EKP! | 30

437 38 23
                                    

ERYNA yang sudah siap ditacap dengan solekan pada wajahnya mula membetulkan baju kurung moden berwarna putih penuh yang dipakainya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ERYNA yang sudah siap ditacap dengan solekan pada wajahnya mula membetulkan baju kurung moden berwarna putih penuh yang dipakainya.

16 September merupakan hari yang dinantikan, hari pernikahan dia dan Nufail. Dia mula menoleh memandang ke arah Hilyaa dan Afiyya yang sudah tersengih-tersengih memandangnya.

"Ya Allah, cantiknya kawan aku seorang ni!" puji Afiyya sebelum menangkap beberapa keping gambar menggunakan kameranya. Hilyaa mengangguk setuju dengan pujian yang dikatakan oleh Afiyya.

"Betul. Gembiranya akak tengok Ryna dah nak kahwin dah ni," teruja Hilyaa sambil memegang kemas kedua belah tangan Eryna. Sempat juga dia terlompat kecil kerana begitu teruja melihat rakannya sudah mahu bergelar isteri beberapa minit lagi.

"Eh, Kak Eqah jangan nak melompat sangat, risau Fiyya nanti kalau anak dalam perut tu bergoncang," tegur Afiyya sebelum memegang bahu Hilyaa untuk berhenti dari terlompat. Risau juga kalau jadi apa-apa dekat Hilyaa nanti Hazael pula yang akan menyalahinya. Eryna ketawa halus sebelum menggeleng melihat telatah mereka.

"Betul tu, kak. Kesian baby dalam perut ni nanti," sokong Eryna sebelum tapak tangannya dibawa mengusap lembut perut Hilyaa yang sudah kelihatan bentuk.

"Alah, akak bukan sengaja pun. Siapa aje tak teruja kalau Eryna dah nak jadi isteri orang. Betul kan, Fiyya?" balas Hilyaa bersama sengihan lebar. Afiyya angguk kepalanya bersama ibu jari yang dibawa naik ke atas, menandakan dia sangat setuju dengan apa yang dikatakan oleh Hilyaa.

Tengah rancak mereka berborak, pintu bilik persiapan pengantin perempuan dibuka, terpapar wajah manis Nayla yang sudah siap dengan memakai baju songket berwarna light grey.

"Cantiknya, Kak Ryna," puji Nayla bersama senyuman lebar. Matanya melilau memandang pemakaian Eryna sambil hatinya memuji kecantikannya yang kelihatan sangat berseri dengan solekan yang ditacap bersesuaian dengan wajah jelita bakal kakak iparnya.

Eryna tersenyum sebelum menggenggam kemas pegangan tangan Nayla bersamanya.

"Terima kasih, Nayla. Ini Nayla dekat sini, pihak lelaki dah sampai?" Eryna mula menyoal. Nayla mengangguk laju kepalanya.

"Yup. Semua dah sampai, along pun dari tadi tak senang duduk sebab gementar lah kut." Nayla sempat ketawa mengutuk abangnya dan diikuti dengan Eryna yang sudah ketawa kecil, dapat dia bayangkan wajah gementar lelaki itu.

"Ryna, jom aku bawa kau keluar. Pengantin lelaki dah sampai dah tu," ajak Afiyya sambil mencuit lembut lengan Eryna.

"Baik lah," akur Eryna. Dia menarik nafas sedalam yang mungkin untuk menenangkan dirinya sebelum dia dipimpin oleh Afiyya untuk berjalan perlahan-lahan keluar dari pintu utama untuk berjalan ke khemah dimana pelamin mereka ditempatkan.

H | Encik Kapten Pilihanku!Where stories live. Discover now