واحد

174 16 34
                                    

Mohon siapa yang dah termasuk atau pun dah terlintas baca alang-alang bagi sampai end baca ok. Komen dan vote. Story ni lain dari lain impaknya besar.


Dengan Nama Allah
Yang Meninggikan Kalimah
La Ilahailallah, Muhammad Rasulullah
maka Tinggikan Juga Keimananku
seperti Tingginya Kalimat itu. -Yusraf-



Bismillahirrahmanirrahim.

Allah yang satu aku dambakan terletak di hatiku yang seperti sarang kecil ini. -Yusraf-

Muhammad Yusraf Mukim bin Muhammad Ibnu. Lelaki terakhir yang berada di dunia ini lelaki yang jauh dari kata dosa. Aku di katakan baik penyayang tetapi aku sendiri memedam rasa bersama traumaku dikala dulu. -Yusraf-

Allah menjemput aku di sebuah dunia yang baik dan jauh dari kata dunia jahil. Di sini tempat aku berada selalu di pondok mengaji, lisan aku selalu bertalu-talu kalimah Allah. Sentiasa berzikir mengucap tidak pernah lepas. -Yusraf-

Tetapi apa yang diri ini rasa tidak sama. Apa yang aku bayang terlalu jauh dari minda aku sendiri. -Yusraf-

Biarlah lisan ini tidak berhenti berzikir dan selalu membuat amal. Tidak tahu bila lagi Allah menjemput lebih baik persiapan diri siap sedia. Di alam dunia dan akhirat sangat jauh kata baik. Bersedia ke hati ini jasad ini menghadap Allah yang satu?

Bederu tapak kaki seseorang yang mara ke hadapan jejaka lelaki ini. Beliau buta dan anak yatim. Ibu kandungnya masih ada. Cuma waled beliau sahaja sudah pergi buat selamanya. Adakah kehidupannya seindah takdir di langit Allah.

Di kenal sebagai Sraf nama panggilannya. Mempunyai dua adik-beradik seorang lagi perempuan iatu. Nur Jelita. Sedap mata memandang luar biasanya adiknya Jelita adalah manja terhadap Sraf abang sulung beliau.

"Sraf bilanya Sraf nak nikah umi bukan apa Sraf umi dah tua. Nanti satu hari siapa nak jagakan makan dan minum Sraf?" soal umi perlahan.

Turun anak mata itu redup memandang ibu kandungnya sendiri. Sakit bila dapat soalan macam ini hampir setiap tahun. Bukan tidak ingin bernikah takut. Takut kerana tidak mampu memberikan secukupnya nanti kepada isteri.

"Siapa nak Sraf ni umi Sraf cacat buta, dari lahir mana ada wanita di luar sana suka dan sayang Sraf. Macam umi dan adik Sraf sayangkan Sraf." terkilan dengan ayat anak bujangnya sendiri terasa sampai ke hati sakit!

Wanita itu hanya diam seketika beliau pasrah dengan jawapan anaknya. Tetapi bukan berarti diam buat selamanya.

"Sraf umur dah 40 tahun ni, Sraf tak akan nak membujang je sampai bila? Sraf tak teringin ke nak ada isteri. Banyak kelebihannya bila ada suri hati Sraf." pujuk Umi kelam sahaja suara itu.

"Sraf bukan tak nak umi. Cempaka binti Muhammad." itu nama ibu kandung beliau sungguh ringkas dan mudah di ingati.

Wanita yang masuk abad zona itu memandang dengan kedipan matanya sendiri. Anak lelaki dia ini jika di beri peluang untuk menjawab ada sahaja tak pernah kalah.

"Sraf, ke anak umi ni tak boleh lupakan apa yang telah terjadi 4 tahun dulu? Kenapa Sraf masih nak berdegil tak penat ke hidup macam ni." rayu wanita itu lagi sekali. Sungguh dia kesian terhadap anak bujangnya.

Terdiam lelaki itu apabila uminya beraksi terlebih dulu. Menembak beliau dengan tanpa segan silu, apakah ada kesan di hati lelaki ini masukkah di dalam hatinya?

"Sraf nak umi carikan ke? Umi banyak calon dah. Tulah cuma takut Sraf tolak je." beredup balas wanita itu seakan menimbulkan rasa terkilan di hati anaknya sendiri.

Surat Terakhir Dari Aku Version 1 (Complete) Where stories live. Discover now