EKP! | 03

494 50 40
                                    

⌭♡

BULU kucing dibelai lembut, sempat juga si kucing menggesel-gesel tubuhnya pada lengan berurat milik lelaki itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BULU kucing dibelai lembut, sempat juga si kucing menggesel-gesel tubuhnya pada lengan berurat milik lelaki itu.

Semalaman juga Nufail tidak dapat lelapkan matanya kerana terfikirkan kejadian semalam. Rasa berdosa juga dia tersentuh tubuh anak dara orang.

"Nana, abi masih tak boleh lupakan kejadian semalam," luah Nufail dengan bibir dicebik ke hadapan sedikit. Diusap-usap bulu kucing dengan penuh kasih sayang.

Kucing itu hanya mengiau sahaja seakan mendengar luahan tuannya.

"Haih, bahaya lah perempuan tu, kan? Dia buat jantung abi ni dup-dap-dup-dap! Kalau abi pengsan macam mana lah, kan?" tuturnya lagi. Diangkatnya tubuh kucing itu sedikit meninggi

Datin Hasnah tersenyum melihat anak sulungnya yang sedang berbual sendirian dengan kucing kesayangan lelaki tersebut.

Melihat telatah anaknya yang masih terngiang-ngiang akan kejadian yang terjadi semalam buatkan dia tersenyum.

Disebabkan seekor kucing, anak sulung perempuan rakannya tidak sengaja memeluk lompat ke tubuh anaknya.

Terimbas sesaat reaksi wajah masing-masing. Merah padam! Entah kenapa hati tuanya terasa mahu ketawa mengenang tingkah laku Eryna yang gelabah masuk ke dalam rumah.

"Amboi, Nufail. Rancak betul boraknya?" tegur Datin Hasnah, peha anaknya ditepuk lembut selepas dia melabuhkan punggung di sebelah anak terunanya ini.

Nufail hanya tersengih, dia mula menukar posisi duduknya kepada posisi baring, kepalanya kini berada di atas peha uminya.

"Umi, Nufail dah sesuai ke untuk kahwin?" soal Nufail tiba-tiba, mata helangnya menatap wajah jelita uminya.

Datin Hasnah yang sejak tadi mengusap rambut anak lelakinya mula terhenti dari mengusap. Dia mula menguntumkan senyumannya.

"Dah cukup sesuai dah pun, Nufail. Gaji kamu pun dah boleh beli rumah kamu sendiri, kereta sendiri, bagi duit belanja dekat umi, ayah dan atuk. Jadi, bagi umi kamu dah boleh sara bakal isteri kamu pula nanti. Umur kamu pun dah 26 tahun, dah tua bangka dah! Bagi lah umi merasa timang cucu juga sebelum mata umi ni dah tertutup buat selamanya," jawab Puan Hasnah.

Nufail mencebik. Dia mula membalas, "Isy, umi ni apa kata macam tu? Tapi, 26 tahun tak ada lah tua mana pun ..."

Datin Hasnah menyembunyikan senyumannya sebelum menyoal, "Tiba-tiba cakap fasal kahwin ni, kenapa? Anak umi ni ada berkenan dekat siapa-siapa ke?"

H | Encik Kapten Pilihanku!Where stories live. Discover now