"Morning, umi." Har menyapa ibunya yang sedang menyiapkan makanan di dapur.
"Morning" Datin Hanim turut menyapa anaknya yang terlihat sedikit membetulkan t-shirt berwarna putih yang dijadikan baju tidurnya semalam.
"Kenapa umi buatkan breakfast? Makcik Pia mana?" tanya Har sembari melabuhkan punggungnya ke atas kerusi kayu yang empuk itu.
"Makcik Pia balik rumah dia kejap, ambil barang" Datin Hanim berkata sambil memasak.
"Har nampak banyak baju umi dekat atas katil tu, umi nak bagi dekat orang ke?" Har bertanya sambil menuangkan kopi yang masih panas itu kedalam cawan kacanya.
"Eh tak lah, kan umi nak pergi USA esok" ujar Datin Hanim.
"US? Umi nak buat apa dekat sana?" Har mengangkat satu keningnya, pelik.
"Jenguk ayah kamu lah,"
"Ayah tak ada cakap apa-apa pun dekat Har?"
"Tak ada lah, umi saja nak pergi jenguk ayah kamu. Dah dua bulan ayah kamu dekat sana, lagipun umi rindu nak pergi US tu"
"Flight umi pukul berapa? Lama ke umi dekat sana?"
"Flight umi esok pagi. Lama ke tak tu umi tak sure, tengok lah macam mana"
"Nak Har hantarkan umi pergi airport?"
"Kamu tak kerja ke esok?"
"Kerja tu kerja, tapi Har free aje esok kalau setakat nak hantar umi pergi airport"
"Okay lah macam tu"
"Okay"
Datin Hanim menghidangkan nasi goreng sebagai menu sarapan pagi mereka.
*
"Ha macam mana?" tanya Syasya sebaik saja kelibat Ara muncul di hadapannya.
"Macam mana apa?" Ara pelik. Dia baru saja sampai ke pejabat, tiba-tiba dah kena soal.
"Pasal semalam lah, kau tanya aku nama bos, kan?" ujar Syasya dengan suara yang agak keras.
"Eh bongok slow sikit suara kau tu, orang dengar lah!" ucap Ara hampir berbisik sambil tangan kanannya merangkul bahu rakan baiknya yang tidak memperhatikan kawasan sekeliling sebelum berkata-kata.
Lekas sahaja tangan Syasya naik menekup mulutnya, dia baru sedar akan kesilapannya tadi.
"Sorry sorry. Orang tengok ke weh?" Syasya turut berbisik kepada Ara dengan tangan yang masih menekup mulutnya.
"Nasib kau hari ni, orang tak tengok. Lain kali tengok la sekeliling dulu gila! Main cakap aje" Ara melepaskan rangkulannya. Dia berjalan kearah meja kerjanya dengan segera.
"Weh sorry," Syasya mencuba untuk menyamai langkahnya dengan langkah Ara.
"Ya tak apa, dah buat kerja tu" jawab Ara malas.
"Eh kau tak jawab lagi soalan aku. Dah tahu ke belum nama dia?" Syasya kembali bertanya soalan yang tidak terjawab oleh Ara tadi.
Belum sempat Ara menjawab pertanyaan sahabatnya itu, niatnya terbatal apabila mendapati Miss Dania sedang berjalan menghampiri mereka berdua.
"Zahra and Syasya?" sapa Miss Dania kepada mereka.
"Yes, Miss?" tak dinafikan, Syasya dan Ara sempat cuak apabila Miss Dania memanggil nama mereka dengan suara yang tegas.
"I need your help" kata Miss Dania sambil mengarahkan kotak-kotak yang berisikan kertas kerja berdekatan dengan pejabat Har.
"Oh yea sure" lekas mereka bangun lalu melangkah mengikut Miss Dania menuju ke arah pejabat Har.

ANDA SEDANG MEMBACA
His Unexpected Love | OG
Romance"Hah? Apa ni umi? Har tak kenal pun dia, mi. Kenapa Har nak kena kahwin dengan dia pula?" - Harraz Faeeq Harraz Faeeq. Seorang pemuda yang tegas dan memegang jawatan CEO di syarikat bapanya. Sikap tegasnya itu membuatkannya terlampau mementingkan pe...