سِتَّةٌ

40 8 6
                                    

Alam langit bercakar bumi adakah insan hamba Allah ini ikhlas terima takdirnya sejauh ini?

Tersenyum lagi Sraf kali ini betul-betul pasrah untuk memberi jawapan kepada wanita ini. Agar hatinya tenang.

"Tak hina Cik cuma Allah Maha Adil dia menguji Cik mengikut kemampuan hambaNya." sehabis mungkin Sraf menasihati.

"Cik nak tahu tak kisah Cik ini teringatkan saya kepada zaman baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pada dulu kala. Ada kisah taubat seorang pelacur."

Betapa hebanya hati wanita itu setelah dengar balasan suara lelaki ini. Hati beliau seperti ingin tahu tentang kisah yang di ucapkan jejaka ini tadi.

"Seperti apakah kisah wanita itu? Samakah seperti kehidupan aku." ujar wanita ini kelam.

"Tadi Cik kata kena jualkan? Tapi di kisah ini yang saya akan ceritakan bukan kena jual. Tetapi memang dia seorang pelacur."

Di saat inilah bermulanya kisah itu di ceritakan oleh Sraf. Sraf sendiri menghembuskan nafas yang panjang.

Dikisahkan ketika Abdullah bin Ubai bin Salul seorang tokoh kaum munafik sedang berehat-rehat bagi melepaskan penat lelahnya, istirehat Ibnu Salul tiba-tiba telah terganggu disebabkan oleh penjaga rumah mengetuk pintu.

Ibnu Salul terpaksa bangun dan melihat penjaga bermuka sedih di hadapannya. Di tangan penjaga itu ada segenggam wang. Wang tersebut adalah hasil kerja pegawainya, tetapi Ibnu Salul kecewa kerana wang itu jumlahnya tidak seperti yang diharapkan.

"Sesungguhnya wang sebanyak ini adalah hasil kerja setengah hari, bukan hasil kerja sehari penuh…" ujar Ibnu Salul berang.

Tidak ingin dituduh menggelapkan wang, maka penjaga rumah itu terus mencelah.

"Tahukah tuan, kenapa penghasilan tuan sekarang ini menurun?"

"Ya, aku tahu! Semua ini gara-gara Muhammad telah merampas kedudukanku. Ia menjadikan orang-orang menjauhi hamba-hamba wanitaku lantaran daripada mereka terpengaruh ajaran-ajaran yang diserukan oleh Muhammad." serentak itu. Ibnu Salul mendengar suara orang memanggil namanya.

Ia kemudian menyuruh penjaga rumahnya untuk melihat siapa yang datang dan penjaga rumah cepat-cepat keluar. Sebaik keluar daripada bilik penjaga rumah mendapati bahawa beberapa orang daripada Bani Tamim yang berkunjung ke Madinah.

Penjaga rumah sudah mengenali mereka yang tidak lain adalah para pembesar daripada Bani Tamim yang selalu menginap, beberapa hari di tempat Ibnu Salul untuk bersenang-senang setiap kali mereka kembali daripada berdagang atau perjalanan daripada Syam.

"Di manakah tuanmu, Ibnu Salul?" tanya salah seorang daripada mereka.

"Ada di dalam…" jawab penjaga rumah.

Tiada rasa canggung para pembesar Bani Tamim itu kemudian masuk. Ibnu Salul cepat-cepat menyembunyikan wang ke dalam bilik, lalu bersegera keluar untuk menemui mereka. Ibnu Salul menyambut dengan hormat dan mereka pun membalas.

"Manakah perempuan yang dulu pernah kamu hantar untuk kami?" tanya seorang lelaki di antara para pembesar Bani Tamim itu.

"Perempuan yang mana, ya? Mereka itu ramai…." jawab Ibnu Salul.

"Budak perempuan kamu yang paling cantik!"

"Apakah dia itu Masikah?" tanya Ibnu Salul.

"Ya, dia! Tidak salah lagi…" Jawab seorang lelaki dengan riang.

"Nanti akan kami hantarkan dia untuk kamu semua bersama yang lain jika mereka mahu…"

"Cepatlah, wahai Abul Hubab, cepatlah... nanti kami akan memberikan wang sebagai upah kepadanya."

Surat Terakhir Dari Aku Version 1 (Complete) Where stories live. Discover now