BAB 17

4.8K 335 67
                                    




"REEN banyak terluka Qal.. dari dulu lagi."

Sekali lagi Qaleef terdiam. Matanya terus memandang ke arah Aireen yang masih melayani kerenah anak daranya. Entah kenapa Qaleef mula rasa marah pada sepupunya.

Kalau Harith memutuskan majlis kerana perempuan itu curang, bermasalah atau apa-apa sebab yang munasabah dia boleh terima. Tapi sebab tak cinta?

Qaleef memang tidak pernah hiraukan benda yang tidak berkaitan dengannya tetapi bila mendengar sendiri apa yang dilalui Aireen, hatinya turut terasa sakit.

Jadi Harith memilih adik Aireen? Memang dia langsung tak tahu pilihan Harith ketika itu adalah adik kepada bakal isteri tak jadinya.

Pada hari Harith bernikah dia ada menemani Tuan Yusuf di masjid. Puan Isma langsung tidak menunjukkan muka ketika itu. Dia mahu berjumpa pun Puan Isma mengelak. Mungkin kerana masih terkilan.

Qaleef pula cuma duduk sekejap sahaja kerana sejurus ahli keluarganya tiba, dia terus pulang ke Kuala Lumpur. Tidak mahu ada hal lain pula yang bangkit nanti.

"Berselera ya cucu Neksu makan." Tegur Puan Isma pada Luthfiya dengan suara yang serak akibat menangis tadi.

Luthfiya mengangguk. "Kenapa Neksu nangis? Siapa buat Neksu?" Soal Luthfiya.

Dia dengar cerita Neksu dia tadi tapi dia tak faham sangat. Nak bertanya pada daddy nya, tapi muka daddy serius pula.

Puan Isma senyum tipis. "Tak adalah. Neksu cuma rindu Kak Reen Fiya ni."

"Neksu kenal Kak Reen?" Mata kecilnya mula bersinar teruja.

"Kenal Fiya.. kenal sangat. Kak Reen Fiya ni baik kan?" Puan Isma senyum lalu matanya memandang Aireen.

"Baik Neksu. Fiya sayang Kak Reen."

Aireen cuma senyum tipis bila mendengar jawapan Luthfiya itu. Baginya Luthfiya masih kecil dan dia tak faham apa yang dituturkan.

Puan Isma tahu Aireen tidak selesa ketika ini. Wajah gadis itu kelihatan gelisah. Dia tak pernah setuju Harith memutuskan majlis itu dan dia juga langsung tidak merestui perkahwinan anaknya dengan Aira.

Bukan kerana dia bencikan Aira atau Aira itu perempuan tidak baik. Entah kenapa jika dia merestui perkahwinan anaknya, dia akan rasa makin bersalah pada Aireen.

Anaknya itu pula langsung tidak nampak bersalah pada Aireen. Walaupun Harith masih mahu mengambil hatinya sehingga hari ini, tetapi dia tidak endahkan.

Puan Isma masih ingat lagi kejadian Aireen mengamuk sewaktu ulang tahun kelahiran Aira, dia yang mendengar luahan Aireen ketika itu turut rasa hiba.

Jika kali ini dia turut sakiti hati gadis baik ini, mungkin Aireen semakin kecewa dengan orang di sekelilingnya. Dia tak mahu itu terjadi

"Reen.. tak nak tambah dah? Sikit je Reen makan? Biasa Reen suka mama masak?"

Aireen menggeleng kepalanya. "Dah kenyang ma-mak cik."

Puan Isma terkedu. Mak cik? Puan Isma bangun dan mendekati Aireen. Dia duduk berlutut di bawah manakala Aireen duduk di atas kerusi.

"Reen jangan hukum mama macam ni Reen. Kenapa Reen panggil mama mak cik? Reen bencikan mama ke Reen?" Sekali lagi Puan Isma menangis. Dia memegang tangan Aireen.

Aireen menggeleng kepalanya bersungguh-sungguh. Dia terus bangun dari kerusinya dan menarik Puan Isma berdiri. Dia tak pernah marahkan wanita ini.

Dia tahu wanita ini sangat sayangkannya dan melayannya dengan baik. Dia cuma segan kerana dia bukan sesiapa. Dia dah tak ada hubungan dengan Harith.

TAKDIR YANG SAMA [EBOOK] Where stories live. Discover now