BAB 6

3.6K 234 19
                                    






AIREEN memandang ke langit. Kali ini dia tak pulang terus ke rumah sebaliknya dia singgah ke sebuah tasik.

"Tak ada bintang pula malam ni." Gumam Aireen. Mungkin sekejap lagi akan hujan?

Aireen mula memikirkan perjalanan hidupnya. Tipulah jika dia tidak terkesan. Dia mula fikir dimana silapnya sehingga dia diuji sebegini?

Pernahkah dia berbuat zalim kepada orang sehingga dugaan datang tanpa henti. Jika ditanya tentang dosa, manusia mana yang tidak membuat dosa?

Semua manusia tidak terlepas dari membuat dosa.

"Ya Allah.. sesungguhnya aku hambaMu yang berdosa. Ampunkan segala dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, adik beradikku, orang disekelilingku dan muslimin muslimat yang lain."

"Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kuatkanlah aku Ya Allah, kuatkanlah aku."Gumam Aireen seraya memejam matanya. Air mata yang jatuh ke pipi tidak dihiraukan.

Lama dia memejam mata sehingga terasa titisan hujan jatuh ke wajahnya.

Aireen langsung tidak berganjak. Dia suka hujan sewaktu dia sedih. Hujan seakan-akan memeluk dirinya dan memberi dia ketenangan. Tiada siapa yang perasan jika dia menangis ketika hujan.

Aireen membiarkan dirinya basah di dalam hujan. Dengan wajah yang menadah langit dan air mata yang mengalir, Aireen tetap cuba senyum.

Dia harap rasa sedih ini berlalu dengan cepat. Dia harus kembali menjadi Aireen yang kuat. Dia cuma ada dirinya sahaja sekarang.

Bila hujan makin lebat, Aireen membuat keputusan untuk pulang. Dia mencapai jaketnya dan pulang ke rumah Raihana. Dia tahu pasti gadis itu bising bila dia pulang lambat.

Seperti yang dijangka, Raihana setia menunggunya di hadapan pintu utama rumah.

"Ya Allah Reen!" Jerit Raihana bila Aireen pulang dalam hujan. Bukan hujan biasa, tetapi hujan lebat. Dengan pantas dia mengambil payung dan menuju ke arah Aireen.

"Reen! Kau kenapa balik lambat? Dalam hujan pula ni Reen? Kenapa aku tak boleh call kau? Aku risau Reen!" Bertalu-talu soalan keluar dari mulut Raihana kerana dia terlalu risau.

Aireen cuba mengukir senyuman buat Raihana. Dia sendiri boleh merasakan bibirnya sudah terketar-ketar kerana kesejukan.

"Ana! Bawak masuk Reen tu. Cepat! Sejuk dia tu." Arah Puan Ramlah. Boleh pula anaknya bersoal jawab dalam hujan.

Sampai di muka pintu, Puan Ramlah menyelimut Aireen dengan tuala. Dia memandang wajah pucat Aireen dengan penuh kerisauan.

"Maaf umi, nanti Reen mop lantai. Habis basah lantai rumah umi. Sekejap Reen masuk mandi dan tukar baju dulu." Aireen terus masuk tanpa lengah.

Aireen cuba menahan air matanya dari jatuh apabila melihat wajah kerisauan Puan Ramlah itu. Dia mengetap bibir.

Tak, bukan ini yang dia mahukan. Dia tak mahu orang risaukan dia, dia tak mahu simpati orang dan dia tak mahu orang nampak dia lemah.

Puan Ramlah dan Raihana saling berpandangan. Wajah Aireen sudah pucat namun kenapa riaknya biasa?

"Umi nampak tak apa yang Ana nampak?"

Puan Ramlah mengangguk. "Mungkin Reen terkejut. Nanti Ana cakaplah dengan Reen. Jangan paksa pulak kalau dia tak nak."

"Baik umi. Ana nak panaskan lauk untuk Reen dululah." Raihana pantas ke dapur. Pasti Aireen lapar kerana berhujan. Sekarang pula hampir pukul 10 malam.

Aireen keluar selepas dia selesai membersihkan diri. Dia ke dapur untuk mencari mop namun ditegur Raihana.

"Tak payah Reen. Aku dah mop. Meh sini duduk. Makan dulu. Mesti kau lapar kan?"

TAKDIR YANG SAMA [EBOOK] Where stories live. Discover now