BAB 3

59 5 0
                                    


Setahun kemudian...

AKU melihat Humairah yang sedang berbual dengan teman lelakinya. Meremang bulu roma aku dibuatnya bila melihat mereka bermanja dan bergurau. Sudah menjadi pemandangan biasa untuk aku tiap kali aku mengikut mereka keluar berjalan.

Dulu aku pun macam mereka tapi itu dulu!

Sekarang aku sudah boleh terima. Yang berlalu, biarlah berlalu pergi. Aku sudah lupakan dia. Cuma ada sesuatu yang buat aku terkilan.

Setahun yang lalu, dia memutuskan hubungan kami dengan alasan ingin fokus menghabiskan pengajiannya. Tetapi sebulan selepas itu, dia sudah ada pengganti. Aku betul-betul rasa ingin menyumpah seranah dirinya.

Kalau dah ada yang lain, kenapa perlu beri alasan yang tak masuk akal? Akhirnya aku sendiri tahu yang dia sudah curang dengan aku sebelum kami berpisah lagi. Rupanya sudah sebulan mereka menjalinkan hubungan di belakang aku.

'Saya dah jumpa orang yang lebih baik.'

'Kenapa kena menipu?'

'Saya tak nak awak sakit hati.'

'Jujur tu lebih bagus daripada awak menipu. Walaupun sakit, tapi lagi sakit rasanya kalau awak menipu.'

Aku geleng kepala teringatkan pertemuan terakhir aku dengan dia dulu. Waktu itu, aku dengan Khair berjumpa semata-mata ingin memulangkan barangan masing-masing. Aku pulangkan jaket unit uniform milik dia dan dia pulangkan gambar aku.

Waktu itulah aku hamburkan semua yang terbuku di hati. Aku terlalu ikutkan perasaan dan terlalu tertekan sampaikan aku hampir pengsan di kafe itu. Mujur ada Humairah yang menemani aku. Sejak dari itu, Humairah melarang aku untuk berhubung dengan Khair. Nombor telefon dan semua sosial medianya telah disekat. Tiada lagi Khair Hakimi dalam hidupku sejak itu.

"Izara nak makan? Aku belanja." Pelawaan Haikal mematikan semua lamunanku. Orang nak belanja takkan aku mahu tolak pula. Laju saja aku mengangguk.

Haikal merupakan teman lelaki Humairah. Sudah dua tahun mereka menjalinkan hubungan. Aku lihat Haikal sangat bagus dalam menjaga Humairah. Aku pun senang menjadi kawan dia secara tak langsung.

Bakal-bakal pengarah filemlah katakan. Mana tahu kalau aku buat baik dengan Haikal, aku boleh jadi pelakon tambahan dalam mana-mana stesen TV. Bolehlah aku berjumpa dengan Fattah Amin pujaan aku. Dalam mimpilah Izara oi!

"Aku tengok kau ni asyik termenung aje. Teringat dekat Abang Khair ke?" sindir Haikal, senyuman sinisnya meleret. Aku menjeling.

"Tak ingin aku. Buat apa ingat dekat boyfriend orang. Aku bukan penyondol."

"Kau memang bukan penyondol tapi perempuan tu," sembur Humairah pula.

Dua orang ni, pantang ada peluang mesti ingin memerli atau mengungkit. Aku atau mereka yang tak move on?

"Dah la tu. Benda dah lepas."

Mereka hanya tersengih dan aku hanya mengekori saja langkah mereka menuju ke restoran untuk makan tengah hari.

"Izara, kau tak nak cari orang baru ke?" soal Haikal tiba-tiba sebaik saja kami memesan makanan.

"Untuk apa?"

"Aku tahu kau sebenarnya jealous dengan kita orang. Sikit-sikit jeling. Kalau perlukan seseorang, carilah orang baru. Kau bukannya tak lawa. Dah setahun berlalu, kalau betul dah move on carilah orang lain. Jangan disebabkan seorang lelaki tak guna kau nak tutup terus pintu hati kau tu untuk semua lelaki," kata Haikal.

Ewah! Bukan main panjang lagi dia ceramah aku. Selalunya sepatah dua aje.

"Mana aku nak cari? Aku kenal lelaki baru pun tidak," jawabku.

"Dating apps? Bukan kau download ke dulu?" tanya Humairah pula. Aku garu kepala yang tidak gatal.

"Itu dulu. Aku dah uninstall tahun lepas. Bosan. Ramai lelaki gatal je."

"Bukan semuanya gatal." Haikal bersuara, sedikit jengkel kerana dia turut terasa apabila aku menyebut perkataan 'lelaki gatal' itu.

"Kalau tak suka, swipe aje lah ke tepi. Mesti ramai lagi yang baik."

Aku mengeluh. Aku bukannya tak mahu cari orang lain tapi aku takut aku tersakiti lagi.

"Tak salah berkenalan. Janganlah kau terus jatuh cinta. Nanti kau yang sakit," pesan Humairah, Haikal pula mengangguk tanda setuju.

"Nanti aku carilah." Aku sudahkan topik itu dengan menjamah makanan yang sampai tepat pada waktunya. Bolehlah aku mengelak dari terus di soal siasat polis tak berbayar itu.


~


AKU turutkan juga permintaan pasangan dua sejoli itu untuk mengenali lelaki dari dating apps. Betul juga cakap mereka. Sampai bila aku mahu tutup pintu hati aku untuk seorang lelaki disebabkan Khair?

Khair bahagia dengan pilihannya, takkan aku tak mahu?

Seperti biasa, sesi memilih lelaki idaman dimulakan dengan swipe ke tepi lelaki yang tak mengikut kriteria yang di inginkan.

Ada yang rupa itu, ada yang rupa ini. Semuanya aku tolak sebab tak berapa berkenan sehinggalah aku berhenti pada seorang lelaki ini.

"Tak ada muka macam mana nak tahu elok ke tak?" omelku. Tak sedar diri betul aku ni. Aku pun bukannya lawa sangat tapi sekurang-kurangnya aku nak pasangan yang reti jaga penampilan diri. Bukannya selekeh.

"Semua gambar tak ada muka. Tapi tengok dari gambar macam tinggi aje."

Aku lihat pula profilnya.

"Umur 25 tahun, tinggi 183cm, introvert, suka kucing, pakai cermin mata?"

Lama aku tenung gambar yang tiada wajah itu. Entah kenapa aku rasa lelaki ini menarik. Spesies pemalu, suka kucing dan pakai cermin mata macam aku.

"Kalau dia pengotor, panas baran macam mana?" omelku. Berdebar-debar melihat gambarnya.

"Kalau dia kedekut atau berkira macam mana pula? Entah-entah dia ni jahat."

"Astaghfirullah! Tak baik buruk sangka macam tu Izara." Aku menampar pipiku lembut. Belum apa-apa lagi aku dah mula buruk sangka. Aku tarik nafas dalam-dalam dan aku hembuskan, membuang tanggapan negatif terhadap lelaki itu.

"Tak apa Izara. Kita cuba." Aku swipe profil dia ke kanan, menandakan yang aku berminat dengan dia.

Andai kata dia mesej aku dulu, bermakna dia pun ingin berkenalan dengan aku. Aku tenung lagi gambar dia.

"Misteri, tapi awak buat saya tertanya-tanya. Lelaki macam mana awak ni ya?"


BERSAMBUNG

𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐂𝐄𝐑𝐈𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐓𝐀 (𝐂)Where stories live. Discover now