EKP! | 32

405 34 22
                                    

ERYNA berdiri di sebalik dinding untuk mengintai Farrash dan Fayyad yang sedang main bersama di ruang tamu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ERYNA berdiri di sebalik dinding untuk mengintai Farrash dan Fayyad yang sedang main bersama di ruang tamu.

"Sayang pergilah dulu," arah Nufail bersama senyuman manis. Eryna mengangguk sebelum berjalan menghampiri dua orang adik lelakinya dan meninggalkan Nufail yang masih bersembunyi dengan tangan yang memegang sesuatu.

Eryna turut mengangguk sebelum berjalan mendekati dua orang adiknya yang berada di ruang tamu.

"Amboi, tengah buat apa tu?" tegur Eryna bersama senyuman mengusik. Farrash dan Fayyad terus mengangkat wajah mereka bersama bibir yang tersenyum lebar.

"Along!"

"Awu!"

Serentak mereka bersuara sebelum tubuh Eryna dipeluk erat. Eryna ketawa melihat perangai adik-adiknya sebelum dia membalas pelukan mereka.

"Bila along sampai? Abang long mana?" tanya Farrash sambil mata melilau mencari susuk abang iparnya.

"Abang long tak ada, along datang sini nak ambil barang along aje," balas Eryna yang mula buatkan Farrash mengeluh pasrah kerana tidak dapat melihat kelibat abang iparnya.

"Alah, ye ke?" Kendur suaranya menyoal. Eryna jungkitkan keningnya sebelum lengannya menyilang ke dada.

"Amboi, dah mula sayang abang long pula ke? Along ni dah tak rindu sikit pun lah?" Sengaja Eryna membuat nada sedih menandakan dia sedang terasa hati dengan perangai adiknya.

Farrash tersengih sebelum menarik lengan kakaknya. Alamak, dia tersalah kata pula tadi.

"Alah, along. Jangan lah macam tu, bukan maksud Rash yang Rash tak rindukan along tapi hairan aje sebab biasa dah kahwin mesti lah kena ada suami disisi," pujuk Farrash.

Eryna membuat wajah toya ke arah adik lelakinya itu.

"Ye lah. Ini along ada nak bagi sesuatu dekat Rash," kata Eryna sambil meletakkan Fayyad di atas ribanya.

Farrash terus memandang Eryna dengan reaksi penuh tanda tanya sebelum dia bersuara, "Apa dia?"

Eryna senyum sebelum memberi isyarat untuk Nufail datang membuat kejutan.

"Hello, abang long here," sapa Nufail dengan nada santai bersama bibir yang tersenyum lebar ke arah mereka.

"Bang sem!" Lebar senyuman Fayyad sambil berlari ke arah Nufail sebelum dia memeluk kaki lelaki itu seperti koala. Nufail ketawa, geli hati dia melihat adik iparnya memeluknya seperti koala pada kakinya.

"Allah, Yad. Jatuh lah abang nanti," tegur Nufail lembut. Fayyad pamer sengihan sebelum dia melepaskan pelukannya pada kaki abang iparnya.

"Ori ..."

H | Encik Kapten Pilihanku!Where stories live. Discover now