Aku lapangkan dadaku aku terima semua ujian dengan hati yang redha, walaupun perit. - Sraf -
Kalam Allah, berzikir sentiasa di bibir jejaka ini. Apa yang merunsingkan kepala lelaki ini adalah apa bila beliau mati. Mati seorang diri dan hanya membawa amalan sahaja.
Lain orang mungkin juga lain cara kehidupan mereka. Tetapi buat Sraf yang buta dari lahir, senang kata cacat buta. Ada kanser lagi siapalah yang mampu terima kekurangan dia ini. Maka hamba Allah itu hebat hidup berpasangan bersamanya.
Di mata orang lain dirinya tidak sempurna di hina kurangnya banyak di dalam diri. Mereka sayang sekali tidak tahu bagaimana bertahankan bicara dan mulutnya dari dosa-dosa kecil telah menjadi besar. Ingat api neraka Allah itu terlalu sukar buat diri kita.
Apakah kita cukup sempurna untuk menilai orang dari segi kekurangan dan ke jahatan? Kenapa kita selalu cari salah orang. Sedangkan Allah itu maha melihat semua atas dunia ini.
Tidak terasa ke ingin berubah kata ganti mudah fahamnya ialah bertaubat. Sungguh Allah Maha mengampun atas dosa-dosa kita. Apa lagi hati ini selalu hitam dengan dosa yang tidak pernah habis. Tak penat sentiasa mencari dosa?
Kenapa tak cari pahala? Perlu ke cari dosa? Sampai bila nak hati tu hitam? Sebab takut ke untuk cari jalan Allah. Hidayah Allah tidak akan sampai kepada Hambanya sendiri. Jika diri sendiri tidak mencari di mana permulaan titik awal tengah dan akhir jalan kisah hidup.
Pernah fikir kenapa ada syurga dan neraka? Kerana umum mengetahui bahawa syurga diperuntukkan untuk hamba-Nya yang beriman dan taat kepada segala perintah Allah SWT.
Sedangkan neraka adalah untuk mereka yang ingkar. Allah SWT menyediakan syurga dan neraka sebagai balasan. Terhadap setiap amalan yang dikerjakan umat manusia di dunia.
Pagi yang indah bertemankan cahaya matahari pagi. Wanita yang pemabuk itu. Kelam berfikir macam mana ingin pulangkan balik selendang hijau ini. Pada tuan empunnya badan. Boleh pula terbawa pulang ke rumah.
Beliau tidak tahu yang itu ialah rida bukan selendang. Betapa jahilnya kehidupan sehingga rida pun tidak di kenali. Sungguh sakit.
"Tu siapa punya?" sepasang suara gurau menyapa. Jari di tunjulkan sepasang kain rida itu meluru mata wanita itu tepat ke arah sasaran.
Mata turun dari memandang rida itu. Makin sakit hatinya, apabila rida ini tertulis nama Sraf? Siapa Sraf adakah gerangan lelaki ini cemburu dengan wanita ini sendiri?
Wanita itu diam, diamnya lama sehingga menimbulkan rasa kemarahan kepada gerangan di hadapannya. Kad yang berada di atas meja di pegang oleh lelaki itu.
"Kad? Kad apa ni?" soal lelaki itu mata memandang wanita yang sedang termenung. Sayangnya wanita itu sendiri tidak berbicarakan sedikit pun. Apa yang terkesan di hatinya.
Jejaka itu memandang ke arah kad itu yang di pegang oleh wanita itu sendiri. Pusat Rumah Nur Cahaya, matanya tidak berbohong betapa terkejutnya membaca seperti sesuatu masuk di hati.
"Pusat Rumah Nur Cahaya? Pusat Rumah apa kebajikan? Atau rumah sakit? Kenapa kau sakit ke?" tanya lelaki itu bunyi seperti di sindir lebih tepat menyakitkan hati Khansa.
Wanita itu berlalu pergi meninggalkan jejaka yang berada di sofa. Dengan pakaiannya yang terletak di tubuh badan. Termenung sosok gerangan memandang wanita itu meluru keluar. Tanpa balas sepatah kata. Kecewa? Marah? Pendam itu bukan sifat wanita itu.
Ya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam hanya engkau yang aku rindu dan Allah. Dan datangnya engkau aku selalu berzikir. Lembutnya hati kerana Allah mengetuk pintu hatiku. Naluri hatinya berbicara.
YOU ARE READING
Surat Terakhir Dari Aku Version 1 (Complete)
KurzgeschichtenKarya ke 5 In sya Allah ada sambungan akan datang. Walaupun cerita ni dah tamat, tapi tetap ada sambungan. Nantikan sambungan cerita ni. Saya mohon siapa yang lalu atau pun sudah baca. Tolonglah baca sampai habis kisah cerita ini. In shaa Allah mem...