"Weh Harraz! Cepat lah sikit, majlis dah nak mula lah" tukas Haziq kepada Har. Hari ini merupakan hari yang bahagia dan bermakna bagi Arash, iaitu hari dimana dia dan isterinya disatukan.
Har memakai kemeja lengan panjang berwarna putih lalu dipakai pula suit dan juga tali leher berwarna hitam untuk dipadankan dengan pakaiannya pada malam ini. Dia meraih perfume Dior Sauvage yang berada di atas meja lalu disemburkan pada bahagian leher, lengan baju dan juga di pergelangan tangannya.
"Im ready" ujarnya puas hati setelah menilik dirinya melalui cermin berbentuk bulat yang tergantung di dinding biliknya itu. Tali leher yang sedikit senget itu dibetulkannya.
"Hensem gak kau ni" ujar Haziq, turut kagum dengan penampilan rakan baiknya yang satu ini.
Har menatap tajam mata Haziq selepas mendapat pujian yang sungguh menjengkelkan baginya.
"Oh please lah, aku taknak dekat kau" ujarnya lalu dihadiahkan pukulan sepasang kasut tepat di belakang badan Haziq.
"Aduh sakit lah gila!" Haziq merengus kesakitan.
"Kau ingat aku belok ke bodoh? Aku pun taknak lah dengan kau" Haziq menjeling Har sebelum mereka berdua melangkah masuk ke dalam perut kereta Range Rover yang dipandu oleh Haziq.
"Patut lah single" Har kembali memanaskan suasana yang hampir reda itu.
"Diam"
Skip*
"Congrats bro" kata Har kepada pengantin lelaki yang sedang menyambut pelukannya.
"Tahniah weh. Kita orang tunggu anak kau orang tau!" Haziq menyampuk dengan suara yang agak keras.
"Harap lelaki lah kan" tukas Khai lalu mengundang tawa dan anggukan dari Haziq.
"Bodoh lah kau ni" Satu pukulan mendarat di atas belakang Haziq. Balik-balik kena pukul si Haziq ni, nak buat macam mana, perangainya tu suka sangat minta penampar.
Har, Haziq dan Khai hanya tertawa setelah mengusik rakan baik mereka.
"Eh girls!" Suara lantang Hanis menyapa rakan-rakannya.
Sebaik saja Har memandang kearah rakan-rakan Hanis, pandangannya seakan terkunci pada seseorang. Ditatapnya sosok gadis yang sungguh cantik berpakaian baju kurung berwarna pink muda sedang berjalan kearah pengantin perempuan.
Tanpa sedar, ketiga rakannya itu sedang memerhatikan Har yang dibuat hilang fokus oleh sosok seseorang di antara para gadis itu.
"Ehem" Khai berdehem kuat. Sengaja nak bagi rakannya itu sedar dari dunianya tetapi tidak berjaya. Har tidak merespon akan Khai yang sedang berdehem kepadanya.
Haziq yang melihat rakan baiknya itu pun segera menyedarkan Har yang masih berada di dalam dunia sendiri.
"Woi" jeritnya tepat di telinga Har.
"Hah? Apa?" Jawab Har tergagap-gagap.
"Aku tau cantik. Tapi anak dara orang tu" tukas Khai lalu tersenyum nakal kearahnya.
"Apa benda kau merepek ni?" Har membuang pandangannya pada sosok gadis itu.
"Ingat kita orang tak nampak ke kau usya someone?" Khai tersenyum nakal.
"Bella nak letak mana bro?" Haziq menyampuk. Saja je nak mengusik bosnya itu.
"Gila. Dah lah aku nak ambil air kejap" Laju saja Har tukar topik. Dia melangkah ke meja yang berada tak jauh dari meja mereka untuk mengambil segelas jus oren.
YOU ARE READING
His Unexpected Love | OG
Romance"Hah? Apa ni umi? Har tak kenal pun dia, mi. Kenapa Har nak kena kahwin dengan dia pula?" - Harraz Faeeq Harraz ialah seorang pemuda yang tegas dan memegang jawatan CEO di syarikat bapanya. Sikap tegasnya itu membuatkannya terlampau mementingkan pek...