EKP! | 22

395 34 14
                                    

"TEPI, Emier nak shepak ball!" Kuat suara Emier memberi arahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"TEPI, Emier nak shepak ball!" Kuat suara Emier memberi arahan. Tangan kecilnya mula meletakkan bola sepak di atas tanah yang berumput.

"Okey okey, boleh, sayang." Nufail menahan senyum melihat perwatakan comel Emier yang sempat menolaknya ke sisi menggunakan pinggul kecilnya.

Nufail menapak sedikit ke kanan, memberi ruang untuk Emier menyepak bola masuk ke penghadang gol yang dibelinya.

"Abi, abi ngokk tauuu!" Emier memberi arahan ke arah Nufail. Si kecil itu mahu Nufail menepukan perhatian sepenuhnya ke arah dia seorang sahaja.

"Ya, abi tengok awak lah ni, Emier." Lembut Nufail berkata. Matanya menupukan sepenuh perhatian ke arah si kecil yang penuh teruja mahu menendang bola.

Emier tersenyum lebar sebelum dengan penuh bergayanya dia mula menghayunkan kakinya untuk menedang bola. Malangnya, dia tergelincir jatuh kerana terpijak sendiri bola sepak itu.

Nufail menahan diri dari melepaskan tawanya ketika melihat Emier yang sudah jatuh menyebam tanah.

Alahai, kemain bergaya dia nak sepak tapi tak tertendang juga bolanya.

Dia terus mencangkung di hadapan Emier yang sudah menangis. Nufail menarik lembut tubuh kecil itu duduk di atas pehanya. Tanah yang mengotori seluar Emier mula dibersihkan.

"It's okay, Emier. Emier dah buat yang terbaik kali ni, abi bangga dengan awak," pujuk Nufail lembut. Ibu jarinya mula mengesat lembut air mata yang mengalir pada pipi mulus si kecil itu.

Tengah fokus dia memujuk Emier, ada satu tangan kecil lagi yang melekap pada belakang tubuhnya.

"Bang sem!" Nufail terdiam. Panggilan itu, panggilan yang selalu dipanggil oleh Fayyad. Terus tubuhnya memusing menghadap ke arah Fayyad yang sudah menayangkan senyuman lebar di depannya.

Nufail mengerdipkan matanya. Kenapa Fayyad boleh ada dekat sini? Kalau Fayyad ada, maknanya ....

"Assalamualaikum ...." Suara lunak itu mula menerpa gegendang telinganya. Nufail dengan lajunya mengangkat kepalanya untuk memandang si pemilik suara.

Terpempan Nufail melihat Eryna yang sudah berdiri di hadapannya. Afiyya yang turut mengikut Eryna mula berdehem ketika melihat diri rakannya mula direnung oleh Nufail.

Nufail yang tersedar dirinya sedang merenung anak dara orang terus menunduk. Banyak kali dia beristighfar sambil mengusap lembut dadanya. Jaga mata kau tu, Nufail ....

Perlahan-lahan dia bangun sambil mendukung tubuh kecil Emier dan Fayyad.

"Awak datang sini, siapa yang ajak?" tanya Nufail, penuh tanda tanya.

H | Encik Kapten Pilihanku!Where stories live. Discover now