BAB 17

143 7 0
                                        

"Osom aje lah, apa susah sangat?" Kata Har sambil bercekak pinggang.

"Saya nak tidur atas katil!" ujar Ara tak kalah dingin jika dibandingkan dengan nada suara suaminya.

"Awak ingat awak aje ke yang nak tidur atas katil?" Balasnya. Katil bilik itu hanya bersaiz queen, jadi kemungkinan besar tidak selesa untuk mereka berdua berkongsi.

"Lepas tu share aje lah, perlu ke osom bagai?" laju saja Ara menjawab. Susah betul lah mamat ni, tak pernah nak mengalah.

"Perlu, sebab saya tak nak tidur sekatil dengan awak" Katanya lalu mengangkat kedua belah kening.

"Itu masalah awak, bukan saya" Ara tersenyum sebelum menyambung kata-katanya yang belum habis.

"Saya tak kisah kalau awak nak tidur tepi ni, awak tu ha yang bermasalah, so, it's not my problem and not my fault" ucap Ara bersahaja.

"Kalau awak susah sangat nak share katil ni, tu ada sofa" Ara menunjuk sofa berwarna kelabu yang berada tidak jauh dari katil lalu memaparkan senyum palsu kepada Har.

"Goodnight" Ara dengan cepat merebahkan badannya ke atas katil empuk itu lalu menutup mata. Tidak menghiraukan sosok suami yang masih tercegat di sebelah katil merenungnya tajam seperti singa yang sudah sedia menerkam mangsanya.

Pada akhirnya, Har mengalah dan terpaksa berkongsi katil bersama Ara walaupun dia sebenarnya tidak mahu.

Satu jam berlalu.

Har melirik jam di dinding yang menunjukkan tepat pukul 2 pagi.

Dia membalikkan badannya, cuba untuk menyesuaikan diri supaya dapat tidur dengan segera. Tak disangkanya, Ara sudah terlebih dahulu mengambil posisi tersebut.

Kini, wajah mereka berhadapan antara satu sama lain. Jarak antara mereka hanya tersisa beberapa inci sahaja yang mana dihalangi sebuah bantal ditengah-tengah katil bersaiz queen itu.

Har menatap Ara yang tertidur pulas itu diam-diam. Cantik. Hanya perkataan itu sahaja yang muncul di benak Har apabila melihat wajah isterinya yang terlihat sangat cantik walaupun sudah bersih dari sebarang riasan makeup.

Seketika jantungnya berdegup tak keruan. Laju dan terus berdetak bagaikan baru sahaja habis marathon.
Har memejamkan matanya seketika. Cuba untuk menenangkan jantungnya yang perlahan-lahan kembali berdetak dengan normal.

"Seronok tengok orang tidur?" Mata Har kembali terbuka apabila suara itu menyapa halwa telinganya. Terpapar wajah isterinya yang sedang merenung tajam ke dalam mata coklat cair milik Har.

Har menelan liur kasar.

"Pervert." Ara membalikkan badannya seolah-olah dia tidak baru sahaja memanggil suaminya 'pervert'.

"Tadi cakap tak nak tidur satu katil dengan saya" Ujar Ara sinis, sengaja mahu perli si suami.

"I can't sleep on the sofa, it's too small" Jawab Har kepada perlian isterinya itu.

"Well for you" Lagi-lagi Ara memerli Har.

Har hanya diam, menerima semua perlian daripada sang isteri.

"Kenapa tak tidur lagi?" Ara kembali memecahkan suasana yang seketika sunyi.

"I can't. This bed is too small for two people" Jawabnya lalu sedikit mendengus.

"Memang lah jadi kecil, awak tu yang nak sangat letak bantal besar macam gajah ni dekat tengah" Perli Ara lagi dan lagi.

"Memang mulut tu tak boleh tutup sekejap eh?" katanya kepada Ara.

"Tak boleh" Senyum sinis terukir di bibirnya apabila berjaya mengusik suaminya.

Har hanya diam. Jarang-jarang dia diperli orang, lagi-lagi perempuan. Selalunya, perempuan suka memujinya saja, tapi Ara, tidak sama langsung dengan perempuan lain.

His Unexpected Love | OGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang