LUTHFIYA mengerling wajah tegang Qaleef di sisinya. Jarinya bermain dengan sling bag di atas paha kecilnya.Mereka kini dalam kereta dalam perjalanan pulang ke rumah. Sejak tadi daddy nya itu langsung tidak mahu bercakap.
"Daddy." Panggil Luthfiya.
"Hmm." Gumam Qaleef yang masih menatap skrin iPad di tangannya.
"I'm sorry."
"Sorry lepas tu buat lagi." Sindir Qaleef dengan selamba. Dia kenal sangat perangai anak daranya itu.
Luthfiya terus muncungkan bibirnya. Tak seronok betul. Dia bukan pergi mana pun. Kebetulan dia nampak akak yang dia jumpa semalam terus dia ikut akak tu. Itu saja.
Zack menggeleng kepalanya lalu bersuara.
"Cik Luthfiya tak patut buat macam tu. Kesian Tuan risau." Nasihat Zack.
Bukan main takut dia bila Luthfiya tiba-tiba hilang dari playroom sedangkan dia cuma keluar sekejap untuk mengambil minuman. Nasib baik ada beberapa pekerja yang ternampak Luthfiya sudah keluar dari bangunan pejabat Qaleef.
Luthfiya menundukkan kepala. Dia cuma bosan sebab itu dia keluar. Lagipun dia sudah biasa dengan kawasan itu.
"Daddy.." Luthfiya menyentuh lengan Qaleef.
Namun Qaleef tetap saja mendiamkan dirinya. Sengaja dia mahu anaknya yang berumur lima tahun itu rasa bersalah.
Semalam seharian dia mengikut kehendak Luthfiya yang mahu berjalan-jalan ke pusat beli belah, beli pakaian, beli alat mekap dan macam-macam lagi.
Baru lima tahun tapi citarasa macam dewasa. Elok berkawan dengan Aishah anak Che Ta tu.
Ingatkan hari ini Luthfiya akan jaga perangai tetapi Luthfiya masih orang yang sama. Nakal dan suka sangat ikut kepala sendiri. Kadang-kadang Qaleef lupa anaknya itu baru saja berumur lima tahun.
Luthfiya senyum bila dia mendapat idea. Dia bangun melompat ke riba Qaleef dan terus memeluk leher lelaki itu.
"I'm sorry daddy, I'm sorry, I'm sorry, I'm sorry..." Luthfiya mengucup bertalu-talu pipi Qaleef sehingga lelaki itu mula ketawa.
"Finally, daddy ketawa juga." Luthfiya menghentikan serangannya bila rancangannya berjaya.
"It's not fair when you're attacking me like this princess." Qaleef pula memulakan serangan balas dengan menggeletek pinggang anak daranya itu.
"Stop daddy! HAHAHA! Stop!" Luthfiya cuba menepis tangan kasar Qaleef tetapi Qaleef masih tidak puas mengusik.
"Nak buat lagi macam tu?" Soal Qaleef lagi dengan tangan yang masih belum berhenti menggeletek.
"Tak nak dah. Stop daddy!" Berair mata Luthfiya tergelak seraya menangkis serangan Qaleef. Sikit-sikit sudahlah!
Akhirnya Qaleef berhenti menggeletek. Dia ketawa bila melihat rambut tuan puteri itu sudah serabai. Tangannya mula membetulkan rambut itu.
"Promise?" Qaleef menunjukkan jari kelinkingnya.
"Yes, promise." Luthfiya terus mengaitkan jari kecilnya kerana dia sudah termengah-mengah ketawa tadi. Penat!
Luthfiya turun dari riba Qaleef dan mula meletakkan kepala atas paha Qaleef.
"Daddy.." panggil Luthfiya lagi setelah nafasnya mula teratur.
"Yes princess.." Qaleef mengusap rambut ikal mayang Luthfiya.
"Tadi I jumpa akak hari tu."
Usapan pada rambut Luthfiya terhenti. Dia baru teringat yang tadi dia ada berselisih dengan gadis itu tetapi mungkin gadis itu tidak perasankannya.
YOU ARE READING
TAKDIR YANG SAMA [EBOOK]
RomanceQaleef Akhtar x Aireen Qaisara AIREEN QAISARA seorang gadis biasa yang lahir dalam keluarga sederhana. Anak kedua dari tiga beradik, Aireen dianggap seorang yang pendiam dan suka menyendiri oleh keluarganya. Selama dua puluh lima tahun Aireen menyim...