اِثْنَانِ

78 10 29
                                    

Gelombang yang aku cari ada di hati tetapi tidak seiman dengan kisah kehidupan aku sekarang. - Yusraf -

Keluarga besar datang menziarahi, tetamu datang membawa berkah. Tidak salah jika datang tidak di undang. Tetapi pasti ada yang memerhati sang Jelita dengan penuh rasa syukur.

Berderai tapak kaki keluarga itu masuk memberi salam. Salam di sambut dengan penuh rasa bahagia tanda syukur atas rahmatnya.

Tersenyum sang keluarga bahagia ini yang di cari buat anak perempuannya. Kekal semoga ini baik untuk Nur Jelita binti Muhammad Ibnu.

Gadis rupawan yang sopan dan cantik akhlaknya serta budi bahasa lembut menyapa. Ayu terselah di wajah yang tidak kelihatan itu dengan berpakaian sunnah. Pakaian syari’ah menutup aurat dengan sempurna. Sama seperti menyempunankan ibadah seharian.

"Tuan rumah di junjung kami datang membawa hajat. Jikalau itu pun tuan rumahnya sudi." tanya belah pihak lelaki. Bersemikan pembuka dengan rasmi.

"Sudah lama langsatnya condong,
Barulah kini batangnya rebah;
Sudah lama niat di kandung,
Baru sekarang diizinkan Allah."

"Kalau gugur buah setandan,
Sampai ke tanah baru tergolek;
Kami bersyukur kepada Tuhan,
Datang kami disambut baik."

"Perahu kolek ke hilir tanjung,
Sarat bermuat tali temali;
Salam tersusun sirih junjung,
Apa hajat sampai kemari?" sambut pihak perempuan membalas.

"Tidak pernah rotan merentang,
Kayu. Cendana dijilat api;
tidak pernah tuan bertandang,
Tentu ada maksud di hati."

"Malam-malam pasang pelita,
Pelita dipasang atas peti;
Kalau sudah bagai dikata,
Sila terangkan hajat di hati." pinta pihak perempuan.

"Daun raya di atas bukit,
Tempat raja menanam pala;
Harap kami bukan sedikit,
Sebanyak rambut di atas kepala." balas pihak lelaki.

"Sudah lama kami ketasik,
tali perahu terap belaka;
Sudah lama kami merisik,
Baru kini bertatap muka."

"Tinggi-tinggi si matahari,
Anak kerbau mati tertambat;
Sekian lama kami mencari,
Baru sekarang kami mendapat."

"Raja Hindu raja di Sailan,
Singgah berenang di persiraman;
Bagai pungguk rindukan bulan,
Kumbang merindu bunga di taman."

"Cendrawasih burung yang sakti,
Singgah hinggap di atas karang;
Kasih berputik di dalam hati,
Dari dahulu sampai sekarang."

"Singgah berenang di persiraman,
Mayang terendam di dalam tasik;
Kumbang merindu bunga di taman,
Bintang merindu cendrawasih."

Tersenyum mereka semua setelah sambil membalas pantun. Alangkah baiknya jika pasangan yang diredhai Allah. Pasti bersatu berkat.

"Macam nilah puan dan tuan pantun pun kita dah mulakan. Apa kata kita tanya sahaja tuan badan si bunga." ucap Cempaka bertalu anak mata beliau ke arah Jelitayang duduk di sofa tersipu malu. Memandang gerangan itu.

Jelita yang memakai sunnah dengan niqab hidden eyes. Memukau mata jejaka yang duduk tidak jauh dari mereka berdua.

Wanita itu tidak jawab bukan tanda setuju. Cuma gugup terasa di hati laju rentaknya sekilas mengikut.

"Saya setuju jika itu yang terbaik buat saya dan keluarga. Cuma banyak pertanyaan saya saat ini terhadap keluarga belah pihak lelaki." sekilas ayat  itu terlintas di bibirnya. Terasa amat malu dan sungguh rasa ingin buang wajah ini sekarang.

Mereka saling berpandangan menunggu selanjutnya di bicara wanita ini. Tapi sayangnya niat itu terbatal dek kerana dia teringat pesan abang sulungnya.

Imbas kembali.

Surat Terakhir Dari Aku Version 1 (Complete) Where stories live. Discover now