QALEEF masuk ke dalam keretanya. Dia menepuk dahi apabila baru teringat yang dia tidak mempunyai nombor telefon Aireen. Nantilah dia fikir.Tiba-tiba Qaleef ketawa kecil. Hairan juga bila dia boleh terjumpa dengan Aireen hari ini. Dia baru tiba Johor Bahru petang tadi dan mencari tempat makan viral di sekitar ini. Dia juga mahu lihat makanan trending sekarang.
Restoran yang mereka makan tadi merupakan restoran paling banyak ulasan bagus dan Luthfiya juga suka. Selesai makan, Luthfiya menunjukkan ke arah seseorang yang mirip seperti Aireen.
Pada mulanya Qaleef menidakkan. Tak mungkin mereka boleh terjumpa Aireen di sini. Tetapi Luthfiya tetap mengatakan itu adalah Aireen.
Kenal betul dia dengan Aireen.
Sewaktu dia pandang untuk kali kedua, dia perasan gadis itu mendongak ke atas. Dia pandang ke atas tetapi tiada apa-apa pun. Masa itulah dia nampak yang gadis itu betul-betul Aireen Qaisara.
Bila dia duduk di hadapan Aireen, dia perasan wajah gadis itu merah dan matanya berkaca. Menangis?
Tapi kenapa? Dia masih ingat ketika dia baca resume Aireen dulu, Aireen berasal dari Johor. Tapi kenapa Aireen seorang diri? Mana ahli keluarga dia?
Lagi hairan bila Aireen mengatakan dia menginap di hotel. Kenapa dia tidur hotel?
Macam-macam persoalan timbul di fikiran Qaleef ketika ini.
"Ahh kau kenapa Qaleef. Sibuk nak fikir pasal perempuan tu." Qaleef memarahi dirinya sendiri.
Mungkin dia prihatin sebagai majikan? Atau dia prihatin kerana Luthfiya sukakan Aireen?
Atau lebih tepat lagi ada sesuatu tentang Aireen yang buatkan dia ingin tahu?
Qaleef menggeleng kepalanya. Daripada dia mula mengarut, lebih baik dia balik hotel dan rehatkan badan. Seharian dia memandu tanpa Zack. Memang sengaja dia bagi Zack bercuti kerana dia ingin meluangkan masa dengan Luthfiya.
Bila Qaleef mula memandu, wajah Aireen mula muncul di kepalanya. Teringat Aireen makan tadi sehingga penuh pipinya. Comel.
Senyuman Qaleef mati apabila dia kembali sedar.
"Stop it Qaleef!"
Dia cuba untuk melupakan bayang Aireen tadi tetapi otaknya tetap berfikir. Ke gadis itu lari dari rumah?
Qaleef menampar pipi sendiri apabila dia sekali lagi mula mengarut. "Sss!" Desisnya sakit.
AIREEN membuang plaster di tapak tangannya. Tapak tangannya yang tercalar akibat terjatuh sewaktu dia diganggu semalam. Ini pun Raihana yang beria suruh dia pakai, siap bagi sekotak plaster lagi.
Takut jangkitan kuman katanya. Aireen turutkan saja malas mendengar bebelan Raihana.
Tanpa sedar Aireen mengeluh mengingatkan kejadian hari ini. Semalam dia diganggu dan itu merupakan pengalaman menakutkan baginya.
Hari ini pula pengalaman yang menyakitkan baginya.
Apakah yang Allah sediakan untuknya di kemudian hari? Apakah dia benar-benar kuat untuk menghadapi semua ini?
"Kenapa tangan Kak Reen?"
Lamunan Aireen terhenti apabila Luthfiya memegang tangannya. Gadis cilik itu menilik tapak tangan Aireen yang tercalar itu.
"Kak Reen jatuh."
"Sakit ke?" Luthfiya mendongak memandang Aireen.
Aireen menggeleng kepalanya. "Tak sakit dah."
YOU ARE READING
TAKDIR YANG SAMA [EBOOK]
RomanceQaleef Akhtar x Aireen Qaisara AIREEN QAISARA seorang gadis biasa yang lahir dalam keluarga sederhana. Anak kedua dari tiga beradik, Aireen dianggap seorang yang pendiam dan suka menyendiri oleh keluarganya. Selama dua puluh lima tahun Aireen menyim...