سَبْعَةٌ

65 10 16
                                    

Allah sahaja menjemputnya hingga ke hari ini. Atsana nasib bagaikan ujian di tembok cina lalu dan hadapi sahaja. -Yusraf-

Betapa sendatnya hati yang mati kini bangkit di hadapan Sang Pencipta yang Maha Kuasa. Wanita itu sedar hidayah Allah itu selalu ada buat dirinya sendiri. Cuma dia sahaja tidak tahu ingin mula dari mana.

Hari berganti hari, tarikh juga berganti bulan, masih samakah kehidupan seseorang Sraf?

Berdirinya seorang gadis yang boleh di katakan ilmunya tinggi. Tidak kurang hebat dengan Sraf.

Datang tanpa khabar tidak di jemput hadir di dalam rumah. Bahkan gadis itu sendiri telah duduk dengan santai.

"Ustaz saya nak tanya, apa beza hati kita mati dan tidak mati?" soal Seri tanpa gugup.

"Terkadang ustaz saya banyak khilaf dari segi apapun. Sampailah ke hari ini saya rasa sayalah insan yang banyak berbuat dosa setiap hari."

Seri menundukkan pandangannya itu lalu beliau tidak sanggup mengucapkan lagi. Setiap bait yang akan di lontarkan perit rasanya.

Lelaki itu tersenyum renyah bila memandang Bunga. Bukan apa cuma risau dengan keadaan sepupu dia ini. Ada sahaja setiap hari tidak lekang memberi soalan.

Kenapa lelaki ini sendiri memanggil gadis ini Bunga, sedangkan namanya Seri. Ada di sebalik kisah mereka berdua yang masih menjadi rahsia hidup masing masing.

Bagaimanalah tanpa dirinya, adakah wanita ini sendiri pandai berdikari untuk kehidupan seterusnya? Biarlah Allah yang menentukan semua.

"Kenapa ustaz ketawa salah ke Seri tanya pendapat?" soal Seri tekun tetap juga dengan penderian beliau.

"Tak salah pun cuma saya takut jika saya memberi jawapan yang salah timbul dosa. Jadi mana yang mampu sahaja saya akan cuba jawab." balas lembut gerangan itu.

Terdiam wanita itu redup matanya berair kenapa perasaan ini sentiasa sakit! Tuhan berikan aku kekuatan. Terlalu berharap lebih pasti sakit yang dapat jika tidak berhati-hati.

Bagaimana dengan perasaan yang gadis ini simpan terhadap ustaz Sraf. Walaupun dia tahu Sraf ini adalah sepupunya. Tidak mungkinlah sepupu akan suka sepupu balik. Dengan tanda ikatan sah.

Niat Seri terlalu jauh dan terlalu tinggi untuk di gapai. Tidak terlukakah Seri kalau berterusan begini.

"Saya sukakan Ustaz dah lama, tapi pasti ustaz tak akan beri saya peluangkan?" tanya Seri membuat lelaki itu tergamam soalan yang di beri lari dari topik asal.

Sraf tertunduk di sorokkan wajah yang akan bertukar itu. Dia memanggil adik perempuannya.

"Jelita.... Jelita." kemudian sang adik pun datang mara ke hadapan bersama kedua orang hamba Allah yang sedang duduk di sofa. Sedangkan Sraf duduk berjauhan dengan sepupunya sendiri.

"Kenapa abang Sraf?"

"Tolong temankan Bunga ya." jawab Sraf pasrah. Berlalu pergi meninggalkan kedua orang itu.

"Seri nak minum air Jelita buatkan ya nak?" pelawa Jelita. Wanita ini sejak sudah ada bakal zauj hidupnya mula tertib.

Semua kerana abangnya Sraflah yang banyak nasihat beliau. Sebelum ingin menjadi isteri harus tahu di mana titik permulaan kita sendiri.

Sampai di hadapan pintu bilik Sraf sendiri membuka pintu bilik dengan sedarhana. Langkahnya dengan kaki kanan lebih afdal sunnah baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam tidak di lupakan.

​​​Itu merupakan petunjuk sunnah Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang mendahulukan sebelah kanan. Kerana yang kanan itu lebih mulia daripada yang kiri.

Beliau tidak terus duduk di atas birai ranjang itu. Malah lelaki ini segera mandi dan membersihkan diri terlebih dulu. Selesai beberapa minit.

Kaki kiri dulu melangkah keluar dari bilik air baru di susuli dengan kaki kanan. Baju telah terpasang elok di tubuh, badan jejaka ini.

Matanya mecari rida di manakah ridanya yang berwarna hijau pekat. Tidak usah kata hatinya sudah gusah sekali. Rida kesayangannya hilang dari pandangan mata. Siapa pula yang ambil atau mungkin kena curi.

Mata masih cari pergi ke arah jubah putih yang tadi beliau pakai. Tidak ada hilang pergi mana pula rida itu ada kaki ke untuk berjalan? Mustahil.

Sedikit pun Sraf ini tidak ingat yang bahawa rida itu berada di wanita si pemabuk semalam. Sraf keluar dia memanggil adik perempuan.

Masa semakin hari makin laju dan suntuk.

"Jelita... adik nampak tak abang punya rida." jelas suara itu sedikit ternaik di balik atas tangga.

Jelita tidak menyaut, tetapi dia menaiki anak tangga terus. Senang malas ingin beradu mulut jerit macam orang hilang akal.

"Rida? Warna apa." soal Jelita balik.

"Hijau." sepantas kilat jejaka Sraf itu berkata.

Wanita itu terdiam kerana dia harus berfikir warna hijau bukan ke abangnya selalu membawa balik warna hijau. Selepas habis di masjid. Tapi hairan semalam semasa Seri datang. Rida' atas bahu kanannya hilang. Adakah lelaki ini tidak perasan? Ridanya tiada di bahu sendiri.

"Semalam abang bawak balik tak?" tanya Jelita ingin kepastian lagi.

Nampak Sraf diam maknanya beliau sudah tahu. Bahawa rida itu di tangan wanita semalam. Wajahnya berubah Jelita memandang wajah itu dengan tekun sekali. Tidak sabar ingin dengar jawapan abang sendiri.

"Tak apalah terima kasih." beliau terasa malu. Betul ke Sraf ini malu atau terlupa yang dia sendiri bagi (tutup aurat wanita itu semalam)

Jelita turun lalu dia tersenyum, pasti abangnya malu dan timbul rasa segan di dalam diri. Lihatlah hari ini lain sungguh. Ada aura terserlah.

"Allahuakbar... malunya hambamu ini kenapa hamba boleh lupa. Yang hamba sendiri tutup aurat wanita itu di depan masjid semalam. Malunya tidak habis Ya Allah." gumamnya di dalam bilik.

"Mana pula esok ada acara kuliah di Tahfiz Al-Ummar serta Pusat Rumah Nur Cahaya dua sesi waktu pagi satu jam, dan waktu petang satu jam.

"Itulah satu-satunya rida kesayangan hamba. Bagaimanalah hamba boleh lupa ingin mengambil balik Allah..." gumamnya sendiri. Adakah Sraf akan jumpa dengan izinnya kupu-kupu malam dan beliau di masa akan datang?

Suasana gelap menyepi bunyi angin yang bertiupkan dengan kencang sekali. Tubuh itu di dudukkan di atas kerusi. Pen di tekan auranya bukan main. Terpancar wajah yang bersih itu sejuk memandang.




Bersambung.

Surat Terakhir Dari Aku Version 1 (Complete) Where stories live. Discover now