EKP! | 25

485 34 10
                                    

'Tadi, Nufail datang jujur dengan mama yang dia nak halalkan kamu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Tadi, Nufail datang jujur dengan mama yang dia nak halalkan kamu. Kamu sudi ke?'

LAMA Eryna termenung sambil bermain dengan rambut Fayyad yang sudah terlena di atas pehanya.

Otaknya masih cuba untuk proses tentang hal yang dikatakan oleh mama petang tadi sebelum berangkat pulang menghantar Farrash ke MRSMnya semula.

Benarkah Nufail mahu halalkan dia? Ini memang hal gila. Tak mungkin lah, mesti lelaki itu main-main sahaja.

Kepala digeleng beberapa kali, cuba untuk berhenti memikirkan tentang perbualan dia dan mamanya.

"Uit, jauh termenung," tegur Afiyya sebelum berjalan mendekati Eryna yang sedang duduk bersila di gazebo luar halaman rumah kebajikan bersama Fayyad.

Eryna toleh memandang ke arah Afiyya yang sudah duduk melabuh di sebelahnya. Dia mengukirkan senyuman nipis ke arah rakannya.

"Mana ada," nafi Eryna sambil mengusap lembut rambut Fayyad yang masih terlena di pehanya.

"Jangan nak tipu aku lah, Ryna. Kau tengah fikirkan apa?" soal Afiyya sambil menyiku lengan Eryna.

"Tadi mama ada bagitahu something dekat kita," luah Eryna perlahan.

Afiyya kerutkan dahinya, menantikan gadis itu untuk meneruskan ayatnya.

"Mama bagitahu kita yang Nufail datang jumpa dia tadi, mama kata Nufail nak halalkan kita habis tu mama tanya kita, kita sudi ke terima pinangan dia," sambung Eryna lagi.

Afiyya sembunyikan senyumannya setelah mendengar ayat yang keluar dari mulut Eryna. Tak sangka laju juga Nufail berdepan dengan Puan Zahidah.

"Jadi, kau jawab apa? Kau setuju atau tidak?" tanya Afiyya. Dia terus memusingkan tubuhnya menghadap ke arah Eryna. Dalam hatinya sudah mahu rakannya setuju sahaja pinangan lelaki itu.

"Kita kata yang kita perlukan masa sebab hal ini kita tak boleh main setuju aje. Kita tak nak kejadian yang sama berulang lagi," jawab Eryna.

"Ryna, look." Afiyya terus menarik lembut kedua belah tangan Eryna. Eryna mula mengangkat wajah memandang ke arahnya.

"Aku tahu kau susah nak terima mana-mana lelaki lepas kejadian papa kau dan Lutfi, tapi aku tak nampak sisi buruk diaorang tu dekat Nufail. Dia lain, Ryna." Afiyya cuba untuk meyakinkan Eryna.

Eryna hanya mendiamkan dirinya. Tapi dia akui yang Nufail memang lain dari lelaki lain yang dia pernah perhatikan.

"Kau pernah tak nampak aku kenenkan kau dengan lelaki?" tanya Afiyya. Laju Eryna menggeleng kepalanya, setahunya Afiyya memang susah untuk kenenkan dirinya dengan mana-mana lelaki kecuali wujudnya Nufail dalma hidupnya.

"Ha, maknanya aku nampak Nufail ni betul-betul ikhlas nak halalkan kau. Kau pernah nampak tak yang dia berborak dengan perempuan lain? Tak kan? Aku rasa kau orang pertama yang dia selalu berborak walaupun kau akan nafikan kan?" Afiyya cuba untuk hasut rakannya untuk terima pinangan lelaki itu.

H | Encik Kapten Pilihanku!Where stories live. Discover now