EKP! | 33

456 31 21
                                    

[kalau nak feeling- feeling dengar lah, kita ni lah kembas-kebas pipi tersengih waktu dengar lagu ni ^^]

MASUK sahaja dari pintu gerbang, lampu mula bertukar suram sebelum satu lampu dari atas diarahkan kepada Nufail dan Eryna yang sudah bersedia untuk jalan ke karpet merah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MASUK sahaja dari pintu gerbang, lampu mula bertukar suram sebelum satu lampu dari atas diarahkan kepada Nufail dan Eryna yang sudah bersedia untuk jalan ke karpet merah.

Lagu Perfect mula dipasang sebagai tema majlis sanding Eryna dan Nufail pada malam ini.

Pelukan Eryna pada lengan Nufail dieratkan sambil bibirnya tersenyum manis ke arah tetamu yang hadir ke majlis sanding mereka yang dibuat dibelah keluarga Nufail.

Sampai sahaja di atas pelamin, Eryna mula duduk di atas pelamin selepas dibantu oleh Afiyya yang merupakan pengapitnya dan Qayyum juga sebagai pengapit kepada Nufail.

Eryna menguis-nguis beberapa kali jarinya, menahan debaran di dada ketika mata melilau ke arah bilangan tetamu yang hadir ke majlis mereka.

Nufail yang perasan dengan tingkah laku gadis itu mula menyentuh tangan Eryna, ibu jarinya mula diusap lembut bagi menenangkan isterinya.

"Relax ... I'm here, remember? Semuanya akan baik-baik saja," pujuk Nufail. Eryna pamerkan senyuman nipis ke arah Nufail sambil kepalanya diangguk sedikit.

Nufail senyum sebelum dia meletakkan semula tangan di atas ribanya semula. Majlis sanding mereka berjalan seperti yang dirancang, ahli keluarga Nufail dan Eryna sempat juga bergurau senda dengan mereka berdua sewaktu upacara merenjis air mawar kepada pengantin.

Dalam diam, Nufail hanya memerhati sikap isterinya yang ketawa dengan usikan dari keluarganya. Bibirnya turut tersenyum melihat senyuman manis yang terlakar pada bibir mungil itu.

Selesai sahaja aktiviti renjis air, mereka diiringi untuk ke meja makan beradap bagi menjamu selera.

Mereka berdua mula menjamu selera selepas membaca doa makan. Nufail mula menyua sudu yang berisi nasi dan ikan siakap tiga rasa ke arah Eryna.

Eryna hanya membuka mulut untukmenerima suapan daripada suaminya. Dengan berhati-hati, Nufail menyuap isterinya. Sisa sos pada hujung bibir isterinya dilap sedikit menggunakan jari kelengkengnya.

"Sedap, kan?" tanya Nufail sambil memandang ke arah isterinya yang sedang mengunyah makanan. Eryna hanya memberi anggukan, memandangkan mulutnya yang masih penuh dengan makanan yang disuap oleh Nufail tadi.

Eryna mengambil sedikit nasi dan lauknya menggunakan sudu sebelum disuakan ke arah suaminya. Nufail dengan senang hati membuka mulut, memberi isterinya menyuapnya makan.

"Kalau hari-hari sayang suap abang ni, syurga buat awak, sayang," kata Nufail selepas selesai menelan makanan yang dikunyah.

Eryna pamerkan wajah berkerut ke arah suaminya. "Awak nak ambil kesempatan eh?" tuduh Eryna yang buatkan Nufail tersengih.

H | Encik Kapten Pilihanku!Where stories live. Discover now