تِسْعَةٌ

83 7 13
                                    

Dunia pertanyaan. Al-Qur’an adalah jawapannya. - Yusraf -

Sraf terdiam beliau tunggu apa yang wanita ini ingin beritahu. Pendengarannya sungguh teliti saat ini. Kepala di tundukkan sedikit. Anak mata ke arah bawah lantai.

Jelita memerhati sungguh, abangnya ini memuliakan pandangannya ke bawah lantai. Sanggup tidak berpandang walaupun beliau buta tapi tetap menjaga pandangan.

"Kenapa setiap manusia tak mampu belajar ilmu agama? Dan saya tertanya selama ini. Kenapa ilmu saya sampai sekarang tak cukup." jelas pertanyaan ini membuat hati seorang hamba Allah Sraf itu terkejut. Sungguh luar biasa soalan ini baginya.

Sraf hanya dengar tapi dapat dia rasakan soalan ini betul datang dari hati yang ikhlas. Seorang hamba Allah yang ingin tahu lebih dalam. Ya Allah Ya Mujib Engkau besarkanlah hati hambamu untuk memberitahunya tentang kebenaran agama Islam.

"Wahai hamba Allah yang di kasihi langit dan bumi Allah. Kenal Allah bukan kita seperti mengenal diri kita sendiri atau sahabat baik kita. Tapi mengenal Allah adalah untuk tetap bertahan hidup dan mati. Kenapa ilmu tak cukup bukan sebab tak tahu. Cuma diri sendiri sahaja tidak yakin dengan perjalanan kehidupan yang Allah beri." tersenyum Sraf hatinya cukup tenang setelah jawab dengan santai. Cukup Allah di dalam hatinya dan sebagai penolongnya.

"Saya tak faham maksud ustaz kedua jawapan itu. Adakah saya terlalu jahil atau bodoh? Sehingga seperti ini pun saya tak mampu faham." sayu suara wanita itu. Terdengar seperti kesal kerana tidak tahu jawapan tepat dari soalan.

Jawapan Sraf terlalu dalam untuk orang yang baru hendak mengenal Allah dan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Sebagai mana Allah berfirman mengenai kedudukan orang yang mengetahui ilmu agama Islam. Menerusi firman-Nya yang bermaksud: "(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna." (Surah Az-Zumar, ayat 9)

"Dari soalan hamba Allah tadi. Jelas di dalam surah yang saya beritahu. 'Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. Allah telah akhirkan dengan ayat yang telah Dia firman seperti itu. Jadi adakah rugi? Atau yang seperti hamba Allah katakan baru tadi?" Sraf tersenyum dalam diam. Bukan dirinya berminat sama wanita ini. (cair) beliau sendiri bangga. Kerana ada lagi hamba Allah yang tidak segan bertanya berani itu lebih baik.

"Sudi ke hamba Allah seperti saya Allah nak terima taubat seorang hambaNya?   Yang pernah zina, maksiat? Lagi terkilan saya adakah Allah pandang saya?" soalan demi soalan tercantas segala ayat sakitnya sampai ke hati.

Allah... berikan hambamu ini kekuatan untuk teruskan sebar ilmu agama dan dakwah. Sampai hamba hembus nafas terkahir. Sesungguhnya hamba tidak kuat jika engkau tidak bersama hamba. Bisik Sraf di dalam hati.

Ada beberapa ayat di dalam Al-Quran Allah berfirman tentang taubat. "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Surah At-Tahrim, ayat 8)

Surat Terakhir Dari Aku Version 1 (Complete) Where stories live. Discover now