BAB 5

133 16 0
                                        

"Sayang. Esok you free tak?" Har memalingkan wajahnya sesaat untuk melihat kearah Bella.

"Hm esok I shift petang so I free sampai pukul 4:30 macam tu. Kenapa?" Bella memandang Har yang sedang memandu di sebelahnya.

"Kalau you free I nak ajak you pergi jalan-jalan"

"Ha? You serious ke ni?"

"Ye. I free esok. Nak pergi ke tak?"

"Nak! Kita kan dah lama tak keluar sama-sama. I miss you so much," ucap Bella sambil menatap ke arah Har.

Har tersenyum.

"I miss you too"

Skip*

Pintu rumah tiga tingkat milik keluarga Har itu dikuak perlahan. Jam menunjukkan pukul 12:15 malam. Jadi, dia perlu berhati-hati agar tidak membangunkan penghuni rumah itu.

"Lambat kamu balik?" suara yang tidak asing itu menyapa telinga Har.

Har memandang kearah ruang tamu. Datin Hanim sedang menunggu kepulangan anak lelakinya.

"Eh umi. Umi buat apa tak tidur lagi ni?" Har bertanya dengan janggal. Takut dirinya disoal bermacam-macam soalan oleh ibunya.

"Hm umi tengah tunggu anak lelaki umi yang sibuk sangat ni sampai balik lewat malam," Datin Hanim berkata tanpa memandang sedikitpun ke arah Har, dia sibuk menonton televisyen berjenama Samsung yang panjangnya kira-kira 50inci.

Har hanya diam.

"Banyak sangat ke kerja dekat office tu? Umi perasan sejak kebelakangan ni setiap hari kamu balik lewat" tanya ibunya lagi dengan nada risau.

"Tak ada lah banyak sangat, umi. Cuma ambil masa juga nak kena teliti satu persatu fail kerja tu," jawab Har kepada ibunya.

"Hm okay lah kalau macam tu. Kalau betul kamu balik lewat sebab kerja takpe. Umi takut kamu balik lewat sebab benda lain aje." ucapan ibunya membuat Har sedikit cuak. Umi macam tahu sesuatu aje?

"Dah lewat ni, pergi mandi cepat." Datin Hanim menyuruh Har untuk membersihkan dirinya.

"Okay umi," jawab Har singkat lalu dengan cepat melangkah naik menuju ke bilik tidurnya.

Skip*

Har melangkah keluar dari bilik mandi setelah menghabiskan waktu 10 minit untuk membersihkan diri selepas pulang dari kerja.

Kakinya berjalan kearah almari pakaian yang berada di sebelah kiri kedudukan katilnya. Tangannya mencari pakaian yang sesuai dipakai untuk tidur.

T-shirt berwarna hitam digapai lalu di sarungkan ke badan sasanya.

Har berjalan kearah meja kerja untuk mengambil telefon bimbitnya lalu perlahan merebahkan badannya ke atas katil.

Aplikasi WhatsApp dibuka. Teks mesej daripada Haziq terpapar pada skrin telefonnya.

P.A kau cakap esok pagi kau tak ada kerja. Aku cuti ke ni?

Teks mesej daripada Haziq dibaca Har.

Ya cuti. Aku drive sendiri besok.

Okay mantap

Har hanya menggelengkan kepala singkat sebelum mematikan telefon bimbitnya selepas menjawab teks mesej Haziq. Har bangun dari katil dan berjalan kearah almari pakaiannya.

"Esok nak pakai baju apa eh?" Har bercakap dengan diri sendiri sambil tangannya sibuk membelek-belek pakaian yang tersusun di dalam almarinya.

"Hm yang ini aje lah." tangannya menggapai t-shirt lengan pendek yang berwarna hitam.

His Unexpected Love | OGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang