Ending I (Part I)

102 6 0
                                    

I

"Peluang kedua yang diberi bukanlah untuk kita mengulangi kesilapan yang sama, tetapi untuk kita memperbaiki diri dan keadaan."



~



SUASANA sepi antara kami, agak canggung setelah sekian lama tidak berjumpa. Kedengaran suara budak-budak lelaki yang sedang bermain badminton di taman itu, tidak jauh dari kawasan masjid.

Walaupun sudah larut malam, tapi keadaan masih terang-benderang di situ. Kami tak berdua, di temani Humairah dan Haikal di suatu sudut taman itu, menyaksikan kami dari jauh.

Geram sungguh Humairah bila ternampak Aisar tadi. Mujur aku dan Haikal sempat halang, kalau tidak kecoh la kawasan masjid dengan suara Humairah yang memetir mahu menyerang Aisar.

"Awak sihat?" soalku memulakan perbualan. Aisar mengangguk kecil.

"Alhamdulillah, sihat. Awak?" Aku juga turut mengangguk.

"Hampir dua tahun awak hilangkan diri, awak ke mana Aisar?" Aku terus menyerangnya dengan soalan aku.

Aku nampak tubuhnya mengeras. Mungkin tak terduga dengan serangan aku.

"Saya... minta maaf."

"Bukan maaf yang saya nak dengar. Saya nak tahu penjelasan awak," suaraku tertahan-tahan. Cuba mengawal perasaan supaya tidak terikutkan emosi.

Aku tahu, kalau aku hamburkan kemarahan aku pada dia, situasi akan menjadi lebih teruk. Mungkin, aku akan membangkitkan trauma dia kembali.

"Semua yang jadi, berpunca daripada saya sendiri. Saya mengelak dari berjumpa dengan awak, sebab saya mula ragu-ragu dengan kata-kata sayang yang keluar dari bibir awak. Saya mula tak percayakan awak. Saya anggap, awak bercinta dengan saya disebabkan rasa kesian, bukan sebab ikhlas. Benda jadi lebih teruk bila saya dah mula kehabisan ubat, saya berhenti dari berjumpa dengan doktor psikiatri sebab bagi saya cuma membuang masa dan sia-sia. Saya lebih kerap berfikiran negatif, stres dan trauma saya pada perempuan makin berlarutan," terangnya.

Dia meraup wajah dan jelas kelihatan yang tangannya sedang menggigil.

"Saya ingatkan bila saya jauh daripada awak saya akan hidup seperti biasa, tapi saya silap. Saya tak boleh lupakan awak. Siang dan malam awak sentiasa ada dalam ingatan saya."

"Tapi kenapa awak tak cari saya?"

"Saya nak! Saya nak sangat cari awak tapi saya asyik fikir benda negatif. Saya takut awak dah tawar hati dengan saya. Saya takut awak akan bencikan saya," rintihnya. Air mata turut sama mengalir.

"Kenapa awak tinggalkan saya? Kita happy lepas kita celebrate birthday awak. Few days after that, awak hilangkan diri. Why?" Aku masih belum tahu sebab kenapa dia tinggalkan aku.

Dia hembuskan nafas yang sangat panjang. Sebelah tangannya menongkat tubuhnya yang separa bersandar ke belakang itu. Mata merenung langit gelap.

"Beberapa hari selepas kita sambut birthday saya, saya datang nak jumpa awak dekat rumah, saja nak buat surprise tapi awak tahu apa saya nampak?" Dia menoleh ke arahku. Aku hanya menggeleng tidak tahu.

"Saya nampak awak dengan lelaki lain. Awak naik satu kereta dengan dia. Saya tengok dari jauh, awak nampak mesra sangat dengan dia," terangnya, terselit senyuman yang agak sinis.

𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐂𝐄𝐑𝐈𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐓𝐀 (𝐂)Where stories live. Discover now