II
"Peluang kedua itu mahal dan tidak semua orang layak mendapat peluang itu. Peluang itu mungkin diganti dengan rasa penyesalan yang tidak tertanggung."
~
SUASANA sepi antara kami, agak canggung setelah sekian lama tidak berjumpa. Kedengaran suara budak-budak lelaki yang sedang bermain badminton di taman itu, tidak jauh dari kawasan masjid.
Walaupun sudah larut malam, tapi keadaan masih terang-benderang di situ. Kami tak berdua, di temani Humairah dan Haikal di suatu sudut taman itu, menyaksikan kami dari jauh.
Geram sungguh Humairah bila ternampak Aisar tadi. Mujur aku dan Haikal sempat halang, kalau tidak kecoh la kawasan masjid dengan suara Humairah yang memetir mahu menyerang Aisar.
"Awak sihat?" soalku memulakan perbualan. Aisar mengangguk kecil.
"Alhamdulillah, sihat. Awak?" Aku juga turut mengangguk.
"Hampir dua tahun awak hilangkan diri, awak ke mana Aisar?" Aku terus menyerangnya dengan soalan aku.
"Kalau saya hilang pun, awak peduli apa?" sinisnya. Terpegun aku mendengar suara kasarnya itu.
Aku fikirkan dia sedang bergurau, tapi tidak.
"Saya pedulilah! Awak tahu tak saya risaukan awak? Siang malam saya terfikirkan keadaan awak. Awak sihat ke tidak, awak dekat mana, apa awak buat semua saya peduli," marahku. Suaraku sedikit meninggi namun masih terkawal. Tidak mahu menarik perhatian orang ramai.
Aku dengar dia mendengus geram. Laju saja tangannya mencengkam pergelangan tanganku.
"Dah berani nak tinggi suara sekarang? Saya tahulah selama ni awak bukan ikhlas sukakan saya pun. Awak cuma kesian je. Lelaki yang ada masalah mental macam saya, yang mengemis masa dan cinta seorang perempuan, senanglah awak mainkan!" jerkahnya.
"Lepaslah! Sakit!" Aku tolak tubuhnya menjauh dari aku. Terungkai juga pegangan tangannya tadi. Merah, berbekas.
Aku tergamam. Nafasku semakin kencang. Rasa marah dengan tuduhannya dan rasa terkilan dengan tindakannya. Pertama kali aku melihat dia begini. Ini bukan Aisar!
"Awak tuduh saya?" Bergetar suaraku. Menggigil tanganku. Terasa ringan ingin menampar wajah bengis yang ada di depan mata aku, tapi aku tak tergamak untuk buat macam itu.
"Salah ke apa saya cakap? Depan saya bukan main lagi awak cakap sayang, konon akan setia takkan tinggalkan saya. Belakang saya keluar dengan lelaki lain," tuduhnya lagi.
"Aisar awak jangan fitnah saya!" Berdesing telinga aku mendengarkan fitnah yang di lemparkan pada aku.
Entah dari mana dia dengar cerita aku berdua-duaan dengan lelaki lain. Sejak dia menghilangkan diri, aku tak pernah berminat untuk kenal dengan mana-mana lelaki sebab aku tahu ada penghuni yang ada dalam hati aku dan sekarang dia memfitnah dan meragui kesetiaan aku?
"Saya nampaklah dengan mata kepala saya sendiri! Waktu tu saya datang nak jumpa awak dekat rumah, beberapa hari selepas kita sambut birthday saya. Bukan main mesra lagi ya kau orang berdua? Bergelak ketawa!"
"Disebabkan kejadian itulah saya buat keputusan untuk menghilangkan diri. Saya rasa macam kena tikam, sakit sangat rasanya bila perempuan yang saya dah mula sayang dan bagi kepercayaan, pijak-pijak saya macam saya tak ada perasaan!" sambungnya lagi.
YOU ARE READING
𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐂𝐄𝐑𝐈𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐓𝐀 (𝐂)
RomanceSaat cintanya terputus di tengah jalan, Izara menutup pintu hatinya dan meneruskan kehidupan dengan luka yang berbekas di hati. Setahun masa yang diambil untuk pulih sehinggalah dia mengambil risiko untuk berkenalan dengan seorang jejaka tinggi lamp...