Termenung jauh Sraf mengenangkan nasib seseorang yang datang dari jauh. Kerana soalan itu sahaja. Membuatkan hatinya tertanya-tanya setiap bicaraan lelaki di hadapannya.
"Kamu tanya sebab kamu nak kahwin ke atau ada seorang hamba Allah yang telah melamar kamu secara terang-terangan atau?" terhenti bercakapan itu. Cukup sampai di situ sahaja Sraf mengatakan.
Kerana dia tidak mahu lelaki ini timbul rasa tak selesa dengan soalan itu tadi. Sudahlah mungkin dia akan menyakitkan orang sekeliling beliau tanpa sedar. Siapa tahu isi hati hamba Allah lebih baik diam dari berkata lebih yang tiada guna pun.
Kiran tidak menjawab malah beliau mengeleng kepala tersebut secara perlahan. Kalau tidak kahwin habis apa yang membuatkan Kiran ini bertanya seperti itu, untuk siapa adakah dia telah perjuangkan seseorang dalam diam tanpa siapa pun tahu? Persoalan di sebalik soalan memang akan agak sukar untuk kita sendiri tembak, apa yang di soalkan. Dan apa yang telah di jawab sentiasa tertanya. Sifat ingin tahu dan sentiasa betul jawapan itu sudah sebati dengan soalan tadi. Cuma yang bertanya itu tidak peka dengan sesungguhnya.
"Ustaz saya baru kehilangan intan pertama saya yang pertama dalam kehidupan saya. Beliau seorang wanita berharga bagi diri saya sendiri. Sejujurnya keluarga saya amat sayang dia dengan penuh keikhlasan kerana Allah."
"Kerana Allah jugalah kami bersatu dengan izinnya kami bertemu, sebelum saya jumpa dengannya saya selalu ambilkan Surah Al-Hajj ayat 27."
وَاَذِّنۡ فِى النَّاسِ بِالۡحَجِّ يَاۡتُوۡكَ رِجَالًا وَّعَلٰى كُلِّ ضَامِرٍ يَّاۡتِيۡنَ مِنۡ كُلِّ فَجٍّ عَمِيۡقٍ.
"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh."
Membulat anak mata Sraf mendengar penjelasan jejaka ini. Benarkah hamba Allah yang satu ini. Berkerut dahi beliau.
"Ustaz bolehkan jika kedua hamba Allah itu mengamalkan Surah Al-Hajj ayat 27? Supaya cepat mendapatkan jodoh." nampak Kiran ini ragu-ragu dengan perbuatannya selama ini.
"Boleh tidak salah pun Kiran."
"Tapi ustaz bukan ke Surah Al-Hajj ayat 27 tentang haji? Boleh ke baca untuk cepat dapatkan jodoh?" soal Kiran masih lagi tertanya. Nampak dan jelas sifat ingin tahu lelaki ini makin mendalam tentang agama islam. Baguslah hidayah itu milik Allah tidak tahu bila ia datang dan seru di dalam hati hambaNya.
"Sudah tentu boleh kerana dalam Surah Al-Hajj ayat 27 itu menyatakan haji itu boleh datang pelbagai cara. Bentuk dengan izinnya Allah boleh jadi keseluruhan ialah petunjuk dari Allah jika amalkan selalu bahasa mudah faham jodoh." balas Sraf.
"Kita sendiri tidak tahu ayat itu bagaimanakan acuannya jadi tinggal baca sahaja. In shaa Allah semuanya akan diberikan petunjuk dan kemudahan setelah itu."
"Selain Surah Al-Hajj ayat 27, surah lain pun in shaa Allah boleh amalkan. Balik kamu buka Al-Quran halaman ayat Surah Al-Furqaan ayat 74."
وَالَّذِيۡنَ يَقُوۡلُوۡنَ رَبَّنَا هَبۡ لَـنَا مِنۡ اَزۡوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعۡيُنٍ وَّاجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِيۡنَ اِمَامًا.
"Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa."
YOU ARE READING
Surat Terakhir Dari Aku Version 1 (Complete)
Short StoryKarya ke 5 In sya Allah ada sambungan akan datang. Walaupun cerita ni dah tamat, tapi tetap ada sambungan. Nantikan sambungan cerita ni. Saya mohon siapa yang lalu atau pun sudah baca. Tolonglah baca sampai habis kisah cerita ini. In shaa Allah mem...