"Hensem betul anak umi ni" tukas Datin Hanim kepada Har.
"Tengok lah ikut siapa?" kata-kata Dato Hilman itu mengundang tawa Har. Sementara itu Datin Hanim hanya menjeling ke arah suaminya, perasannya Dato ni.
"Har" panggil Datin Hanim.
"Hm?" Har berdehem.
"Umi harap kamu jalankan tanggunggjawab kamu baik-baik sebagai seorang suami. Har tak boleh ikut perasaan tu sangat, kalau ada apa-apa masalah, ceritalah dekat umi dan papa. Kalau tak boleh cerita, pendam lah, jangan lepaskan dekat isteri kamu" ujar Datin Hanim lalu merapikan baju melayu yang sedikit terlipat di bahagian leher Har.
"Orang perempuan ni hatinya lembut. Kalau kena tengking sikit pun mereka akan rasa sedih, apatah lagi kena tengking dengan insan yang bergelar suami ni. Ya, memang kamu ada hak untuk buat apa sahaja kamu mahu sebagai suami dia, tapi ingat, menegur ataupun mengajar tu janganlah sampai meninggikan suara atau naik tangan kepada isteri, yang itu salah. Allah tak pernah suka suami berkasar dengan isteri, tak kisahlah berkasar dengan kata-kata ataupun fizikal. Kalau kamu rasa ada masalah, pergilah ke tempat yang kamu rasa paling nyaman untuk tenangkan fikiran kamu" pesan Datin Hanim panjang lebar kepada anak lelakinya itu. Har hanya mendengar pesanan ibunya.
"Okayy dah siap" Datin Hanim sedikit membetulkan songkok hitam yang dipakai Har itu supaya elok terletak di atas kepalanya.
"Harraz, dah sedia?" Tanya Dato Hilman.
Har hanya diam. Matanya dipejam lalu nafasnya ditarik lalu dihembus perlahan.
"Sudah, pa" Balas Har.
"Okay jom kita turun" ajak Dato Hilman. Kedua ibu bapa Har mengiringinya turun ke tingkat bawah. Terdengar suara-suara orang terdekat yang hadir ke majlis akad nikah Har dan juga bakal isterinya.
.
.
"Weh Ara relaks lah, pening aku tengok kau duk ke situ ke sini dari tadi" ujar Syasya yang sedang melihat rakan baiknya kehulur-kehilir di dalam bilik persiapan itu.
"I'm so freaking nervous right now, Sya" tukas Ara sambil memicit jari-jemarinya.
Hari ini merupakan hari yang dinanti-nantikan olehnya, dan mungkin juga bakal suaminya. Tiga minggu lepas berlalu dengan begitu pantas, tiba sudah hari pernikahannya bersama Har. Majlis pernikahan mereka dibuat kecil-kecilan yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga, sepupu dan rakan kedua-dua pengantin.
Ya, hanya tiga minggu sahaja masa yang digunakan untuk persiapan pernikahan mereka dek kerana beberapa berita yang sudah timbul di media sosial berkaitan dengan CEO Bouvty King berdua-duaan dengan seorang wanita pada waktu malam. Mujurlah netizen mengambilnya sebagai khabar angin sahaja kerana tiada bukti yang kukuh tentang berita tersebut.
Pada awalnya, Har berkeras tidak mahu menikahi Ara kerana dia tidak mencintai gadis itu. Tetapi apakan daya, kekasihnya enggan bernikah dengannya kerana mengganggap mereka berdua masih terlalu muda untuk mendirikan rumah tangga. Bella juga turut memaksa Har untuk membatalkan pernikahan mereka tetapi Har tidak mengendahkan kata-kata kekasihnya itu.
TokTokTok
Bunyi ketukan pintu yang agak kuat itu menyentak lamunan Ara yang sedari tadi hanya merenung ke luar tingkap
bilik persiapan pengantin perempuan itu. Terlihat sepasang sahabat yang sudah memasang senyuman di bibir mereka sebaik sahaja pintu bilik itu dibuka."Babe! You're so pretty!!" Jerit Hanis lalu sedikit berlari kearah Ara dan memeluk gadis itu.
"Thankyou, you guys look pretty too" ujar Ara lalu membalas pelukan Hanis yang sangat erat itu.
YOU ARE READING
His Unexpected Love | OG
Romance"Hah? Apa ni umi? Har tak kenal pun dia, mi. Kenapa Har nak kena kahwin dengan dia pula?" - Harraz Faeeq Harraz ialah seorang pemuda yang tegas dan memegang jawatan CEO di syarikat bapanya. Sikap tegasnya itu membuatkannya terlampau mementingkan pek...