah. Apa salahnya? Apa salahnya dilahir berjantina perempuan? Memang sebeban itu kah papa menganggap dirinya?

Waktu sebegini dia hanya mampu meminta satu hal sahaja dekat Allah, iaitu dengan berikan dirinya kekuatan dan sabar dengan segala ujian yang menimpa dirinya.

"Tss ..." Berdecit Eryna menahan pedih ketika serpihan kaca menusuk masuk ke dalam kulit jarinya dan mengeluarkan darah yang banyak.

" Berdecit Eryna menahan pedih ketika serpihan kaca menusuk masuk ke dalam kulit jarinya dan mengeluarkan darah yang banyak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
H | Encik Kapten Pilihanku!Where stories live. Discover now