BAB 12

110 7 0
                                    

"Weh Ara! Jom keluar makan nak?"

"Boleh jugak! Tapi kau belanja, on?"

"Ye aku belanja, dah cepat!"

"Okayy!"

.

.

"Kau demam ke apa tiba-tiba ajak aku keluar?" tukas Ara sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam perut lift bersama Haykal. Punat nombor 3 ditekannya perlahan.

"Saje jee. Lagipun aku tengah free ni" kata Haykal kepada Ara.

"Eleh tipu. Kau rindu aku kan sebenarnya?" Usiknya lalu dibalas dengan riak wajah menyampah dari lelaki itu.

"Nak muntah aku" ucapannya mengundang tawa Ara.

"HAHAHAHAAH gurau jelah. Kita nak pergi mana ni?" Tanya Ara sambil menuntun langkah keluar dari lift. Terlihat ada beberapa orang yang sedang menunggu mereka berdua keluar sebelum mereka melangkah masuk ke dalam lift tersebut.

"Kita tengok movie nak?" Ajak Haykal kepada Ara lalu pantas dibalas dengan anggukan.

"Nak!!" jeritnya. Ara terlompat-lompat teruja.

"Jangan lompat lah minah! Roboh mall ni karang" tukas Haykal.

"Jahatnya mulut kau!" Ara menepuk perlahan lengan Haykal.

"Kita nak tengok cerita apa ni?" Tanya Haykal sebelum tangannya masuk ke dalam poket seluar untuk memeriksa telefonnya yang baru sahaja mendapat notifikasi.

Ara berfikir sejenak sebelum kembali bersuara, "Hm kita tengok cerita hantu nak tak?" tukas Ara lalu cepat saja dibalas oleh Haykal.

"Aik bukan kau penakut ke?" Haykal sedikit mengangkat keningnya.

"Alahh kau kan ada. Protect lah aku" ujar perempuan itu mengada. Gedik betul dengan sepupu dia seorang ni eh.

"Hm yelah" Haykal menjawab malas. Matanya dijeling keatas tanda menyampah.

Bruk

"Oh my god. Im so sorry" Ara meminta maaf dengan wajah cemas. Dia baru saja terlanggar seseorang.

"Weh jalan tengok depan lah!" ujar lelaki yang berada di sisi perempuan yang dilanggar Ara itu.

"Cakap baik sikit bro, dia dah minta maaf kan" Haykal menyampuk. Takde adab betul mamat keding depan ni.

"Its okay, sayang" kata perempuan itu kepada kekasihnya.

"Are you okay? I'm so sorry, I tak perasan" Ara kembali berbicara kepada perempuan itu.

"I'm okay" gadis itu tersenyum singkat sebelum dia dan kekasihnya berlalu pergi.

"Rude nak mampos sia bf dia, nasib aku tak buka silat je depan dia" Haykal mengerutkan kening tanda tidak suka.

"Haih dah lah tu. Lagipun salah aku juga terlanggar dia" tukas Ara perlahan, matanya masih memerhati kedua pasangan kekasih itu berlalu pergi.

"Tapi kau dah minta maaf kan takkan lah-" ucapan Haykal terpotong apabila Ara kembali bersuara. Malas nak dengar mamat ni acah caring.

"Dah lah. Jom cepat kang tak sempat pulak nak tengok movie" Ara mengheret lengan baju Haykal.

"Slow lah sikit minah" Haykal sedikit berlari untuk menyamakan langkahnya dengan Ara yang sedang menarik lengan bajunya itu.

His Unexpected Love | OGWhere stories live. Discover now