BAB 5

3.6K 215 17
                                    



"AKAK bawak Fiya naik motor boleh?"

"Tak boleh."

"Akak.. please.. akak tak kesiankan Fiya ke?" Luthfiya mengelipkan matanya seperti seekor kucing dan bibirnya dicebikkan.

"Tak kesian. Dah, mana parents kau? Nanti aku kena cop culik anak orang pula."

"No worry lah. Daddy tak marah punya." Kata Luthfiya dengan yakin. Kalau Qaleef marah pun, dia boleh marah balik.

Perempuan mana boleh kalah kan?

"Daddy kau tak marah tapi aku tak nak. Dahlah, aku nak balik." Aireen terus mengambil topi keledarnya lalu disarungkan ke kepala.

Namun Luthfiya tetap berkeras. Dia memegang belakang motor Aireen.

"Pleaseee." Pujuk Luthfiya lagi. Dia tak pernah naik motor. Naik basikal pun tak pernah.

Macam mana nak naik, dia tinggal di penthouse. Bukan rumah atas tanah. Tapi itu cuma alasan saja, dia kan diva. Mana suka duduk tengah panas.

"Cik Luthfiya!" Jerit seseorang dari belakang.

Aireen menghela nafas lega bila ada seorang lelaki berjalan ke arah mereka. Akhirnya dia boleh pulang.

"Cik Luthfiya buat apa dekat sini?" Soal Zack termengah-mengah. Bukan main dia berlari selepas nampak kelibat budak kecik ni.

"I nak naik motor dengan akak ni. You bagi kan?" Luthfiya menunjukkan tangannya ke arah Aireen.

Zack memandang gadis di hadapannya.

Siapa ni? Dengan alis kening terbentuk elok, mata bundar, hidung separa mancung, bibir merah walaupun tanpa gincu. Cantik juga.

"Tak boleh cik. Nanti Tuan marah, saya kena buang kerja." Keluh Zack pada Luthfiya. Kenapalah susah sangat jaga budak ni?

"Kalau macam tu I bagitahu you mengayat staf daddy sampai you tak sedar I keluar." Ugut Luthfiya dengan tangan yang sudah disilang ke dada.

Zack menelan air liur. Budak ni ada saja akal dia nak kenakan aku.

"So, yes or yes?" Luthfiya mengangkat keningnya.

Zack memandang Aireen. "Cik kerja dekat sini ke?"

Aireen mengangguk malas. Tak pasal-pasal kena tengok drama pula hari ni.

"Cik tolong bawa cik muda saya round bangunan ni boleh?" Pinta Zack.

"Apa? Tak naklah saya." Terus Aireen menggeleng kepalanya. Gila ke nak bawa anak orang? Jadi apa-apa nanti tak ke dia yang susah.

"Pleasee.. nanti saya kena buang kerja cik." Zack menyatukan kedua-dua tapak tangannya merayu.

Aireen mendengus. "Hey. Awak tak takut ke kalau saya culik budak ni?"

"Tak kot sebab saya dah tahu cik kerja dekat mana. Nombor plat motor pun saya tahu." Balas Zack selamba.

Dia pasti Aireen kerja di bahagian restoran kerana dia tak pernah nampak Aireen di tingkat bahagian pejabat.

Aireen berdecit. Dia memandang kedua-dua wajah di hadapannya dengan menyampah. "Aku tak ada helmet lebih."

"Tak apa. Akak bawa slow je." Kata Luthfiya bersahaja. Dia sudah teruja mahu naik motor ni.

Aireen akhirnya akur dan mengangguk setuju. Nanti lambat pula dia boleh pulang.

Lagipun mana ada polis pun sekitar sini dan kawasan ni pun tak ramai orang. Yang lalu lalang cuma pelanggan dan pekerja sini saja.



QALEEF melihat jam di tangannya. Sudah pukul enam lebih. Sekali lagi dia terleka apabila mengadap timbunan kerja. Inilah masalahnya apabila dia jarang masuk ke pejabat.

TAKDIR YANG SAMA [EBOOK] Where stories live. Discover now