Allah memberi rahmat bergema seluruh alam aku datang kepadamu membawa niat yang baik. -Yusraf-
"Allah tak akan aku nak pegang perempuan ni haram dalam agama Islam. Tak nak jadi timbul fitnah dah penat sangat-sangat." keluhnya tidak terlihat tersusun nafas berat.
Kaki dia mencecah lantai lutut di bengkokkan beliau mencangkung tengah berfikir bagaimana lagi gaya ingin kejutkan wanita ini.
Tersedar dari dunia yang begitu ngeri dan dunia nyata ini. Membuatkan dia sedar bahawa dunia ini hanyalah seketika.
"Aku kat mana ni." kepala di pegang terasa perih yang mendadak.
Mata jejaka itu gelap mana mungkin beliau lihat dengan anak matanya sendiri. Mustahil berat lagi mata memandang berat lagi bahu memikul. Andai takdir boleh melihat seketika 5 minit pun jadilah.
Tapi mustahil Allah mengizinkannya dia sendiri redha. Di akhirat in shaa Allah sahamnya tinggi bukankah itu janji Allah. Siapa yang bersyukur pasti ada ganjaran di akhirat.
"Aku kat mana!" jerkahnya kuat sedikit pun jejaka itu tidak terkejut. Dia faham situasi ini amat menguji tahap keimanan seseorang. Seperti hamba Allah ini. Lagi-lagi di tengah dirinya tidak bersedia apa yang akan terjadi lagi selepas ini.
"Maaf wahai hamba Allah saya nampak kamu di sini, jadi saya berhampiri saudara ketika terbaring di depan masjid." lembut tutur katanya bersinar-sinar setiap bicara beliau. Cukup tenang bukan untuk seorang hamba Allah yang tidak di kenali.
"Tepilahhh! Kau jangan sibuk urusan aku!" tengkingnya kuat nyaring sungguh. Apa salah jejaka ini. Bertemu dengan seorang hamba Allah yang sifatnya terang-terang kasar dan tidak lemah lembut walaupun sedikit.
Mungkin betul kata wanita ini, jangan sibuk. Siapa tahu hamba Allah ini ada masalah. Tapi di lepaskan tekanannya kepada jejaka Sraf ini. Apa beliau boleh buat maka sabar sahajalah. Itu lebih baik tenang adalah ubat dari segala.
Hidup di dunia ini memang akan di uji tahap bertahap sebagai mana Allah berfirman di dalam Al-Quran surah al-baqarah ayat 153:
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيۡنَ اٰمَنُوا اسۡتَعِيۡنُوۡا بِالصَّبۡرِ وَالصَّلٰوةِ ؕ اِنَّ اللّٰهَ مَعَ الصّٰبِرِيۡنَ.
"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar."
Jelas firman Allah itu menyatakan tentang sabar dan jangan berputus asa dalam rahmat Allah dan bertaubat.
قُلۡ يٰعِبَادِىَ الَّذِيۡنَ اَسۡرَفُوۡا عَلٰٓى اَنۡفُسِهِمۡ لَا تَقۡنَطُوۡا مِنۡ رَّحۡمَةِ اللّٰهِ ؕ اِنَّ اللّٰهَ يَغۡفِرُ الذُّنُوۡبَ جَمِيۡعًا ؕ اِنَّهٗ هُوَ الۡغَفُوۡرُ الرَّحِيۡمُ.
53. "Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Perintah untuk bersabar datang dari Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam selaku suri tauladan setiap umat muslim. Beliau bersabda, "Sabar ada tiga macam, yaitu sabar menghadapi musibah, sabar melakukan taat beribadah, dan sabar mengekang diri dari perbuatan maksiat." (HR Ibnu Abi Dunya).
Sabar dalam mengekang diri dari maksiat juga sama halnya sabar dalam menjalankan ketaatan. Apabila seorang muslim sudah memahami perbuatan maksiat hanya mendatangkan kerugian dan menjatuhkan derajat serta martabat, alangkah lebih baik apabila dirinya memilih untuk bersabar.
YOU ARE READING
Surat Terakhir Dari Aku Version 1 (Complete)
Short StoryKarya ke 5 In sya Allah ada sambungan akan datang. Walaupun cerita ni dah tamat, tapi tetap ada sambungan. Nantikan sambungan cerita ni. Saya mohon siapa yang lalu atau pun sudah baca. Tolonglah baca sampai habis kisah cerita ini. In shaa Allah mem...