"Weh besok kau free, kan? Lepak jom" Ajak Haziq kepada tiga rakannya, Har, Khai dan juga Arash.
"Entah kau. Dah lama tak lepak dengan kita orang semenjak jadi bos ni" Khai menyampuk.
Arash hanya memandang rakannya yang sedang asyik berbual.
"Lepak mana?" Har bertanya sambil menghirup kopi yang dibuat Haziq. Sekarang mereka berempat berada di apartment Haziq.
"Tempat biasa lah," Haziq berkata santai.
"Tak boleh." Har menggelengkan kepalanya tanpa memandang sedikitpun ke arah Haziq.
"Apahal?" Haziq mengangkat keningnya pelik.
"Kita orang gaduh," ujar Har sambil mengusap wajahnya menggunakan tangan kanannya.
"Gaduh? First time pula aku dengar kau orang gaduh ni," Kata Haziq.
"Memang first time pun" Har membetulkan rambutnya yang sedikit kusut.
"Apa pasal? Apa jadi?" Tanya Haziq. Penasaran dengan apa yang terjadi antara Har dengan kekasihnya itu.
"Bella ternampak aku dengan pekerja perempuan aku dekat parking lot" ujar Har sambil menatap kearah Haziq.
"Pekerja perempuan? Macam mana kau boleh dengan pekerja kau?" Lagi-lagi Haziq bertanya. Masih belum cukup mengerti.
"Tak ada lah, time tu dah lewat malam, takkan aku nak biar perempuan duduk office berseorangan lewat malam macam tu. Aku teman lah dia sampai parking lot. Entah macam mana Bella boleh nampak kita orang" Har menjelaskan hal sebenar kepada Haziq. Dia kemudian mengalihkan pandangannya ke jus oren yang dihidang Haziq tadi. Bermain-main dengan straw berjalur merah itu.
"Hm kau ni pun satu, dah ada awek tu buat cara ada awek" Khai menepuk bahu rakannya itu lalu menggosoknya pelan.
"Benda aku nak tolong je gila. Aku nak explain pun Bella tak mahu dengar. Dah la dia terjah aku dekat office petang tadi," Ucap Har.
"Woo dia pergi office ek? Habis lah kau" Haziq menyapuk, lagi dan lagi.
"Habis tu macam mana?" Giliran Arash pula bertanya.
"Macam tu lah. Aku call tak jawab, aku mesej tak balas" ujar Har, frust.
"Aih itu je? Cuba lah buat lebih sikit" Kali ini, Haziq kembali bersuara.
"Nak buat apa lagi?" Tanya Har kepada rakannya yang seperti ada cara untuk membujuk kekasihnya.
"Pujuk lah pakai bunga ke chocolate ke, baru lah perempuan cair. Ini tak, kau call, mesej dapat apa? Habuk pun tak dapat" Haziq berkata sombong.
Har yang tadinya sedikit semangat kini kembali monyok. Benda basic macam itu Har pun tahu nak buat. Ingatkan ada lagi cara yang berkesan. Nak buat macam mana, riak wajah Haziq tu nampak meyakinkan, tapi itu je idea yang ada dalam kepala dia. Patutlah takde awek, cetek akal rupanya.
"Betul! Perempuan ni kena bagi hadiah baru dia cair, Har." Khai setuju dengan idea Haziq yang sungguh basic tadi.
"Kau ingat aku tak tahu ke? Aku dah cuba pergi rumah dia dah bawa bunga dan chocolate, tak keluar juga orangnya" Har sedikit menggelengkan kepalanya.
"Susahnya nak pujuk awek kau ni, dah lah baru first time gaduh. Gaduh pula pasal perempuan lain" ujar Haziq, sedikit menyindir.
"Diam lah kau. Tak function langsung" Har menatap Haziq tajam sebelum Khai kembali bersuara.
YOU ARE READING
His Unexpected Love | OG
Romance"Hah? Apa ni umi? Har tak kenal pun dia, mi. Kenapa Har nak kena kahwin dengan dia pula?" - Harraz Faeeq Harraz ialah seorang pemuda yang tegas dan memegang jawatan CEO di syarikat bapanya. Sikap tegasnya itu membuatkannya terlampau mementingkan pek...