Ending I (Part II)

74 5 0
                                    

AKU mengeluh. Penat. Langkah kakiku longlai. Hendak masuk ke rumah sendiri pun tidak larat. Mujur esok hari Sabtu. Bolehlah aku berehat sepuas-puasnya dekat rumah.

Aku menutup pintu rumah dan agak terkejut bila melihat rumah yang berselerak pagi tadi sudah siap dikemas petang ini. Aroma penyegar udara yang harum berbau lavender menusuk rongga nasalku di sekitar ruang tamu itu.

Aku melangkah ke dapur dan ke halaman belakang. Sunyi tiada orang. Aku berkerut. Tiada susuk tubuh yang aku cari.

"Abang?" panggilku sedikit kuat. Senyap sunyi tiada sahutan.

Laju kaki aku menapak untuk naik ke tingkat atas namun belum sempat kaki aku memijak anak tangga, tubuhku bagai ditarik ke belakang dan selamat berada dalam pelukan seseorang.

Aku dengar dia ketawa dan tangannya yang melingkar pada pinggang aku semakin erat, seakan tak mahu melepaskan aku.

"Welcome home sayang!" Terasa pipi aku dicium sekilas, membuatkan wajah aku membahang.

"Hesy... abang ni, terkejut Izara." Aku terus memusingkan tubuh menghadapnya dan kembali memeluk tubuh Aisar, suamiku.

Dia masih ketawa. Comel.

"Rindunya dekat kesayangan cinta hati abang ni," bisik Aisar. Aku hanya senyum.

"Manjanya dia," usikku.

"Manja dengan sayang aje. Isteri abang juga." Dia menekup wajahku dengan jemarinya dan mengucup sekilas dahiku. Lembut bibirnya menyentuh dahi aku.

Terasa hangat kasih sayang yang disalurkan ke seluruh tubuhku. Rasa nyaman dan tenang dalam pelukan dan genggamannya.

"Abang buat apa aje dekat rumah ?" soalku setelah kami merungkaikan pelukan.

"Kemas rumah, basuh kereta, kemudian abang masuk meeting online kejap." Kami duduk di sofa. Kepalanya terus dijatuhkan di atas riba aku, meminta aku untuk mengusap rambutnya. Aku dengan senang hati hanya turutkan saja permintaannya.

Wajahnya tampak tenang. Suka agaknya bila dimanjakan oleh aku, asyik tersengih aje dari tadi.

"Bila abang masuk kerja?" tanyaku.

"Isnin depan. Ofis dah siap renovate jadi semua staf kena masuk kerja juga Isnin depan." Aku nampak bibir dia mencebik.

"Macam tak suka aje kena masuk ofis?"

"Nanti tak dapat sambut sayang balik kerja dah," jawabnya mengundang tawaku. See? Suami aku manja mengalahkan budak-budak. Asyik nak berkepit aje kerja dia.

"Abang kata bosan duduk rumah. Jadi, kenalah kerja." Dia bangkit dari perbaringan.

"Kalau ikutkan, abang nak duduk rumah aje. Kemas rumah, memasak, tunggu sayang balik kerja tapi mana boleh macam tu kan? Abang kena kerja juga, untuk sayang."

"Untuk kita." Aku betulkan ayatnya. Dia senyum.

"Oh ya! Hari ni, abang buat ayam masak merah dengan acar jelatah kegemaran sayang. Kita makan sama-sama nak?"

Aisar menarik tangan aku ke meja makan. Baru aku perasan ada lauk yang sudah dihidangkan di atas meja, tertutup dengan tudung saji. Patutlah bau semerbak sehingga ke ruang tamu.

"Sedapnya bau," komenku. Tengok pun sudah tahu rasanya sedap. Antara aku dan Aisar, kalau bab memasak memang aku angkat tangan menyerah diri. Aisar lebih pandai memasak berbanding aku. He's a good cooker!

"Tengoklah siapa yang masak," riaknya. Wajah bangga ditayangkan dengan tangan yang didepakan. Serupa menang anugerah berprestij. Riak ya?

"Baiklah Cef Aisar. Nanti kita makan malam sama-sama ya? Sekarang... ambil ni!" Aku calitkan sedikit sambal ayam masak merah itu ke atas hidungnya dan terus melarikan diri ke tingkat atas. Rasakan!

Terbeliak biji mata Aisar melihat sambal itu dan terus dilap dengan bajunya. Berdekah aku ketawa sehingga senak perut aku dibuatnya.

"Sayang! Nak kena ya?" Dia terus berlari mengejarku dan belum sempat aku ingin menolak tombol pintu bilik, sekelip mata aje dia sudah berada di belakangku dan aku di tolak ke dinding. Kedua-dua belah tangannya terletak di sisi tubuhku, menghalang aku dari melarikan diri.

Huh! Dasar kaki panjang. Mestilah dia boleh kejar langkah aku yang ketot ini.

"Gurau kasar dengan abang ya?" bisiknya tepat di telinga aku. Meremang segala bulu roma aku dibuatnya. Merinding.

"I love you, abang," kataku tiba-tiba. Sengaja ingin memancing marahnya. Mana tahu dia boleh berlembut hati kalau aku ungkapkan kata sayang.

"Nice try Mrs. Izara but no. Jangan nak umpan abang macam tu," katanya. Matanya mencerlung tajam memandangku. Aku teguk liur dan tersenyum kelat. Alamak! Encik suami dah marah!

"Jangan berani-berani nak bergurau macam tu lagi. Abang tak kisah kalau sayang calit tepung atau minyak dagu sekalipun tapi bukan sambal. Nasib baik kena hidung, kalau mata? Sayang suka?" soalnya. Suaranya tegas, langsung tak ada nada bergurau atau mengusik. Aisar yang ini paling aku takut. Kalau datang mood garang dia, boleh kecut perut aku dibuatnya.

Aku menunduk namun jarinya memegang daguku dan mendongakkan semula wajahku. Mata bertentang dengan matanya yang beku itu.

"Sayang suka tengok abang sakit?" Cepat-cepat aku geleng.

"Then, why you do that?"

"Sa... saya minta maaf." Dah kenapa pula aku menangis? Terasa badan aku menggigil. Mungkin gerun berhadapan dengan Aisar yang garang ini. Baru terfikir akibatnya kalau gurauan aku tadi tersasar terkena matanya. Mungkin dia akan kesakitan dan matanya mungkin boleh buta?

Aku rasa jemarinya naik mengelus pipi aku, mengusap air mata yang mengalir.

"Jangan buat lagi ya? Abang tak kisah sayang nak bergurau tapi fikir dulu akibatnya. Abang marah sebab abang sayangkan sayang. Jangan menangis. Abang minta maaf ya?" Barulah aku dengar suaranya kembali lembut. Cuba memujukku pula.

"Come. I'm sorry sayang." Dia tarik tubuhku masuk ke dalam pelukannya. Tangannya mengusap-usap belakang tubuhku, masih memujuk aku yang sedang tersedu-sedan itu. Aku yang kenakan dia, aku pula yang menangis. Alahai!

Itulah orang tua-tua selalu pesan. Jangan suka sangat, nanti menangis.

"I'm sorry," rayuku.

"It's okay, dear. Lepas ni nak buat lagi tak?" Aku geleng. Bibir dicebikkan serupa budak-budak merajuk. Muncung sedepa.

"Tak nak. Nanti abang marah."

"Good. That's my lovely wife. Now, hug me again," Selorohnya, kembali dalam mood bergurau.

Dia depakan tangan dan aku ketawa geli hati. Terus aku dakap tubuhnya dan dia kucup dahiku.

"I love you more, Izara. I love you more."



BERSAMBUNG

𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐂𝐄𝐑𝐈𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐓𝐀 (𝐂)Where stories live. Discover now