BAB 29

5.8K 384 32
                                    




AIREEN menjeling Qaleef sebelum dia kembali menunduk memandang Luthfiya.

"Fiya tak boleh panggil Kak Reen macam tu tau.. Kak Reen bukan mummy Fiya.." Tegur Aireen.

Bukan untuk menyakitkan hati Luthfiya tetapi dia tak mahu Luthfiya mengharap pada sesuatu yang tak mungkin.

Luthfiya mula mencebik dengan mata yang terkelip-kelip. "Tadi daddy cakap boleh panggil mummy Reen."

Aireen senyum tipis. "Daddy Fiya saja bergurau tu—"

"Mana ada saya bergurau. Saya tak pernah bermain dengan kata-kata saya Aireen." Belum habis ayat Aireen, Qaleef potong dulu.

Aireen mengangkat wajahnya. "A-apa maksud Tuan Qal?"

"Ingat bunga ros hari tu?"

Aireen mengangguk. Masakan dia lupa, pertama kali dia menerima bunga dalam hidupnya. Bunga itu pula elok saja ada di birai katilnya.

"Awak tak faham maksud bunga ros merah?"

"Apa maksud dia?" Soalan berbalas soalan. Aireen agak blur ketika ini.

"Cuba awak cari.." Qaleef senyum penuh makna sebelum dia tunduk mencium dahi anaknya.

"Jumpa malam ni princess. Ingat apa daddy pesan." Bisik Qaleef pada anaknya.

"Okey daddy.. I love you.."

"I love you too princess.."

Qaleef senyum pada Aireen sebelum dia meninggalkan Aireen dalam kekeliruan.

"Kak Reen.. jom masuk." Luthfiya menarik tangan Aireen sekaligus mematikan lamunan Aireen.



SEMENTARA Luthfiya mandi, Aireen memandang kedua-dua kawannya yang sedang ralit menghadap telefon.

"Ehem.. aku nak tanya sesuatu ni.. tapi jangan fikir bukan-bukan pula." Aireen bersuara.

Raihana dan Husna saling berpandangan sebelum mereka bangun dan duduk bersila di atas katil mereka.

"Apa dia?" Tanya Raihana. Jarang Aireen nak bertanya. Macam serius saja bunyinya.

"Apa maksud bunga ros merah? Bagi korang?"

Aireen sudah mencari maksud bunga ros merah tetapi dia tidak yakin dengan apa yang dia baca. Bermacam teori yang ada tetapi maksudnya hanya satu.

Cinta.

Takkanlah?

"Bunga ros merah? Kalau aku maksud dia cinta dan kasih sayang.." Balas Husna dengan pantas. Dia pernah bercinta jadi dia tahulah.

"Betul. Biasanya orang bercinta je bagi bunga ros merah ni. Kenapa kau tanya macam tu?" Soal Raihana pula. Dia seperti boleh mengagak sesuatu.

"Tak ada apa.. aku ada baca sesuatu tadi. Jadi aku tertanya-tanya.." Aireen mengelak pandangan Raihana.

Raihana bukan boleh kira, kadang-kadang dia boleh jadi ahli nujum.

Raihana mengecilkan matanya. "Habis tu bunga ros dekat dalam bilik tu siapa bagi?"

"Reen dapat bunga ros? Seriuslah Ana?" Celah Husna pula. Tak sangka ada yang mengorat kawannya.

Aireen memang cantik dan ayu di matanya walaupun berpenampilan ringkas. Cuma Aireen terlalu dingin dengan makhluk bernama lelaki. Entah apa yang Aireen takut pun dia tak tahu.

"Ya.. aku pernah tangkap dia duk pandang je bunga ros tu." Raihana kembali memandang Aireen.

Something smell like ikan.

TAKDIR YANG SAMA [EBOOK] Where stories live. Discover now