EKP! | 09

489 37 44
                                    

PINTU penumpang kereta BMW milik Nufail ditutup perlahan sebelum dia berjalan dan berhenti di hadapan pagar, dia menoleh memandang Nufail yang sudah menurunkan tingkap keretanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PINTU penumpang kereta BMW milik Nufail ditutup perlahan sebelum dia berjalan dan berhenti di hadapan pagar, dia menoleh memandang Nufail yang sudah menurunkan tingkap keretanya.

"Awak balik lah, kesian atuk awak sorang-sorang dekat wad," ujar Eryna perlahan. Nufail angguk dalam senyum.

"Baik lah. Terima kasih sebab sudi tolong atuk saya tadi, saya hargai sangat," ucap Nufail, lembut.

"Sama-sama. Apapun saya ikhlas tolong atuk awak, esok saya melawat datuk awak lagi, boleh?" Eryna memandang Nufail, mahu meminta izin.

"Boleh. Esok pagi saya ambil awak dekat rumah," pelawa Nufail. Eryna menggaru hujung batang hidungnya, bukan tak mahu tapi dia segan jika perlu berduaan dengan Nufail esok.

"Erm ..."

Melihat raut wajah Eryna yang tidak berapa selesa dengan pelawanya buatkan dia terus bertindak mahu membetulkan ayatnya.

"Jangan risau, esok adik saya pun ada. Jadi, kita tak akan berduaan dalam kereta. Cuma malam ni aje saya hantar awak pulang sebab kereta awak rosak, kan?"

Lambat-lambat Eryna mengangguk setuju. Kalau lelaki itu sudah berkata begitu, dia okey kan sahaja lah. Tak perlu lah dia nak risau kalau mereka berduaan.

"Okey. Hati-hati," pesan Eryna sebelum dia mula membuka pagar automatiknya.

"Baik lah, jumpa esok."

Eryna angguk sebelum dia melihat kelibat kereta mewah Nufail yang mula berlalu pergi, dia juga mula mengambil langkah untuk masuk ke rumah.

Eryna angguk sebelum dia melihat kelibat kereta mewah Nufail yang mula berlalu pergi, dia juga mula mengambil langkah untuk masuk ke rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

NUFAIL yang sedang fokus membaca buku itu mula menoleh ke arah pintu yang mula terbuka. Terpapar wajah satu-satunya adik perempuannya, Nayla Ayesha.

"Along ..." Serak suara Nayla ketika memanggil Nufail. Gadis itu datang mendekat, dengan tubuh dibuat-buat lembik sebelum duduk di sebelah abangnya.

Nufail yang melihat perangai adiknya sebegitu mula meletakkan bukunya ditepi meja, mata helangnya tertumpu sepenuhnya ke arah adiknya.

"Are you crying?" Itu soalan pertama yang ditujukan ke arah Nayla ketika dia sedari pipi mulus itu meninggalkan sisa air mata.

H | Encik Kapten Pilihanku!Where stories live. Discover now