EKP! | 18

414 33 42
                                    

⌭♡

PERGI sahaja Hazael bersama Zhaleef dan Jibrain untuk mencari Hilyaa, Eryna pula mula menangis dek risau akan keselamat Hilyaa yang menjadi mangsa buruan Hanny

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PERGI sahaja Hazael bersama Zhaleef dan Jibrain untuk mencari Hilyaa, Eryna pula mula menangis dek risau akan keselamat Hilyaa yang menjadi mangsa buruan Hanny.

Siapa Hanny? Hanny merupakan seorang gadis bekerjaya sebagai model di bawah syarikat ternama di Malaysia. Namun, disebabkan cintanya ditolak oleh Hazael sejak zaman sekolah lagi, gadis itu mula memberontak dan mahu menghapuskan Hilyaa dari hidup Hazael.

Kini, hanya Nufail, Eryna dan Haysha sahaja di rumah, menantikan khabar dari mereka. Itu pun Haysha datang semula untuk mengelakkan Nufail dan Eryna berduaan di rumah, bukan dia tak tahu zaman sekarang ni banyak kes orang suka perkenakan orang, tahu-tahu pegawai dari pejabat agama sudah terpacak dekat depan pintu.

Hampir satu kotak tisu juga habis disuakan oleh Nufail pada Eryna. Gadis itu pula hanya ambil dan mengesat air matanya yang sejak tadi mengalir.

Sempat Nufail mengipas-ngipas Eryna menggunakan tangannya. Cuba untuk tenangkan hati tisu gadis ini. Haysha pula masih menantikan berita dari adik iparnya.

"Sayan— Nafeesa, relax ... Hilyaa baik - baik aje. Dorang akan bawa semua pulang dengan selamat, InsyaAllah," pujuk Nufail.

Eryna sedut hingus. Dia menatap sepasang mata coklat cair milik Nufail.

"Betul ke?"

Nufail koyakkan senyum nipis dan memberikan anggukkan kepada gadis ini.

"InsyaAllah, kita doa yang baik-baik." Itu sahaja yang mampu dia balas tika ini. Dia juga mengharapkan yang semua orang pulang dengan keadaan yang baik.

Eryna mula mengesat air matanya dengan tisu yang sudah berada di tangan. Mendoakan agar perkara yang baik-baik sahaja terjadi.

"Ryna! Nufail!" panggil Haysha sambil berjalan ke arah mereka berdua dalam keadaan pipinya yang sudah basah dengan air mata.

"Kenapa Sha? Zael ada call tak?" tanya Nufail, dia mula menghampiri kakak ipar sepupunya. Haysha mula geleng kepalanya.

"Tadi Hairin yang telefon. Dia kata, Zhaleef cedera teruk sebab kena tembak. Sekarang dia dekat bilik bedah, daddy tengah rawat dia," jawab Haysha.

Mengucap panjang Nufail dan Eryna dalam hati, simpati dengan keadaan Zhaleef.

"Kak Eqah pula macam mana? Yang lain okey tak, Kak Sha?" soal Eryna, jelas risau dengan keselamatan yang lain.

"Diaorang hanya cedera ringan aje ... Cuma Zhaleef yang ni ..." Berat mulut wanita itu mahu menjawab.

"It's okay, jom kita gerak ke hospital sekarang," ajak Nufail sebelum menganbil kunci keretanya.

H | Encik Kapten Pilihanku!Where stories live. Discover now