BAB 2

69 5 0
                                    


SEBULAN berlalu, aku masih meneruskan kehidupan seperti biasa. Rasa sedih aku disebabkan kejadian itu sudah lama aku padamkan. Yang kini, hanya perasaan mati rasa saja yang ada.

Aku sembuh, tapi mati rasa. Tiada niat ingin kenal dengan mana-mana lelaki buat masa ini. Fokus aku sekarang adalah untuk bahagiakan diri aku. Self love.

Sepanjang sebulan ini, aku jarang update berkaitan kehidupan aku di mana-mana media sosial. Hanya yang tahu saja tahu kondisi aku dan status hubungan aku.

Sebulan juga, aku tidak berhubung dengan dia. Sudah tak ada kepentingan untuk aku terus berhubung. Kini, Khair Hakimi hanyalah orang asing dalam hidup aku.

Aku hempaskan tubuh ke atas katil. Penat rasanya. Walaupun aku cuma duduk di rumah, terbaring dan termenung tapi aku rasa penat. Penat mental mungkin. Berpura-pura gembira sedangkan hati terluka.

Aku buka pesanan WhatsApp daripada rakan-rakan aku. Entah apa yang mereka sembangkan pun aku tidak faham. Terlalu panjang dan aku tak ada daya untuk membaca.

Kebanyakan mereka sudah ada pasangan. Aku agak cemburu kerana dulu aku pun suka muat naik gambar aku berdua dengannya di status. Tapi kini tak lagi.

Aku lihat gambar yang dikongsi teman sebilik aku sewaktu di unversiti dulu. Gambar dia dengan kekasihnya. Baru aku teringat. Wina pernah beritahu aku yang dia jumpa pasangannya di dating apps sebelum ni. Aku tertanya-tanya, boleh dipercayai ke lelaki yang ada dalam aplikasi tu? Kalau semuanya buaya macam mana?

'Cuba kau cari lelaki lain dalam dating apps. Mana tahu ada yang lebih elok dari jantan tak guna tu!'

Ayat Humairah tempoh hari tiba-tiba berlegar di kepala aku. Ya, kita tak tahu lelaki jenis apa yang ada di dalam aplikasi tu. Mungkin ada yang lebih baik dan terbaik untuk aku kan?

Tapi aku malas mahu fikirkan soal itu sekarang. Biarlah aku sembuh sepenuhnya baru fikirkan soal jodoh. Aku tak mahu tergesa-gesa. Andai kata aku sudah jumpa pengganti tapi masih tak dapat lupakan dia, bukan lagi teruk jadinya nanti?

Namun, Izara tetaplah Izara. Aku seorang yang selalu tertanya-tanya jadi aku mahu tahu lelaki macam mana yang ada di dalam dating apps itu.

Aku membuka App Store dan aku mula membuat carian. Ternyata ada beberapa aplikasi yang berlainan. Entah mana satu yang elok aku pun tak pasti.

Setelah memuat naik salah satu aplikasi tersebut, aku daftar masuk dan wah!

"Cari sugar Mummy? Apa ni?" Aku ternganga. Hampir istighfar aku bila aku lihat deskripsi dia. Dengan gambar yang urgh!!! Tak payah cakaplah!

"Aku salah download ke? Kenapa banyak yang tak elok ni?" Aku mengomel sendirian.

Dari tadi aku swipe profil lelaki-lelaki yang ada dalam aplikasi itu tapi setakat ini belum ada yang kena dengan cita rasa aku. Apa yang aku jumpa semuanya menakutkan dan mengerikan.

"Patutlah Wina suruh hati-hati pilih lelaki. Rupanya ada banyak jenis."

Aku tak sanggup lagi nak teruskan pencarian jadi aku terus tutup telefon aku dan mula beristighfar panjang. Tercemar mata aku dibuatnya.

Aku bergerak ke almari, ingin mencari baju untuk keluar bersama Humairah sekejap lagi. Aku belek-belek pakaian yang ada sehinggalah aku ternampak kotak berwarna merah hati yang di ikat reben di atasnya.

Aku ambil kotak itu dengan hati yang berat dan aku lepaskan satu keluhan yang panjang. Kotak ini, penuh dengan kenangan antara aku dan dia.

"Macam mana aku nak tenang kalau barang dia masih ada dalam bilik ni?" gumamku.

Aku ambil kembali telefonku. Terpaksalah aku berhubung dengan Khair lagi. Aku perlu pulangkan barangan dia. Aku tak nak simpan lagi.

Ting!

Ada satu pesanan daripada Humairah di Instagram.

'Babe, kau kena tengok Story Khair.'

Berkerut dahi aku. Tanpa membalas pesanannya, aku terus mencari Story Khair dan apa yang aku lihat, betul-betul membuatkan dadaku sesak.

'Sampai hati awak.'



BERSAMBUNG

𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐂𝐄𝐑𝐈𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐓𝐀 (𝐂)Where stories live. Discover now